Friday, January 13, 2012

Racce Track Syabas..


Kepada rider-rider yang taknak racce.. nak lanyan terus masa Jamboree nanti.
Tengok video racce ni.. manalah tahu.. boleh ambil kesempatan..

Info Track..
Jom sama-sama kita doa agar cuaca mendung macam sehari dua ni..
Kalau masa jamboree cuaca panas.. langit, lebih biru dari nila..
Tandanya, otak akan mengelegak macam nak gila..
Kalau hujan... alamatnya empat jam pun tak habis kayuh lagi..

Rasanya lagi satu High Speed track..
Bukitnya taklah tinggi sangat.. kalau ikut perasaan memanng kena tolak..
Uphill yang panjang.. Down yang melayang..
Cuaca yang akan menentukan segalanya..
Satu kelainan..

Kepada rider-rider class A, rasanya takde masaalah..
Kepada rider-rider yang nak santai.. nak kayuh suka-suka, jangan lupa bawak air..
Kalau letih, berhenti.. Track ni akan melalaikan kita.
Terutama kalau dah terlalu letih. Lobang-lobang banyak..
Kalau kita tak bersedia.. boleh jadi merbahaya!!
Masa racce tak kurang dari lima rider yang menyembah bumi..
tak layan pun tak syok pulak!!
Masa Jamboree macam ni lah nak ukur kemampuan diri masing-masing.
Bukannya nak lumba.. Tapi kalau dapat sayur ZUL STALION best jugak.
Dah tentu senyum sampai ketelinga selama dua tahun..
Tapi kalau gi Jamboree tak habis kayuh.. 
Tu tandanya kita ni tak berapa sihat.. 
Ataupun dah tua.. kita tak berapa nak ingat!!

Apa pun yang penting
KAYUH!!




Wednesday, January 11, 2012

Kalaulah penduduk dunia macam ni...


Hanya boleh divideokan.. dunia sebenar, tak macam ni langsong..
Kebanyakan kita hanya mampu sembangkan perkara macam ni..
tapi tak mampu buat macam ni..


Tuesday, January 10, 2012

Promo Nampak macam syabas..


Rider-rider yang akan ke Sungai Selangor Fasa2 
A.K.A. Jamboree Syabas, Berstari jaya..
Layan promo dulu.. 
Movie racce track pada hari ahad lepas, 
kena tunggu.. mungkin hari jumaat/sabtu baru siap..
Macam biasa siaran tertunda akan mula di tayangkan pada pukul 9:00 a.m.

Tip Track : Menarik.. air banyak (Syabas).. buah-buahan banyak..
tempat rehat banyak.. siap boleh berhenti main buai pun ada..

Monday, January 9, 2012

Sekali tengok, macam...

Test Track Syabas, Bestari Jaya..
Semenjak pengunaan video.. takde mood nak shoot still, so gambar tak banyak,
 sorry!!!.
Kita tunggu video.. tunggu.

Sekali tengok, macam tinggi..


Sekali tengok, macam ada yang lari dari rumah.
Bawak baju satu bag besar..


Sekali tengok, macam hari jumaat pulak...
sedekah pisang!!


Sekali tengok, macam nak kayuh Jamboree..


Sekali tengok macam mimpi ngeri..


Sekali tengok, macam dah sampai garisan penamat..


Sekali tengok, macam dah takde cara lain. Hanya berserah pada tuhan...


Sekali tengok, macam tempat rehat..


Sekali tengok, macam tertonggeng masuk dalam gaung...


Sekali tengok dah macam Jamboree..

Sekali tengok, macam nak cuba lagi..



Sekali tengok macam puas hati...


Sekali tengok, macam baru lepas berpicnic


Sekali tengok, macam ketawa sampai tak sedar diri...


Friday, January 6, 2012

Final Movie - UPSI Rainforest


Haa... dah siap. Bahan ada sejam.. nak disunat-sunatkan jadikan 10 mins.. Pening kepala..
Kepada pemint-peminat movie!!. Layan...
Kalau ada gambar yang tersunat.. I'm sorry!!!

Thursday, January 5, 2012

SBCC ROUND #4 - OLD TIMER MTB XC JAMBOREE

OLD TIMER MTB XC JAMBOREE
Jamboree untuk OTAI...
Kepada rider-rider otai.. masa yang dinantikan dah tiba..
Rider-rider yang lahir tahun 1972 ke bawah.. layak secara otomatik..
Maknanya dah otai laa tu...
Emoticon 
Layari laman Blog SBCC...


Kitaro-Best of The Best.mp3

Wednesday, January 4, 2012

Promo UPSI Rainforest


Kalau nak tunggu full movie, lambat sangat..
So,... layan promo dulu ya.. movie tunggu dulu..
Layan..

Sunday, January 1, 2012

UPSI

SELAMAT TAHUN BARU..
2012..

UPSI, Rainforest MTB Jamboree. 
Pembuka tirai 2012..

Hari ni bertugas.. kena bawa onboard camera..
Nak cuba rakam aksi-aksi ganas kat dalam track..


Waa team dari Antara Gapi pun ada.. 


Mahmud dengan semangat serba baru untuk cabaran 2012..
Kali ni dengan spender baru..


Rosli... ni kad jemputan. Hang jangan lupa pulak nanti..


Lebih dari 1000 orang rider yang menyahut cabaran..


Eeee handsom-handsom lah, abang-abang yang datang..
Eeee geram aku..


BOSS.. kali ni kalau gerek hang buat hal lagi.. hang kena mandi bunga...


 
Kena straching dulu.. taknak cramp tengah jalan.
Orang lain sayur, takpe.. kalau CD sayur.. besar kemaluan..


KING.. jangan lebih sangat straching.. nanti kecewa..


Berbagai cara... janji ada kenangan..



Hallo.. roti canai dua... aku belum breakfast lagi..



Beli lebih pun takpe.. Semua belum breakfast lagi ni..



CD berbekalkan azam tahun baru..
Kay.. Sarah..Sarah. What will be, will be.
Cuba tetap cuba, taknak banyak complain lagi..



Senyuman sebelun kayuh.. berseri-seri macam hari raya..


Tetamu kehormat hari ni..

Dah tak sabar, berdiri dari pukul 7:00 am lagi..


Kalau dah ramai macam ni... seronok. Tak lah penat sangat..
Selalunya kalau kayuh on road.. 30-35 kmh aje..
Hari ni.. 35-45kmh pun tak rasa apa-apa..


Bukan penat.. tunggu kawan.. lambat sangat!


Hj buat sport check kat CP 1... 
Madic tip top.. semua ada, dari spray untuk hilangkan cramp.. 
sampai spray rambut, untuk nampak segak... semua ada.


Acara tolak beramai-ramai...


Tapi bila ada pompuan potong..
Masing-masing kelang-kabut nak kayuh basikal..


Hj!! kalau ya pun marah.. jangan lah nak langar pokok getah.. nanti patah !!
Macam basikal saya, kan susah.. 


Rantai putus...  Masak aku kena kutuk hari ni...


Ya Allah!!  ni bukan gunung!! ni dah macam banjaran Himalaya..


Dah laa tu bang.. kita baring-baring dulu.. 
Tak lari gunung dikejar..


Tompang lalu bang.. 
Pompuan kayuh.. lelaki tolak..


Cantiknya tempat ni.. berhenti ambil gambar kejap.
Lepas ni orang bayar Rm100 pun aku tak nak kayuh dah...



Waa ni dah macam Camel Trofy..
Siap dengan tali.. nak melintas sungai!!


Kak.. nasi lemak dua.. goreng pisang tiga.. Tea tarik satu..
Cepat ya  kak. Lapar sangat ni..


Menariknya tempat ni...


Saya nak bayar kat sapa ni. Saya ambil pisang sebiji aje..


Adik!! berapa km lagi nak sampai penamat?!!
Dari tadi kami dengar.. 6km.. 6km.. tak sampai-sampai pun..


Hj!.. kali ni Tahlil lah lama-lama sikit.. saya dah tak larat ni..


FuYoo penoh perasaan.. sampai terbaring!!


Laa ada acara panjat pokok bersama basikal ke?!!


Ooo jambatan gantung!!..
Rugi sapa yang tak sampai kat sini.. bukan senang nak jumpa Jamboree yang 
ada jambatan gantung macam ni..


Fu Yoo macam Indiana Jones..


Walau pun tak berjaya mempertahankan kejuaraan.. prestasi meningkat..
No 9 keseluruhan. Tiba di garisan penamat beberapa saat belakang PRO..
(Tahun lepas pakai nama orang.. tolong kayuhkan!!)


Agaknya macam ni lah perasaan kalau tak habis kayuh...
Eee rasa macam nak terus balik aje.. Memang kena kutuk berbakul-bakul..
Nak buat camno!! terima aje lah.. dah nasib badan..
Tak kutuk-kutuk tak seronok pulak... tak meriah pulak..
Tahan aje lah..


Lepas kayuh ke Raub.. rasa mantab pulak kayuhan!!
Walau pun atas kertas dapat sayur KING!! tapi KING rantai putus pulak!!
Takpe.. Lain kali nak cuba lagi..


Gaya terbaru tahun 2012. 
Kalau dapat No 56.. macam ni lah!!!


Waaa BOSS dapat tebus kemaluan.. Laju tak ingat hari ni..



Tahniah TM Bikers..



UPSI, Rainforest MTB Jamboree.  Pembuka tirai 2012..
Gabungan UPSI dan TM Bikers 

Kelebihan..
Tahniah kepada TM Bikers.. Track yang cukup menarik..
Hari ni tak bernasib baik kerana malam tadi hujan lebat, track berlumpur.
Boleh climb.. tapi tak berani nak layan downhill licin..
Single Track... Fulamak.. BEST GILA.
Bukit botak... punyalah cantik.. Cuaca pun tak panas.. macam faham aje
Secara keseluruhan penganjuran yang sangat baik.. 
Dari tapak permulaan/tamat yang sangat sesuai..
Kawalan lalulintas yang 1st Class. Kerjasama dengan pihak POLIS cukup baik.

Kelemahan diluar jangkaan..
Banyak sangat merentas sungai. 1 atau 2 menarik.. kalau lebih, letih!!
Kelebihannya pulak.. boleh basuh basikal..
Air minuman, tak berjaga dan tak cukup. Rasanya ada 400 botol aje
Sedangka rider lebih dari 1000.
Rider-rider pun satu hal!! Air untuk minum.. buat basuh basikal laa pulak..

Pendapat..
Pendapat saya..  UPSI, Rainforest MTB Jamboree.
boleh di buat bench mark untuk tahun 2012.
Penyediaan track yang sangat baik.. Puas kayuh!!
Bukit tak terlampau tegak sampai takleh kayuh..
Tak terlampau curam sampai takleh layan..
Single track yang panjang dan cukup menarik..
Tapak permulaan yang sesuai..
Senang nak parking.. banyak paip nak basuh basikal..
PA system OK.. 
So buat tahun 2012 ni.. Harap penganjur-penganjur Jamboree
dapat belajar serba sedikit dari UPSI, Rainforest MTB Jamboree.

Kalau boleh..
Pihak penganjur dapat Update Blog/web seberapa kerap..
Makanan kalau sambil lewa aje.. jangan buat. 
Buat marah orang aje.. Lebih baik kurangkan yuran pendaftaran
Cuma bagi tahu dengan kakak-kakak.. abang-abang yang meniaga makanan..
Hari ni ada 1000 rider-rider yang lapar.. Lagi senang kerja.
Update blog A.S.A.P. lepas habis Jamboree..
Kalau ada gambar-gambar aksi kayuhan rider-rider lebih menarik..
Rasanya belum ada lagi penganjur yang dapat siarkan keputusan rasmi..
Keputusan semua rider, dari No 1 hingga penhabisan.
95% peratus bukannya nak menang sangat..
Tapi bila ada gambar.. Nama.. walau pun LAST...
Rasa seronok..

Jangan marah-marah.. ini cuma pandangan saya..
Nak pakai, boleh!.. tak pakai pun boleh!!
Salam..