Amaran!
Dont Go Raub
Kalau nak buat kayuhan KKB~Raub~KKB.. semua mesti dalam keadaan tip-top
Terutamanya rider
Zahrin yang sempat menyiapkan basikal barunya khas untuk kayuh
Endurance KKB~Raub ~ KKB
"Zahrin.. kalau macam ni.. takut terlajak ke Kota Baru aje.."
Apa pun jenis basikal.. berapa pun harga basikal...
Kena ikut rentak sendiri..
Sebab kalau pengsan pun diri sendiri jugak..
Rasa macam laju aje.. tapi kenapa takleh kejar BOSS dengan Zul.. |
Antara tip yang penting, ialah. Cari partner yang sesuai dengan kayuhan kita
Supaya boleh mentertawakan antara satu sama lain..
Waa Hanafi.. mula dari Sg Chiling.. tak sampai dua jam dah sampai Gap..
Hari ni bernasib baik..
Dapat panggilan kecemasan.. kena balik kampong..
Hari ni kayuh setakat GAP sahaja.. Raub lain kali aje lah..
Zul dan BOSS dua rider mantab kat StrangeMTB...
Hampir mencampakan basikal masing-masing kerana terlalu penat...
Kayuhan ke Raub.. takde masaalah.. Yang banyak masaalah bila
nak balik dari Raub ke Gap.. Habis satu badan rasa sakit..
Rasanya tak pernah kayuh sampai letih macam ni..
Selalunya kalau ada yang pancit.. rasa boring kena tunggu kawan tukar tube..
Tapi kali ni.. pancit di alu-alukan.. boleh ambil kesempatan rehat..
Fu laa mak.. rasa macam Tour D'France.. Lalu pekan-pekan kecil..
Cuma bezanya, kat sini.. satu pekan bau durian..
Kalau ikutkan hati.. nak aje berhenti pekena durian dulu..
Dah pun sampai kat Dataran Raub, tapi kenapa sorang pun tak senyum?!!
Endurance Ride KKB~Raub ~KKB, bukan untuk dibanggakan..
Sebelum kayuh - Zul dan BOSS.. Kayuhan road, tak susah mana pun..
Selepas kayuh - Kalau bayar Rm 100 pun aku tak nak!!
Sebelum kayuh - CD.. lepas ni kita kayuh gi Cameron Highland..
Selepas kayuh - Kita tunggu tahun depan aje lah!!
Sebelum kayuh - Azmi.. saja suka-suka..
Selepas kayuh - Ni bukan untuk suka-suka.!!
Sebelum kayuh - Zaharin ingatkan basikal baru laju takyah kayuh..
Selepas kayuh - Raub, bukan tempat test basikal baru!!
Tunggu..
Nak pendekkan TIP!!
Endurance Ride KKB~Raub~KKB.. BUKAN UNTUK RIDER YANG..
Terlalu yakin... saja suka-suka.. terikut-ikut..
Takut nanti kecewa dengan kemampuan masing-masing..
Yang pasti makan kat sebelah masjid Raub ni.. sedap dan murah..
Abang rasa.. minggu depan baru balik...
Baru sampai Raub.. dah tak larat kayuh!
OK..
Dah kenyang.. ngantok pulak..
Pantang berhenti.. isi minyak!!
Setakat ni kita dah kayuh 66km. maknanya ada 66km lagi kita kena kayuh..
Lepas ni aku nak pasang remote macam Knight Rider kat kereta aku..
Senang!! kalau penat.. tekan remote.. kereta datang sendiri...
Rasanya semua kena ganguan buang air.. dari KKB lagi..
Perut ni macam dah tahu aje.. badan nak terseksa hari ni..
Ni lah cara yang terbaik.. saling bagi semangat antara satu sama lain..
Bukan semangat nak kayuh.. semangat nak berhenti rehat!!
Yang paling bahagia ialah jantung. Sampai semput menyedut udara segar!!
Masa ni dunia seperti tiada penghuni.. sunyi.. rider lain dah lepas kedepan..
Nak salahkan basikal takleh, sebab basikal baru..
Salahkan batu tanda.. kenapa 106km.. tak 6km aje..
Kalau ikutkan zikir.. dah dekat 200 ribu. Tapi kenapa tak sampai-sampai..
Nak berdiri pun dah tak sanggup, apatah lagi nak kayuh..
Nasib baik ada tauke durian, boleh tompang sampai GAP..
Mata dah tak terangkat.. dah gelap aje dunia ni..
Yang nampak jelas... bintang-bintang yang beterbangan kat keliling kepala ni..
Kalau ikutkan jarak.. taklah jauh sangat..
Agaknya kalau buat kayuhan Av 15kmh... OK kut!!
Pun tak lah laju sangat..
Kepada mana-mana rider yang nak cuba buat kayuhan KKB~Raub~KKB
dengan menggunakan 100% MTB (Tayar MTB)
Fikir.. fikir dan fikirkan lagi..
Kalau nak pengalaman.. silakan.
Tapi kalau sekadar nak menunjuk kemampuan.. lupakan saja!!.
Pendek kata.. kayuhan KKB~Raub~KKB..
Hanya untuk yang gila, bukan yang gila-gila.
untuk yang sangup.. bukannya pak sanggup!!
Untuk yang dah sedia, bukannya saja-saja..
Kepada yang dah mencuba.. TAHNIAH!!
kepada yang belun..
JANGAN!!
1 comment:
Post a Comment