Sunday, October 18, 2015

Recce Trail Lagenda..

10 Oct 2015
Recce

Dah lama sangat kami berhajat nak layan perasaan kat 
Track lagenda 
Thomson Trail, Cameron Highland..
Masa Cameron Rider buat fun ride & Jamboree.. 
tu cuma sekerat je..
Kami teringin sangat nak layan Thomson Trail, track ori..
Nak layan downhill... trail lagenda..

Apa lagi kami siasat laaa.. 
dapat Dr Raja Azmi.. 
pass kat Pengerusi baru,, En Fadzli..
pass kat En Amri...
pass kat Ustaz Hayazi, 
alhamdulillah..
Kata orang nak seribu daya, 
tak nak seribu daleh..



Seperti biasa.. sebelum kami buat kayuhan luar kawasan.
Kami akan buat recce dulu. 
Jumpa tuan rumah.. bincang-bincang camno nak wat ride bersama..
Mana laa tau kalau-kalau ada pantang larang..
al maklumlah.. nak masuk rumah orang. Kena minta izin dulu..
Dan selalunya kami akan minta bantuan dari tuan rumah,
tunjukkan lorong yang nak dilalu..



Alhamdulillah, kami disambut mesra Ustaz Hayazi dan En Shahidan (Pak Ya)
wakil Cameron Rider
Kalau sebelum ni kami bincang melalui Whatapp.. hari  in dapat bersua muka..
Senang nak luahkan perasaan yang terbuku selama ini..



Hanya Pro dan Zul Stallion saja dari StrangeMTB 
yang pernah layan trail sepenuhnya..
Naik muak kami dengar cita dorang tu..
Rasanya dah sampai masa kami pun nak layan perasaan kami kat trail Lagenda ini..
Apa lagi.. bila jumpa Ustaz & Pak Din.. 
Kami pun luahkan perasaan kami..
Dari yang kat mulut... sampai lah yang dalam perut..
dah macam orang ngandong 13 bulan.. mendam sesangat!!..
MALANGNYA...


Menurut Ustaz & Pak ya..
Trail Fun Ride & Jamboree hanya separuh sahaja..
Yang separuh lagi dah 2 Tahun tak dilalaui..

Banyak sebab kenapa trail yang separuh lagi tidak dilalui..
1. Tanah runtuh.. banjir..
2. Tuan tanah tak benarkan..
3. Yang datang tak bagi tahu.. suka-suka aje masuk tanah ladang..
4. Tak jaga laluan, main lanyak je.. kebun ke.. tanaman ke..
5. Sampah.. buang merata..
Dan banyak lagi..

 Cameron Rider ada lebih dari 100 ahli..
ramai dari ahli terdiri dari tauke2 kebun..
dan ni lah antara rungutan mereka..
Perngurus2 ladang tak lagi benarkan sesiapa masuk tampa izin..
kalau tertangkap bileh didakwa..

Ramai yang tak tahu.. atau buat tak tahu..
Ladang tea bukan macam ladang getah...
Tak boleh buat sebarangan..
Bukan setiap masa kita boleh masuk ladang..

Ada rider yang datang terus masuk je.. tak minta izin dulu..
Ada juga yang janji nak datang 30 rider je..
tapi dah tersebar dlm FB.. 120 rider yang datang..

Macam2 cita kami dengo!..
Macam tak caya je.. tapi tu lah hakikatnya...

Cameron Rider sedang dalam proses nak tampal balik luka lama..
tengah bincang dengan tauke2 dan pengurus2 ladang..
atas apa jua permasaalahan ini..
Harap Cameron Rider berjaya selamatkan 
Trail Lagenda ini..
"Thomson Trail"
Jangan sampai ianya berkubur..
Jom sama2 kita bantu Cameron Rider.
Kepada Cameron Rider.. tolong sebarkan maklumat..
apa jua yang bentuk bantuan yang diperlukan..
agar rider2 boleh bantu..


Kita Minum dulu...



Potong selera aku.. dengo cita dorang tadi..



Bayangkan kita layan perasaan kat situ.. PERGH!!



Tak selera pun 2 teko jugak...



Emmmm 
 nak buat camno ni....



... bersambung.. 


Janji Kayuh!!..



No comments: