Wednesday, November 16, 2011

Lemang dah habis...


Kat FRIM ada jual Lemang tak?!! minggu lepas tak sempat beli..


Tunggu kejap Botak.. dorang tu bateri lama..


HALLO hallo.. halo halo lo lo..  (Eco)
Anybody home.. home ome..ome.. (Eco)


Itu lah engkau!!
Hallo kuat sangat. Kan dah kena tegur...


Kawasan derma darah...


Ni baru best... dah lama sangat mengidam...
Akhirnya sampai jua...
Pacat pun banyak!!..


Ada expo Orang Asli pulak kat FRIM... layan ajelah!!


 Gambar kenangan...
Jangan terkenang-kenang sudah!!


Atas sikit bang!! yang tu basikal saya!!


Jom lah balik... Lemang dah habis...


Macam cita hindustan pulak..
Ambil gambar kat belakang pokok!!



Tunggu jap, aku nak bagi nombor...


Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama kucing belang,
Wahai cik adik, cepatlah lari,
Abang-abang ni harimau belang!!


Naik basikal hari-hari,
Pakai sarung susah sekali.
Apa tujuan abang  kemari,
Kami masih available lagi?!!


Basikal baru basikal lama,
Seluar pendek nampak kaki
Abang baju biru sapa nama,
Berkasut baru pilihan kami.


Korang ni... orang asli pun nak layan....
Kalau orang rumah aku tahu.. 
Takde chan nak beli basikal baru!!..


Gambar-gambar ihsan RAFI.

Tuesday, November 15, 2011

Malang tak berbau..

Kalaulah kemalangan, berbau macam tahi kucing kan senang!!

Dihari persandingan adik bungsu Zul... dia pula yang di timpa malang..


Kereta yang dipandu Zul terbabas 
Katanya hujan lebat...

Nasib baik, kereta aja yang banyak piece..
Zul masih one piece. 


Nasib baik juga tak membabitkan sesiapa...
Syukur Alhamdulillah.

Ingatlah keng-kawan.. kemalangan sentiasa memerhatikan kita..
Kita aje yang tak sedar...


Gambar-gambar ihsan BOSS

Friday, November 11, 2011

Undangan

Rider-rider yang nak ikut ke Majlis Perkahwinan adik Zul..
Kita akan melonggok kat Petronas Taman Bersatu, Rawang.
Rider digalakkan bawak beg tangan (Family)

Agenda:
Kumpul kul 11.00 a.m.
Gerak ke KKB kul 11.05 a.m.
Lunch dengan Pengantin kat KKB.
Dah kenyang.. bawak beg tangan ke Fraser Hill..
Nak nunjuk kat orang rumah.. betapa mencabarnya kayuh kat Fraser Hill.
Petang baru balik...





Jemputan Berkhatan

Gambar hisan sahaja..

Sahabat kita Wan Arman Salimi
A.K.A.. Pak Su... One 1.
Menjemputan ke Majlis Berkhatan.
Putra sulung beliau
Wan Mohammad Nur Firdaus Wan Arman Salimi
Bertarikh : 19hb Nov 2011
Hari : Sabtu
Masa : 11 a.m. hingga 5 p.m.
Tempat : Dewan serbaguna Fasa 1
Pangsapuri Kos Sederhana
Taman Tun Teja, Rawang..

Thursday, November 10, 2011

Op..op..


Kenang lama..

Perkahwinan


Jangan salah faham...
Bukan Azizan BOSS! nak tambah satu lagi!!...
Tapi Azizan adik Zul Stalion...


Tuesday, November 8, 2011

Ajaran hanya satu, pendapat ada beribu..

Korban
Gambar yang dikirimkan oleh Roslan Halim.
Terima kasih Roslan, saya harapkan Roslan juga juru gambarnya.
Takleh tahan.. sebak bila tengok gambar ni..

Sanggup korbankan pendapat masing-masing kerana 
mengikut hanya satu ajaran.
Rasa banga pun ada.. sedih pun ada.
Mungkin, kita ada pelbagai pendapat.. 
yang pasti ada satu sahaja ajaran.
Tak perlu menuding.. siapa yang betul.. siapa yang salah..

KORBAN
Cukup besar dan luas maksudnya..
Antara yang sering kita dengar...
Betulkan yang selalu.. selalukan yang betul..

Terima Kasih sekali lagi Roslan.

Buluh Lemang FRIM

Mulanya...
Nak layan Hanafi tetamu dari Cheras.. last-last dia tak datang pulak.. hujan..
Katanya.. Hanafi baru beli basikal.. Orangnya tak pernah jumpa pun!
Nama pun StrangeMTB.. siapa pun kami layan... Janji kayuh!!!
Takpe lah.. Lain kali ajelah Hanafi.
Belum ada rezeki nak jumpa!!

Seramai sembilan orang rider hardcore 
yang tak basah dek hujan.. Tak lapok dek panas..
Bagi excuse kat orang rumah.. nak cari Buluh Lemang kat FRIM.

Semalam kata nak balik kampung!! postpone ke!! 


Mana  kawan-kawan  kita yang lain.. semalam kata nak layan sangat... 
 dah tak sabar tunggu siang..


Call pun tak angkat.. Takut kut!!!


Ingatkan nak kayuh kat Rawang Perdana aje..
Terbabit sampai kat FRIM pulak... Best jugak!!


Uncle.. kitaolang ikut Taici boleh aaa..


Ok... lu olang ikut gua.... tak mau laju-laju macam cycling ooo..


Aya! uncle!! slow sangat.. sakit pinggang..
Kasi laju laa sikit..


Taici punya pasal... sampai takleh kayuh..


Kalau ada naik... misti ada turunnya!!


Hari ni pancit.. lupa bawa bengkong!!


Laa baru sampai sini.. tak kan dah pancit..


Tunggu jap Zul... aku baru 1st time kayuh kat sini..


Ni mesti banyak pacat!!


Ok.. jom turun...
Head down.. kayuh... jangan break, nanti lambat sampai..
layan... Yaaa.. hooo..


Haa nak Head down!! 
Baru belajar teori, dah nak buat practical...


Layan aje.. jatuh bangun sendiri...


Ooo pocot!!


Ok..ok..ok....


Kejap..kejap, nak kencing!!


Sangkut pulak... klip ni...

Tolak aje lah!!..


Nama pun KING.. bukan boleh nampak downhill..


Jom lah balik... karang sesat...


Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Kepada semua rider-rider StrangeMTB khasnya..
Pelayar-pelayar maya tetep. StrangeMTB am nya!!
Mana yang tersondol kata.. terlajak language!!..

Kepada rider-rider yang berkayuh kekampung halaman..
Jangan lupa ambil gambar. Jom kita kongsi bersama pengalaman cuti raya.
Tak semestinya gambar kayuhan.. 
gambar apa saja yang boleh dikongsi bersama.

Gambar ketika mengerjakan ibadah qurban pun takpe!!
Asalkan ada kelainnan, untuk dikongsi bersama.

Tak kesah lah gambar apa pun.. 
Asalkan ada cerita dan penggalaman yang menarik untuk dikongsi bersama.

Emailkan kat saya.. kat
strangeway@ymail.com

Lagi sekali StrangeMTB nak ucapkan 
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Berhati-hati ketika kayuh..





Saturday, November 5, 2011

Musim Qurban Cinta dah sampai..

Qurban Cinta, atau lebih dikenali sebagai  bersunat atau berkhattan.
Masa ni lah ramai anak-anak yang belum berkhattan, 
nak mintak Guru Besar sambung persekolahan. Takde cuti sekolah pun takpe...


Malang bagi seorang bapa.. bila anaknya taknak berkhattan..
Sanggup di rotan.. di potong-potong di buat sandwich..
Sanggup nak tahan matahari jangan tenggelam, supaya tak malam
Pendek kata sanggup buat apa saja.. asalkan tak berkhatan.


Cubalah terangkan kepada si anak.. ini lah Qurban Cinta. 
Qurbannya hanya sedikit. Nikmatnya selama-lamanya. Baru betul..
Jangankan anak.. si bapa pun berebut nak berkhattan lagi sekali!!..


Bebudak zaman sekarang...
Kalau cerita pasal khawin... mengalahkan orang yang dah khawin.
Tapi bila sebut aje sunat.. muka macam cekodaok masin!!


Haa yang ni bukan Tok Mudin..
Yang ni Tuan Haji Abdullah Mohd Som.
Pengerusi Surau Nur Ikhwan Rawang Perdana.

Surau Nur Ikhwan akan adakan acara Qurban Cinta (Berkhattan) beramai-ramai.
Sempena cuti sekolah ni. Kalau ada yang berhajat sila hubungi 
Tuan Haji Abdullah @  019-282-2434 A.S.A.P. 

Pihak surau juga menerima mana-mana pihak yang berhajat..
Tak kiralah dari Rawang mahupun dari mana saja!!
Kalau bapak budak yang teringin pun bolih bincang!!


Terima kasih diucapkan kepada Bahri, A.K.A The Ghost. 
Rider StrangeMTB.
Juga wakil Klinik Kesihatan Cawangan Rawang.
Memberi laluan kepada pihak Surau Nur Ikhwan dan
Klinik Kesihatan Cawangan Rawang.
mengadakan acara Qurban Cinta (Berkhattan) beramai-ramai, 
sempena cuti sekolah.


Lakunan semula oleh jiran saya..
Wan Dahili dan anaknya Umar Alusi..
Wan dulu rajin ikut kayuh dengan kita..
Tapi sekarang takde masa.. 
banyakan kayuhan setempat aje!!..

Terima Kasih!! orang jauh!!
Jom ikut kayuh!!