Thursday, June 13, 2013

3 X 10 Race Antara Kampung

Yang ditunggu dah tiba.
3 X 10 - 2013. 
3 X 10 adalah satu lagi acara berbasikal StrangeMTB
Tahun lepas tak sempat nak buat, kesuntukan masa.

3 X 10  Race Antara Kampung
Tempat lain mungkin dikenali sebagai Speed Race.
Setiap kampung dikehendaki 
menyediakan seberapa banyak team, 
lagi banyak lagi bagus.

Syarat-syarat penyertaan.
1. Hanya rider StrangeMTB dan disahkan oleh 
Setiausaha dan Bendahari selewat-lewatnya 
sebelum hari Rabu 18Jun 2013

2. Setiap team mestilah mempunyai sekurang-kurangnya
1 rider kura-kura.

3. Setiap kampung dikehendaki mendaftarkan nama-nama team masing-masing.
Nama-nama rider kemudian..
Contoh : Rawang Perdana
1. Misai Kucing
2. Kuda power
DLL.



Tun Teja
1. Gagak Rimba
2. Mentari Jinga
DLL



Tun Perak / Seri Bayu
1. Bawang Putih
2. Janji Rock
DLL.


Cuma Janji Kayuh tak dibenarkan.
Yang lain... OK.

Setiap Ketua Kampung dikehendaki submit nama-nama rider 
selewat-lewatnya sejam sebelum race.

Contoh:
Rawang Perdana
Team : Misai Kucing
Rider 1 : Rosli Ketum - Road Runner
Rider 2 : Kol Sabri - Road Runner
Rider 3 : Kamal Bendahari - Kura-kura
 dan seterusnya..

Klik

Camno nak menang RACE!
Team yang menang akan dapat 20 point
ke dua.. 18 point
ke tiga 16 point
dan seterusnya. tolak 2 point sahaja

Setiap kampung akan mengumpulkan seberapa banyak point.
dari team yang race...
Kampung yang berjaya mengumpulkan point yang paling banyak
akan di ishar PEMENANG!
jika seri, kedudukan terbaik team yang akan menentukan
pemenang.

So, maknanya Kampung yang menghantar team terbanyak
berpeluang mengumpul lebih point.
walaupun ke tiga-tiga rider berkelajuan kura-kura.

Tujuan 3 X 10
Memberi peluang Ketua Kampung berhidmat..
Mendengar cadangan-cadangan rider-rider
Mengendalikan pasukan masing-masing.
Semua lapisan rider diperlukan.
ketua Kampung kena turun padang!!..


Championship Point.
Rider-rider yang ambil bahagian dari Kampung yang menang
akan mendapat 200 point
ke dua.. 150 point
manakala 100  point seterusnya.

Rider-rider yang hadir tapi tak dapat nak sertai race
akan mendapat 50 point

Rider yang hadir Track Racce 15 jun 2013 (Sabtu)
dan Track Marking 16 jun 2013 (Ahad)
akan mendapat 100 point

Untuk apa jua cadangan sila klik
setiap cadangan amat dialu-alukan


Janji Kayuh!!

No comments: