Friday, November 4, 2011

Te la gedi Oktober..

Oktober...

Ni yang pressure ni.. 
pengerusi datang bagi semangat..


Jom.. teruskan perjalanan!!

Makin dekat... makin berdebar pulak!!


Laa ni Balai Bomba... bukan Home Stay!!


Bang!! nak pinjam tangga bomba!
nak turunkan basikal.. tinggi sangat!!


Ingat senang ke.. nak ambil Gambar dengan keta bomba, macam ni..



Ni lah Kuala Kangsar, bandar diraja Negeri Perak!!


Wah!! macam COWBOY masuk pekan lah!!


Kalau pagi.. petang.. makan laksa Pak Ngah.. bila nak kayuh!!


Selalunya pelancung bergambar kat tempat peranginan..
Kaki basikal pulak.. bergambar kat kedai basikal..


Jom balik home stay.. makanan pun dah dapat ni!!




Waa ni home stay kee.. Banglo stay..?


Bawak bantal busuk ke?!!


Lamanya.. bila boleh dapat makan ni..!?


Telagidi...
Sebaik selesai solat subuh.. 
Rider-rider tak sabar nak kayuh.. Kaki dah mula gatal!!

Ok ni Hp.. No abah, mama, mak long, pak su, Pakcik mat sebelah rumah,
adik, kak som.. semua ada. Kalau ada apa-apa call aje!!


Breakfast Power Bar aje.. nak jaga body..


Dah tak sabar ni.. tidur pun tak sempat!


Punya awal sampai.. 
penganjur pun belum bangun..


Ramainya!!


Mana yang lain.. belum bangun lagi ke?!!


Laa lupa pulak, macam mana nak laju..
Semalam Zul dah ajar..  tersepak batu.. terus lupa!!


Amacam!!? sapa berani!!? Mau Race ka?!!


Hantar SMS kat orang rumah dulu..
"Doakan abang dapat nombor satu"


Jangan kena sayur kat budak belakang ni.. sudah!!


Tingginya abang sebelah ni..


Mahmud!! jangan tinggai aku pulak..
kita kayuh sama-sama lah!!


Aku nak santai aje.. dapat cucuk kat belakang Zul Stalion cukuplah!..


Semuanya bermula disini..
Jeng..jeng..jeng..
Hari semakin tinggi.. makin lama makin ramai membanjiri pekan..
Jeng..jeng..jeng..


Angota yang bertugas.. sibuk menghalakan rider-rider..


Tiba-tiba aje kedengaran bunyi bising.. 
Jeng..jeng..jeng..


Bising dengan suara-suara membantah!! 


Ada rider yeng tak dibenarkan kayuh..
Jeng..jeng..jeng..


Keadaan menjadi semakin kecoh.. 
Jeng..jeng..jeng..
keadaan semakin tak terkawal..


Tunjuk perasaan... KUNING!
Jeng..jeng..jeng..


Tiba-tiba kelihatan pesawat TUDM terbang rendah!!..
Jeng..jeng..jeng..


Makin lama makin kecoh!! ramai yang membangkang!!
Apa ni.. HOI!!!
Jeng..jeng..jeng..


Dema ni pun... udah le pakai baju KUNIN!..
Buat kayuhan ke istana pulak!...  agak-agak le!! sikit. Sapalah... yang menganjurkan ni..


Yang bertempiaran pun ramai.. macam anak ayam kehilangan ibu..
Jeng..jeng..jeng..


Jam dah dekat pukul sepuluh.. keadaan semakin kecoh!!


Kelihatan yang memakai Jc KUNING ambil keputusan menunggu sahaja!!


Ok Team kita ok.. takde masaalah!!


Alamak!!
Jeng..jeng..jeng..


KING sempat bagi isyarat...  OK!!


Hairil & baby pun bagi isyarat OK..




Tak lama kemudian baru kayuhan jalan dengan lancar..


Walaupun masih banyak KUNING!!


Dorang ni betul lah.. dahlah pakai baju KUNING.. 
nak kayuh ramai-ramai lalu depan istana pulak tu...
Macam pernah dengar aje..


Woi!! hang lalu kot mana pulak tu?!!..


Kerana ramai yang salah faham.. ramai yang kayuh ikut track sendiri-sendiri aje..
Walau pun chicken loop.. 


Jom lah makan!! lapar ni..!


Nasi dengan kuah kicap aje.. nak buat macam mana!! dah rezeki macam ni..
Bersyukur aje lah!!


Azmi.. engkau dapat ayam kat mana?!!


Aku bukan nak Chicken Loop.. Anggota yang bertugas.. suruh aku ikut situ..
Aku ikut aje.. 


King dapat tanda kenangan..


Shawal, Amir dan Mahmud.. wartawan yang bertugas..


Story diatas hanyalah rekaan semata-mata.. 
tiada kena mengena dendan mana-mana pihak yang masih hidup atau
yang telah lari...  


Telagedi Oktober..
Mungkin masih ramai yang TRAUMA dengan Telagedi Oktober baru-baru ni..
99.99% peserta masih terbakar.. menyala-nyala dalam dada
Punya lah terang.. kayuh malam tak payah pakai pelita!!
Tragedy yang menakutkan..
Sehinggakan orang Kuala pun dah tak mengaku Kuala!!
Punyalah trauma.. kalau ke utara, lalu kat Kuala sanggup tahan nafas.
Takut bau busuk ada lagi..

Rasanya kita nak menunjukkan betapa sayangnya kita terhadap
sukan MTB ni. Betapa kasihnya kita... sehingga tak boleh ada cacat celanya.
On one hand rasa bangga dengan perasaan rider-rider
On the other hand rasa kecewa bila ada kejadian kejadian macam ni..

Kepada rider-rider berbangalah  kalau marahkan penganjur.
Kerana terlampau kasihkan sukan MTB ini.. 
tak sedar kata-kata kesat yang di keluarkan.
Mengharapkan penganjur sedar akan kesilapan mereka.
Cuma jangan berpanjangan.. takut bertambah dosa... TAKUT!!

Kepada penganjur... bergembiralah!
Kerana dengan kesilapan ini.. ramai yang dapat pengajaran.
Walaupun tersangatlah pahit. Terpaksa ditelan.
Kesilapan penganjur memalukan satu pekan...
Apa jua tohmahan terima dengan adanya

Setiap yang berlaku tu.. mesti ada HIKMAHnya..
Janji kayuh!!




Tuesday, November 1, 2011

Dengar pendapat pakar..


Setelah dibayangi dengan beberapa Jamboree yang NGERI!!
Rasanya StrangeMTB masih belum bersedia nak anjurkan
Jamboree ke!! Smallmoree kee!! tak kesahlah..

Pernah kami cuba buat JemburiKU untuk rider-rider baru, antara kami
dan beberapa rider jemputan sekitar Rawang..
HAMPEH!! Ingatkan senagn..
Buang air BESAR lagi senang. Walau pun tak cantik.. tapi senang.

Rasa simpati kat penganjur-penganjur yang tertonggeng ketika GAH dikayangan.
Terlalu GAH dengan publicity. Sampai lupa akar umbi...
Kepada penganjur-penganjur yang tertonggeng tu.. Jangan terasa malu.
Pengalaman, mendewasakan kita..

Kepada penganjur-penganjur baru.. sila consider nasihat PAKAR!!
Pakar yang saya maksudkan ialah PKNSmtb.
Setakat ni semua event PKNSmtb memuaskan semua pihak..
Kalau nak tahu macam mana.. lawati laman BLOG PKNSmtb.

http://pknsmtb.blogspot.com/2011/10/kuala-kangsar-mtb-jamboree-2011.html

Kebanyakan rider hanya nak kayuh.. enjoy!!
Tak ramai yang berani menganjur..
Si penganjur pulak, dah elok.. nak elok lagi. Sampai tak cukup tangan nak gengam!
Si peserta pulak.. nak kutuk.. kutuk lagi.
Mana taknya!! bukan murah nak gi Jamboree ni..
paling kurang Rm 50 duit pendaftaran. Itu pun kalau Jamboree kat belakang rumah!!
Kalau Jamboree kena rentas 4-5 buah negeri...
Rm 200-Rm 300 seorang dah tentu..
Tak hairanlah kalau rider mengamuk.. mengutuk berbagai language!!
Sampaikan sendiri pun tak faham!! apa yang dikutuk..
kalau yang dijanjikan Jamboree..
Bertukar jadi mimpi ngri!!

Kepada penganjur-penganjur.. jangan ngeri pulak..
Kalau takde Jamboree boring pulak.. asyik kayuh kat belakang rumah aje..

Penganjurlah juga bertengungjawab menambahkan
ekonomi penduduk tempatan.
Secara sengaja atau tak sengaja...
Contoh terbaik ialah makanan.. Dulu ramai yang tahu aje POPIA Stesen..
Rasanya selapas Kuala.. ramai yang dah rasa POPIA Stesen
Yang tak rasa... RUGI... memang BEST IN THE WORLD!!


Sorrylah kalau ada yang terasa!! Bukan niat apa-apa..
Yang baik tu kita jadikan tauladan..
Yang KURENG!! kita jadikan sempadan..
Salam..