Thursday, October 25, 2012

Sahara

Laluan baru..
Rawang-Sg Choh-Bukit Sentosa-Rasa
Antara Gapi-Rawang

"SAHARA"

28.10.2012. Seramai 20 rider yang nak cuba laluan baru.
Gambar dan Leader kayuhan Gear 10.
Jarak kayuhan 60km.

Sebaik sahaja sampai kembali di Rawang..
Rata-rata rider dah tak sabar nak buat Ujian Mentol
dan seterusnya kayuhan ke Raub... Well done guys!!

untuk kedudukan championship sila klik

Janji Kayuh!!..


Wednesday, October 24, 2012

Ismail


Hari ni saya dan Gear 10 sempat ziarah Ismail di Hospital Selayang



Ketumbuhan dikaki Ismail semakin besar dan dinasihatkan buang (Potong)



Kata Ismail, kalau setakat bengkak takde masaalah, masih boleh kayuh.
Tapi bila tak selese nak solat, Terasa Allah dah mula tarik nikmat...
Yang tu rasa sedih...



Terima kasih kepada semua kengkawan yang perihatin.
Sama-sama kita mendoakan yang terbaik...



Check Point

Setelah tersiarnya story kayuhan Ujian Mentol kura-kura,
Ramai kura-kura yang bersemangat nak cuba.

Kamal  sebagai leader kayuhan hari ini.


Assalammualaikum, kayuhan kita hari ni sejauh 72km.
Kayuhan yang paling mencabar ialah dari Ulu Yam ke Rawang.
Harap semua boleh bersabar.. kalau mentol ultraman dah berkelip-kelip, berhenti.
Kita bukan nak berlumba, tapi nak menguji ketahanan.




Kepada rider-rider yang 1st time, harap bersabar merempuh cabaran.
Kita akan buat satu CHECK POINT sahaja hari ni. 
Kita regroup kat 7E Ulu Yam. Sebelum teruskan kayuhan.
Saya harap semua dapat beri kerjasama...
Keselamatan mesti diutamakan...



Doa dibacakan oleh Zahrin Petronas.



Check Point 1
Baru kayuh 10 km, Bukit Kancing Selayang.
Dah berhenti ambil angin.
"OK... jom sambung kayuh!!.."



"Tunggu lah kejap! Leader baru sampai!"




Check Point 2
Petronas sebelum Dam Sungai Dua.
".... oooop rehat kejap. ambil angin dulu..."



Ambil angin sebelum panjat Dam Sg Dua



Kol Sabri hari ni tak kayuh, ikut dengan moto aje..
Padanlah makan tak ingat!..



Azmi!.. agak-agak kul berapa nak habis kayuh?!!..





Check Point 3
Dam Sg Dua. tak sampai 5 km dari Petronas 
"OK.. kita tunggu rider-rider yang kat belakang.."


Mana ada rider lagi kat belakang, kita LAST!!
Yang lain semua dah kedepan!!




Abah!.. kita tukar lah!
Abah kayuh... saya naik moto!




Nak tukar dengan aku pun takpe!!




Check Point 4
Air Terjun Ulu Yam




Punya lah kusyuk... sempat tidur!



Eh camno ni?!! Leade tidur...



Ni lah satu-satunya gambar kayuh...
Takut ada yang kata kita semua naik lori..




Check Point 5
Sempadan Batu Cave, Ulu Yam baru 30km
ada 42 km lagi..


Korang dah lama sampai ke?!!
Sorylah.. aku tertidur..



Nasib baik kayuhan anjuran kura-kura...
Kalau tak... mahu tak muat lori KING nak rescue..



Check Point 6, yang sepatutnya Check Point 1
7E Ulu Yam.
".... Ok.. kita makan dulu..."



Bukan lapar sangat... Geram!
Dari Air Terjun tadi lagi dah terbayangkan 7E ni...




Mana boleh share!! aku lapar ni!..



Kasut baru.. itu yang rasa laju...




Mazlan, kalau engkau pakai kasut in... 
Mesti nampak macam laju...




Ok.. lepas ni kita kayuh terus sampai Rawang Maju




Nak kena CD ni... sapa yang leader?!..



Tak semua gambar menceritakan kisah sebenar...
Tak kan Ice Man nak buang air depan Gear 10...!



Check Point 7
Antara Gapi. Check point yang paling penting...
Masa ni lah mentol ketahanan berkelip-kelip.
Cuaca panas, tuhan aje yang tahu. 
Yang mentolnya terbakar akan minta direscue...
Alasan demi alasan dikedengari...
namun tak siapa pun nak menyerah diri..



Pernah dengar perkataan TERKANGKANG?!!





Kalau gambar ni... 
Nampak macam cramp tahap 2




Tapi kalau gambar ni...
Nampak macam cramp tahap 8. Sampai terlondeh seluar!!




Chack Point 8
Petronas Serendah.
"... Kami bukan nak berhenti rehat, nak beli air aja.. 
pastu.. terduduk pulak!!"




 
Check Point 9
Fly over yang belum siap. Sungai Choh - Tampler Park
Sempat buat Khidmat Masyarakat. 
Angota Polis Serendah minta kami tolong Taxi yang ditimpa kemalangan.



 
Kalau tak!!! dah lama kita sampai..!




Jom kayuh... tinggal 3 km aje lagi. Cuma nak kena mendaki laa sikit!!





Check Point 10
Tengah-tengah bukit Kuari... baru kayuh 1.5km.



Alang-alang hang berzikir... 
Hang baca doa ni... bagi tambah POWER!!



Walaupun penat tak hingat!! basikal masih tersusun..



Nik!!.. tadi masa breefing, aku kata 1 Check Point ke.. 10?!!..



Kata orang, cita-cita dan angan-angan dua perkara yang berbeza.
Memanglah cita-cita nak buat satu Check Point aje...
Tak cuba mana kita tahu. Yang penting usaha..
Yang lain tu, biarkan usia dan kederat yang menentukan.
Jangan dipaksa, takut mudarat... nyanya!


Janji Kayuh!!

Tuesday, October 23, 2012

Lintang Pukang

Kayuhan Lintang Pukang 14.10.2012
Dah dekat nak basi story ni...
Disebabkan minggu lepas terlentang seminggu..  demam
Tak sempat nak update. hari ni baru boleh update.



Hari ni, Panjang jadi leader, atas permintaan ramai.
"Ok.. kayuhan hari ni ikut laluan APMC.. Kuang C.. Orang Asli C...
KLCC.. balik C.. pekena ABC.."


Saya setuju....


Mula-mula beli baju dulu... pastu baru beli gerek!!


Laju ke.. BOSS?!



Ok.. semua ikut leader... jangan potong!!



Nak kena, leader ni...!



Panjang, tunggu!! nak beli Nasi Lemak. Aku belum breakfast lagi!!




Boss.. jom buat track baru..



Hj, jangan laju sangat! nanti menyesal...




Kalau setakat kelajuan bawah 10kmh.. syok laa sikit!!



Aku setuju TOK!..



Tunggu leader kejap... 



Jom laa. Aku tengah semangat ni...



Panjang.. jangan menung!!..
You jump, I jump!!



Oooo pergi sekolah rupanya basikal ni... dia ada otak!!



Ikutkan ati.. eden ampai sini ajo!!..
Ikutkan keng-kawan... memang songsagho!! (Derita)



Lets GO!!



Amir, ekau jangan potong eden!..
Eden takut sosek!!



Amir!!.. tolong!! cepat!!
Kaki aku dah tak nak kayuh!!..



Jom lah!!! kita gi air terjun.. dekat aje!!



Kenapa rasa macam nak terkena aje, hari ni...







Kurang asam punya pacat...
Tak dapat ridernya, basikalnya pun jadi!!



Laaa... setakat kebun kelapa sawit macam ni... kacang aje!!



Tuan!!.. kalau macam ni, kena tukar basikal!



Haa sampai juga kat air terjun.. jumpa rider-rider dari Sungai Buluh
Maka bermulalah lintang pukangnya!!!




Tengah syok menikmati udara nyaman... Terserempak dengan Tok Batin ORI.
Tok Batin ajak kekampungnya kat Bukit Lagung.
Apa lagi... masing-masing keluarkan Hp canggih masing-masing...
Terus tengok MAP.. GPS... dam macam-macam lagi...
Kalau ikutkan dalam Hp.. tak jauh. Sejengkal aje...
"Jom...! " kata sorang... yang lain senyap aje...
Bantah pun tak... mengangguk pun tak...
Maka bermulah satu XPDC...



Nak jadi story... basikal hanya boleh di tolak...
Track yang terlampau curam..
Dari mula.... hingga akhir...



Ikut aje Jai... lepas bukit ni.. sampai lah!!..



Lepas satu bukit... ada bukit lagi... lepas tu ada lagi..



Masuk bukit yang kedua... takde lagi kedengaran suara rider-rider...
Senyap sunyi...



Hari pertama dah langar pantang!!



Pinggang sakit... badan sakit... 
pendek kata, serba-serbi sakit..


Lepas bukit.. air terjun, lepas tu bukit lagi...
"Hari dah malam ke?!! gelap aje ni...
atau aku yang dah nak pitam?!!"



Panjang....! cepat!!..  dah nak sampai!!..



 
Lepas tolak.. tarik. Lepas tarik.. pikul.
Namun tempat yang dituju.. tak jua tiba!!
"Dalam Hp.. sejengkal aje.. tak lah jauh sangat!"



Mana Tok Batin?!! 


Panjang...! tolak, bukan tarik!!..




Hari semakin tinggi... tak seorang pun yang breakfast pagi tadi..
Perut semakin rancak... nasib baik ada air terjun, boleh topup air..



Akhirnya sampai kampung orang asli, Bukit Lagong...



Ramai yang pengsan.. tak kurang yang menyesal...



Tip dari Tok Batin. 
Rebus akar kayu ni... minum tiga hari berturut-turut..
Baru ada POWER!!



Gambar kenangan...
"Nampak tak?!!"



Barulah dengar suara Atuk!!



Hati ku di lukai lagi!!



Jam 3 pm baru sampai Rawang.


"Lintang Pukang" memang kelaka.. Tapi bukan untuk ditertawakan.
Tak dipecahkan ruyung, camno nak dapat sagunya.
Kalau dirancang, memang tak jadi..
Kalau lintang pukang macam ni, takut bahaya.
Bahaya kepada yang kurang bertenaga.. yang lapar.. yang haus..
Apa-apa pun tahniah kepada rider-rider yang ambil bahagian.
Satu pengalaman yang tak boleh dijual beli.

Kepada yang belum... apa lagi. Jom lah!!

Janji Kayuh!!