Tuesday, January 29, 2013

Hajat Hati

"Hajat Hati"
Ada yang berhajat nak memperbaiki record peribadi
Ada yang berhajat nak kayuh senafas KKB-Menara Jam, Fraser Hill
Ada yang berhajat, sebab selama ni berangan aje!
Ada yang berhajat kerana nak meyakinkan diri sendiri
dan macam-macam hajat lagi...

King, hari ni nak makan nasi lemak Gap aje ke...!
Nak tengok Jam dah pukul berapa?!!


Hari ni Nasrul tak berani nak bawa jentera baru, borang ahli belum disahkan lagi!


Air apa tu King?!! 


Orang kata "POWER", aku kata sama aje...


Worm up sikit-sikit aje Haji.. karang kok penat!


Kata orang, kalau pakai tanduk laju!


Jom, tunggu apa lagi!..



CD, kita kayuh sampai Gap dah lah. Aku 1st time ni..





Mana kuda baru?!! 


Sabar Haji... belum kemian lagi. Tok bomoh kata sehari dua lagi..








Baca doa dulu..


Memperkenalkan pelakun utama hari ni...
Azmazi, adik Azli 
1st Time kayuh KKB-Fraser Hill


Peh!! padanlah  ramai yang kayuh kat sini, CANTIK!


Kat mana ni?!!


Macam tak caya aje kat Malaysia!!




Nak kena angkat basikal pulak ke?!!


Kalau bergambar, apa salahnya!! 
Terasa macam dah hebat sangat!!


Semakin hari semakin ramai yang gemar buat kayuhan ke Fraser Hill
Ada yang mula dari Pekan KKB... Dam Pertak... mahupun dari Sungai Chiling
Hari Ahad 27.1.2013 yang lalu. Tak kurang dari 150-200 rider 
yang buat kayuhan ke Fraser Hill. Dah macam Mini Jamboree
Rasanya ramai yang kayuh kali pertama. Nak menunaikan Hajat Hati.
Yang ni Adik Nickson Ee dan ayah beliau, kalau tak salah dari Kepong.
Katanya kali pertama kayuh ke Fraser Hill. Syok gila...
Selalunya kayuh Genting Sepah, 
sekarang dah makin sesak dengan kenderaan bermoto..


Adik Nickson baru berumur 8 tahun. 
Walau pun kali pertama, beliau kayuh dari Sungai Chiling terus ke Menara Jam
puncak Fraser Hill. Saya sempat ikut dia kayuh beberapa km.
Tak merungut langsung. Tak kisah pun basikal yang dikayuhnya hanya basikal biasa.
Yang penting bagi adik Nickson, kayuh.
Tahniah Adik Nickson. Harap ramai rider yang bersemangat macam
Adik Nickson. 
Tahniah!



Jumpa Kapt Azmi dari SBCC. Katanya lebih dari 100 rider yang ikut kayuh hari ni
Dari berlainan Cycling Club. Tahniah Kapt Azmi



Bukannya nak berlumba, lebih kepada riadah. Nak seronok-seronok
Tahniah semua!


Macam-macam jenis basikal. MTB.. Road bike.. kecil.. besar...
Yang lipat... yang patah pun ada. 


Rider pula ada yang kecil... besar.. Mat Saleh.. Melayu.. Cina... India..
Eh! India hari ni takde. Dorang gi Batu Cave!


Tak pernah ku rasa, ponggong ku kematu tahap luar biasa...


Biar apa pun terjadi. akan ku daki puncak Fraser.
Tolak pun tolak lah!! Janji sampai


Pakcik CD, lain kali kita kayuh terus sampai atas lah!



Dari mana bang?! Saya dari Shah Alam.
Seronok kayuh kat sini. Dah ramai rider yang nak layan  Fraser!
Semakin meriah!!


Kayuh dulu bang!! kita jumpa kat atas...


Kurang asam betul.. kata nak kayuh sampai Gap aje!!


Ingatkan nak gurau-gurau aje..
Rupanya terkena!!


Adoi!!... sakitnya Exjoss aku...


Kalau aku tahu. aku makan Nasi lemak sepinggan aje!!


Relex dulu abang!! tak lali itu Jam dikejar!!..


Ni dah macam kes penderaan..  tapi best juga!!
1st time, terus kayuh ke puncak!!


Jalan dulu adik!.. sedikit-sedikit lama-lama sampai puncak bukit!


Jom sambung kayuh, lagi 3 km aje! Takyah tunggu wartawan hiburan tu...
Dia nak ambil gambar!! kalau tunggu nanti lambat pulak!! 


Ko dah rasa ke Nasi Lemak burung puyuh?!!
Peh!! nomborrr satu igi!!..


Haji, saya bukan nak duduk-duduk santai!!
Sebenarnya saya dah takleh duduk macam biasa!... 


Pakcik, takleh duduk menyangkung lama-lama, nanti buasir!


Jom...


Peh!! dah dekat!..


Assalammualaikum.. terima kasih semua kerana sabar menunggu saya.
Dah lah saya ni ahli bari... baru 1st time kayuh Fraser.. dan yang paling best!
saya ni baru aje nak berkayuh-kayuh.. 



Kalau berjaya kayuh sampai Menara Jam, mesti senyum sokmo!
Tak kiralah dari team mana.. kayuh berapa lama...
walau pun lengoh bagai nak gila. 
Yang pasti.. SENYUM!


Yang ni pula namanya senyum Jepun!
Walaupun dah selalu kayuh sampai Menara Jam!



Adnan, cubaan pertama. 
Walupun tak dirancang! sampai juga kat Menara Jam. 
Tahniah Adnan!



Zul2, gambar rasmi. bukti pencapaian.
Masa kayuh tadi, muka macam Mee Kari basi...
Bila dah sampai.. Muka berseri-seri..


Azmazi, kali pertama kayuh. 
Tadi rasa macam nak campakkan basikal dalam gaung!
Bila dah sampai.. sayang pulak basikal ni!!..
I love you!!


Punya ramai rider kayuh hari ni.. nak buat group foto tak  muat.
Sampai kena ambil nombor giliran, nak bergambar kat Menara Jam



Cara alternative bawa bekalan!


Walaupun dah beberapa kali ambil gambar kat sini,
masih nak ambil gambar kat Menara Jam.
Mungkin ini lah tanda kejayaan diri sendiri
Yang belum pernah bergambar kat sini, jom cuba minggu depan!
Tak kisahlah mula kayuh dari mana, sekurang-kurannya dari Gap!
Syok!!


KING, you jump, I jump!


Korang kayuh kemana... 


lama kita tunggu, ingatkan balik. Merajuk...


Semakin hari semakin ramai rider- rider atau pun kelab-kelab basikal
yang nak kayuh ke Fraser Hill.
Dah tahu betapa nyamannya kayuh kat sini.
Cuma kalau kayuh melebihi 20 rider, call Kiosk Gap dulu.
Sekurang-kurangnya mereka dapat sediakan makanan.
Bayangkan dah penat-penat kayuh, sampai Gap tinggal air kosong aje
Nanya!!

Hari ni 14 rider StrangeMTB yang ikut kayuh
Tak cukup syarat untuk