Friday, October 14, 2011

Koman-well Part II

Setelah tersiarnya kayuhan Koman-well Part I, (Rabu 12-10-2011)
Ramai yang tak sabar nak gi track Taman Rimba Komanwel, Rawang.
Seperti yang dijanjikan kayuhan Koman-well Part II (Jumaat 14-10-2011)
Yang cuti terkejut pun ada..
Yang pasti ramai yang tak tahan tengok gambar2 yang disiarkan..

Haa.. yang ni.. story
Kayuhan Koman-well part II. Layan....

Team terbaru 2012..
Strange Seram Simplon..


Hairi tak tahan nak ikut kayuh, dari semalam takleh tidur..


Jauh lagi bang!!..


Baru 2km dah tanya jauh lagi?!!..



Waa.. betul lah.. nyaman aje!!!


Tunggu lah kejap... nak minum!!


Jalan dulu Hairi... 



Waa macam dalam gambar lah!!


Kenapa Hj... ni baru bukit pertama.. ada lapan lagi..


Tengok dalam blog.. nampak rata aje..


Kan dia dah kata.. jalan depan sikit, nampak Sumatra...
Bukit lah tu!!


Tepi.. tepi.. tengah laju ni...


Tengah laju nak berhenti ke.. bang!!


Terkena aku hari ni..


Pacat betina tu Hj... takpe!!


Shahril... nanti engkau!!


Ni baru stage 2..


Amacam, nak layan sampai stage 4..


Dah mula dah.. main lompat-lompat pokok tumbang pulak!!



Pinggang macam plastik bolehlah ikut bawah..!!


Track, memang menarik...
Lepas climb... climb lagi. Tak habis-habis..


Hoi... tunggulah... jangan tinggalkan aku sorang..


BOSS nak siasat track dulu..


Sabar Hj!! jangan langar saya, saya ikut aje.. BOSS yang bawak kat track ni..


Mana pulak cicirnya contact lens aku..


Kat sini, jangan kata contect lens boleh hilang...
Mak mertua kalau terjatuh pun hilang..


Cepat.. jangan terlambat!!


Yang terbarai tu.. bukan tali perut..
tali seluar..


Kalau basikal lama.. seret aje.. 


Basikal baru... angkat.


Basikal ringan... senyum!!


Wah.. lajunya sampai tertinggal rakan sepasukan!!


Track ni memang cantik... 




BOSS pun tolak ke?!!


Fuyoo ni baru Off Road..


Apa ni BOSS sampai dah tak nampak jalan..


Sidi... cuba engkau baling petai tu... dapat 4-5 papan cukup lah..


Menyesal bawak air setengah botol aje!!
tak cukup!!


Jauh lagi ke.. BOSS?!!


Rasanya hari ni sampai sini cukup..
Nanti tak sempat jumaat pulak!!


BOSS siap bawak mangkok tingkat..
KING makan pisang aje..


Punyalah penat.. sampai takde idear nak bercakap..


Sunyi... yang kedengaran, hanyalah nafas kuda!!


Yang tertangkup kat tebing pun ada!!


Hallo.. hallo..


Hallo.. korang kat mana... tiba-tiba aje hilang!!


Kepada rider-rider StrangeMTB kami nak minta maaf. Rasanya ni lah kayuhan yang terakhir kat Taman Rimba Komanwel ni. Dalam kami seronok jumpa track yang sungguh menarik.. terasa sesuatu yang tak kena. Selalunya bila kena tolak basikal, macam majlis kutuk mengutuk antara rider-rider, tapi kali ni kebanyakan kami berdiam sahaja.. seolah-olah ada yang tak kena. Track memang cantik.. tapi suasana tak meriah. Rasanya StrangeMTB beruntung ada rider macam Hj Salim, pengamal perubatan islam (Perawat Darrusyifa') siang-siang lagi Hj dah merasakan ada yang tak kena.. Taknak menakutkan keng-kewan Hj ikut sahaja, sambil cuba melindungi kami. Lepas solat Jumaat Hj terus call saya. Menceritakan rasa yang belum pernah di rasanya sebelum ni. Terus saya call Com Manager.. batalkan kayuhan ke Taman Rimba Komanwel , hari minggu ni. Rupa-rupanya ada yang dah tahu, tempat ni keras.. Dalam kebanyakan  kita gairah nak layan track dalam hutan, selalunya kita lupa. Tempat tu bukan tempat kita. So lain kali bila nak layan track dalam hutan.. beringat. Baca apa yang patau.. sekurang-kurangnya untuk pendinding diri.. Kepada Hj Salim kami ucapkan terima kasih. Kepada rider-rider StrangeMTB, kami minta maaf.  Bakar perasaan rider-rider.. tapi tak jadi kayuh pulak.. Nanti kita cari track lain sama-sama. Nampak gayanya minggu ni kita layan track Rawang Perdana.. Air Terjun Serendah aje lah..
Lagi sekali kami minta maaf..

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.