Wednesday, June 19, 2013

2nd racce 3 X 10 - 2013

16.6.2013 2nd day track racce

1st  pic kamera poket baru...



Apa lagi dah kul 8:00 am jom laa kayuh. 
Basikal aku tu.. dah tak sabar.. aku ok lagi!!


Tepi..tepi.. bagi laluan pengerusi nak lalu..


I Follow..


Jom laa balik.. dorang ni takde kerja lain.. selagi ada bukit semua nak panjat!!


Alamak kura-kura merajuk.. dorang balik..


Kita pujuk laa. 
Kita kata nanti ada lucky draw.. ada BMW 325..


Tak susah mana pun... aku hari-hari kayuh kat sini...


Dekatnya..



Cepat Hasnun... dorang dah sampai Ali Maju..


Ali Maju mananya.. dale hute lagi  ni..


Hoi... kalau muntah.. kat dalam semak.. jangan tengah jalan lak!!



Kepada rider-rider seluruh nagara yang selalu kayuh malam.
Kalau tengah kayuh jumpa rider posing macam ni.. di nasihatkan jangan berhenti..
Baca Al-Fatehah.. 3 Kul & ayat Kursi. CABUT!!
Yang lain tu berserah aje lah!!


Udah laa tu tolak aje lah!!


Nasib baik siang. Kalau malam mahu aku campakkan aje basikal aku ni..



Jangan ikut rapat Badrul!!



Habis angin aku...





Nak kayuh macam mana.. kawan dok tinggai angin beracun!!



Janji aku lepas hang sikit cukup laa. 


Amir.. tolong tarik..


Dorang ni asyik nak mengenakan aku aje... lepas ni aku nak layan road bike lah!!


Tepi...tepi.. takleh berhenti..


Amboi, pengerusi dah dua lap ke?!


Abang cik.. tunggu!!


Bukan takleh potong dia.. saja nak ambil hati..


Kita tunggu kat sini aje lah!!


Rider.. rider..



Amboi... siap bawa bendera ka?!


Mapuh... mapuh..


Eh lambatnya..


Bukan lambat... tak cepat!!


Eh korang dah lama sampai ke?!! korang ikut mana?..


Kita semua satu lap aje. Ko bertiga aje yang layan tiga lap..


Ni bukan air mineral.. ni air hujan, lagi power!!



Bukti dah sampai PUNCAK DUKU





Jom laa balik, aku lapar..


Cepat... Akmal dah gigil mengalahkan orang puasa!!



Haa...h jom lah!


Potong stim laa!


Kayuh nombor 2
Nombor 1.. Ali Maju!!


Ada harapan ke kita tahun ni?!


2nd day racce. rata-rata rider puas hati dengan track

maka perang psychology  pun bermula...




Janji Kayuh!!

Tuesday, June 18, 2013

Racce track Tun Teja untuk 3 X 10 - 2013

 Atas permintaan ramai. track dan penganjur bertukar kampung.
Kalau asyik Rawang Perdana nanti advantage kat dorang.
Tahun ni Tun Teja akan jadi tuan rumah, penganjur 3 X 10 - 2013
dan hari ni ( 15.6.2013) gi racce track 

Lebih dari 20 rider yang dah tak sabar nak racce track baru.
Ada yang tunggu dari seawal 7: 15 am lagi..



Panjat bukit pun nak kena ambil nombor ke?!!



Op..op.. kena ambil angin dulu... 



Laa baru 1 km.. tak kan dah pancit!!




Azmi pitam sebaik sampai PUNCAK DUKU.
.... ini bukan cobaan.... ni betul.. betul....



...laa padan laa pengsan, dia pakai basikai anak dia.... 




Kalau cam ni laaa. Minggu depan aku demam. takleh nak kayuh..




Waa kalau macam ni tuan rumah ada advantage laa...



Cadangnya nak terus ke bukit tu... pastu bukit sebelah tu.
Nak cukupkan 10 km.



Track sangat menarik... tak merbahaya.. tak jauh 3.8 km saja
Tapi penat.... rasanya semua lapisan rider boleh layan.

Harapan majlis tertinggi..
lebih dari 90% rider StrangeMTB akan ambil bahagian.
Seperti yang dah diwar-warkan
Tujuan 3 X 10 ialah untuk merapatkan lagi silatulrahim antara rider.
Rider-rider yang berkelajuan Kura-kura didahulukan.
Good planing dan good muafakat sahaja akan menjanjikan kemenangan.
Ketua-ketua kampung dan rider-rider masing-masing kene buat 
percaturan yang bijak. tak mahu lagi macam yang dulu.
Banyak sangat KALAU!..

Ok.. esok ada racce lagi!
seperti yang dijanjikan rider yang hadir hari ni dapat 


Janji Kayuh!!


Gambar-gambar ihsan Mahmud



Thursday, June 13, 2013

3 X 10 Race Antara Kampung

Yang ditunggu dah tiba.
3 X 10 - 2013. 
3 X 10 adalah satu lagi acara berbasikal StrangeMTB
Tahun lepas tak sempat nak buat, kesuntukan masa.

3 X 10  Race Antara Kampung
Tempat lain mungkin dikenali sebagai Speed Race.
Setiap kampung dikehendaki 
menyediakan seberapa banyak team, 
lagi banyak lagi bagus.

Syarat-syarat penyertaan.
1. Hanya rider StrangeMTB dan disahkan oleh 
Setiausaha dan Bendahari selewat-lewatnya 
sebelum hari Rabu 18Jun 2013

2. Setiap team mestilah mempunyai sekurang-kurangnya
1 rider kura-kura.

3. Setiap kampung dikehendaki mendaftarkan nama-nama team masing-masing.
Nama-nama rider kemudian..
Contoh : Rawang Perdana
1. Misai Kucing
2. Kuda power
DLL.



Tun Teja
1. Gagak Rimba
2. Mentari Jinga
DLL



Tun Perak / Seri Bayu
1. Bawang Putih
2. Janji Rock
DLL.


Cuma Janji Kayuh tak dibenarkan.
Yang lain... OK.

Setiap Ketua Kampung dikehendaki submit nama-nama rider 
selewat-lewatnya sejam sebelum race.

Contoh:
Rawang Perdana
Team : Misai Kucing
Rider 1 : Rosli Ketum - Road Runner
Rider 2 : Kol Sabri - Road Runner
Rider 3 : Kamal Bendahari - Kura-kura
 dan seterusnya..

Klik

Camno nak menang RACE!
Team yang menang akan dapat 20 point
ke dua.. 18 point
ke tiga 16 point
dan seterusnya. tolak 2 point sahaja

Setiap kampung akan mengumpulkan seberapa banyak point.
dari team yang race...
Kampung yang berjaya mengumpulkan point yang paling banyak
akan di ishar PEMENANG!
jika seri, kedudukan terbaik team yang akan menentukan
pemenang.

So, maknanya Kampung yang menghantar team terbanyak
berpeluang mengumpul lebih point.
walaupun ke tiga-tiga rider berkelajuan kura-kura.

Tujuan 3 X 10
Memberi peluang Ketua Kampung berhidmat..
Mendengar cadangan-cadangan rider-rider
Mengendalikan pasukan masing-masing.
Semua lapisan rider diperlukan.
ketua Kampung kena turun padang!!..


Championship Point.
Rider-rider yang ambil bahagian dari Kampung yang menang
akan mendapat 200 point
ke dua.. 150 point
manakala 100  point seterusnya.

Rider-rider yang hadir tapi tak dapat nak sertai race
akan mendapat 50 point

Rider yang hadir Track Racce 15 jun 2013 (Sabtu)
dan Track Marking 16 jun 2013 (Ahad)
akan mendapat 100 point

Untuk apa jua cadangan sila klik
setiap cadangan amat dialu-alukan


Janji Kayuh!!

Tuesday, June 11, 2013

Lawatan rasami Track 3 X 10

Akhirnya... dapat jua senarai nama rider 2013.
Dah boleh buat 3 X 10 Race Antara Kampung
maka kena racce lah track yg dah lama tak dilalui..

Nasib baik laa kito hari ni, buke sene nok kayo denge Tuwe Pengerusi
Selalu tu kalu dia kayo, dah tentu lebih 200 km. 
Kawe tok tahe punggung! Kerah kematu!!


Jangan risau Pengerusi... basikal aje yang bertukar ganti... ridernya masih sama lagi..



Saya baru 1st time pakai Jc.. rasa macam nak laju aje..
Tambah semangat, sebeb tak nampak perut!!



Yaa laa cuba lepaskan aje.. selambak laa turunnya nanti..



Waa sang Harimau tukar basikal baru ke.. tukar body baru..



Ingatkan tak ramai sebab hari sabtu.. boleh tahan juga!
Bukan taknak buat kayuh hari Ahad. Hari Ahad adalah hari akhir cuti sekolah.
Ramai yang nak hantar anak-anak balik asrama.. kenduri kahwin last minit.. dll.



Salam.. Saya Amir.. Amir Serawak, bukan anak siput serawak ya!
Dah lama saya kenal tuan-tuan dan dah lama saya berhajat nak ikut tuan-tuan kayuh...
Akhirnya tercapai jua. Boleh ke saya ikut kayuh.
Nanti saya boleh story kat kengkawan kat Bintulu, Serawak.



Mai mana pulak ni... semua orang pun dia kenai!!.. Ni yang aku seram...



Terperanjat badak juga dibuatnya. Camno Amir Serawak boleh kenal semua rider StrangeMTB.
Rupanya dia dah lama layan blog StrangeMTB dan ada rumah kat Rawang,
Sekarang masih bertugas kat Bintulu Serawak. Tak lama lagi nak jadi rider StrangeMTB.



Siap ko Mahmud... kalau ko pakai 29er... aku pakai 27suku..
Baru boleh rentab.. kah..kah..kah..



Jangan tenung lama sangat.. ni wheel set 27suku baru nak cuba hari ni..



27suku ni.. tak berapa nak betul.. kat sini mana ada jalan.. 
Kita tak pernah jalan kat sini..



Udah-udah la tu BOSS... 
kita nak cari track basikal, bukan nak cari track jungle tracking!!



Ya terkela... poring grle!! adey cit!



HA! nak downhill kat sini.. Hari tu Cd dah patah..
Ni karang kita pulak. Nanti takut tukar nama, jadi PatahMTB...



Dah la tu... jom la ikut jalan lama. Kita pun orang lama!!



Track yang lama pun tak larat nak layan... 
ada hati nak tambah cabaran... adoiii sakit pinggang bang oi!!



Batu ni tajam rupanya... bocor tayar aku!!



Mu nak gi mano Amir... kayuh laju sangak!
Ni kan lawate.. buke nok rahe!..



Hari ni kita traning tolak... 



OK kengkawan, sapa ada tube 27suku.. 
Pinjam!



Mana ada! ko sorang aje yang pakai tayar 27suku. kita semua pakai 26...
Apa lagi kengkawan.. jom kayuh, tunggu pun takleh tolong!!.. JOM!!..



Eh..Eh.. janagan laa oi!! tunggu laa.. tolong laa.. aku tak tahu nak wat camno ni...
Kang aku nangis kang!!.. Tunggu laa.. kan kita kawan!..



Pandai pulak merayu... tepi sikit aku nak jampi!!



Nasib baik 27suku... boleh pakai tube 26
 Nasib baik juga ada PRO, banyak ilmu. 
Kalau tak... BOSS kena nolak basikal laa..



Tu laa ko, ambil consultant cap ayam.. 
Mana ada orang pakai 27suku.. 
26 kee.. 27setengah kee.. 29er kee ada lah!!



Azmi, tube engkau ni. beli tahun bila... 
dah patah punatnya!..



Dulu tak macam ni. Sekarang dah banyak tali Tarzan. 
Agaknya Tarzan aja yang guna jalan ni kut!!



Asyik nolak aje.. bila nak kayuh!!


Amboi, lajunya Nik!



Aku nak complain kat consultant. Mana ada orang pakai 27suku...



Emmm boleh tahan juga track 3 X 10. 
Up ada.. down ada.. push ada.. pull ada..



Harap rider-rider yang ikut lawatan hari ni boleh kungsi bersama
pengalaman bersama rakan rider yang tak sempat hadir..
perancangan.. 15-16.jun 2013 repair track & marking..
23 jun 2013 RACE
Kita akan buat final meeting dulu sebelum tetapkan apa-apa.

Seperti yang dijanjikan, rider yang ikut kayuh hari ni, 
dapat 100 point. dan tak perlu 18 rider.
Datang jenguk muka pun dapat point

begitu juga pada 15-16 jun 2013.
Rider yang ikut aktiviti club pada hari itu. 


Sorry gambar tak berapa nak chun.

Janji Kayuh!








Monday, June 10, 2013

Sorry!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.....

Terdelete lebih 600 gambar kat picasa...
rasanya dari bulan lepas..
 Nak upload lagi sekali.... oh tidak...

Kita move forward ajalah ya..
SORRY!!!
Sakit pinggang mengenangkannya!!..
Eeeeee benawe betullah!!..



Friday, June 7, 2013

Metro

Metro Putrajaya Jamboree
Takde Gambar...  takde story.
tapi
 ada..
Sorry!