Bagi menyokong Le Tour De Langkawi. Rider rider StrangeMTB mengambil kesempatan kayuh ke puncak Genting Highland. Setahun sekali Genting Highland membenarkan rider-rider mencuba kemampuan kayuh ke puncak Genting. Bukan sahaja dapat menawan Genting Highland, malah dapat meliht rider-rider Le Tua De Langkawi dengan lebih dekat lagi.
Kebanyakan gambar ihsan Shamsi
Macam kenal aje logo ni..
Kita makan duluu..
Freser Hill, boleh tahan lagi. Ni nak layan Genting pulak.
Hilang akal agaknya dorang ni.
Ok Din. Aku warna merah, engkau warna putih.
Kalau menang 3 Juta.. aku beli lagi 8 basikal.
Kalau Freser Hill tak nampak puncak.. yang ni nampak.
Kereta pun pakai giar 2.. kita nak pakai giar berapa?
Bermula dengan 6 rider..
Hari ni Shamsi cuti kayuh. Nak ambil gambar aje.
Boss siang-siang dah tekan..
Semangat basikal baru ni.. lain macam sikit.
Hoii.. tunggu lahh..
Mana pulak Mat ni.. basikal ada. merajuk kut.. kena sayur.
Zul ni takde kerja lain.. selagi ada road bike dia nak sayur..
Takde lah kerja lain.. ada peluang sayur... sayur road bike.
Ok bang.. pelahan-lahan, dah nak sampai.
King jangan tinggalkan aku! Nanti aku tinggalkan engkau baru tau!
Yes!! sayur road bike lagi.
Eeee sejuk..
Nampak macam bersaing hebat..
Masih lagi King di hadapan..
Whoels tidak nak mengaku kalah.
King berjaya dipotong..
King.. King..
Laa kabus pulak..
Nak kayuh macam mana ni.. tak nampak jalan.
Ini bukan kayuh dalam kabus.
Ni kayuh dalam awan.
Kita minum dulu..
Alhamdullilah.. sampai puncak Genting.
Ramai rider-rider ambil kesempatan kayuh.
Disamping menyaksikan LTDL dengan lebih dekat.
All the way dari Johor..
Walau pun 1st time. Cukup puas dengan kayuhan hari ni.
Rasanya nak kayuh ke sini, ikut LTDL tiap-tiap tahun, Insyaallah.
Minum kopi panas pun menggigil..
8km, Boss kayuh bawah 1 jam. Lesen Super lah katakan..
Zul pun sama.
King & saya lebih sikit lah... The he he.
Sambil-sambil tunggu rider-rider LTDL sampai. Kena kopi dulu.
Hari ni pengerusi tukar profail. Jadi photographer pulak..
" ni macam mana pulak nak hidupkan kamera ni?"
Kabus tebal.. cari kawan tak jumpa.
Nasib baik bawak baju lebih, kalau tak.. kecut lah..
Dah main sandar aje ni, rider mana?
Kalau tak salah, 5 biji aje MTB. Yang lain semua road bike.
Media pun pening, berkabus sangat.
Jom.. LTDL dah nak sampai.
Fulamak.. macam kat luar sempadan..
Dah lah kabus, hujan pulak..
Semangat kesukanan punya pasal, tunggu jugak.
Kalau kita masuk LTDL nanti, Rasanya dorang ni dapat potong kita tak?
Ambil gambar apa bang?
Ada rider jatuh gaung ke?
Ok King, tolong pegang kejap. Nak tukar meriam buluh ni.. besar sangat.
Haa barulah macam photographer berani mati.
Kabus + hujan = kecut & kematu.
Pakai helmet. Takut kena langgar basikal ke bang?
Amacam.. gaya Ok?
Fulamak King.. hari ni engkau orang berempat dapat lesen Genting Highland.
Kena tunggu setahun baru orang lain boleh ikut.
Laaa selingan 2X200 meter pulak..
Baru dapat ambil gambar jerawat dorang ni.
kalau kat bawah.. laju sangat. Kat sini slow sikit.
Haa yang ni.. tahun depan punya rider.
Naik MTB aje.
Macam mana nak masuk LTDL,, giar pun salah!
Haa tengok ni.. Mat Saleh pun kalah..
Best.. tak menyesal kayuh hari ni.
Sorrylah bang, saya sekerat jalan aje.
Rasanya tiap kali ada jamboree tak kurang dari 1000 rider ikut serta. Ni bermakna tak kurang dari 10,000 rider, mungkin lebih lagi. Apa kata kita ramai-ramai bagi sokongan kat LTDL. Jangan sampai makcik-pakcik kita yang kat kampung, keluar pergi tengok LTDL. Kita yang mengaku rider tak tahu apa LTDL. So.. jom bagi sokongan kat race basikal terbesar Malaysia.
No comments:
Post a Comment