Sunday, January 24, 2016

Sikit pun sikit lah... janji ada




Aaai yaaa.. 
mama semua olang.. janji mau start kayuh 7:30 a.m.
Belapa lama mau tunggu..



Lee ini tahun kita tapau point dulu.. 
takmau kasi dia olang lari kuat-kuat




Rafi... tahun ni Team Siput akan tapau Team Stallion..
Kami taknak bagi chan lagi..




Dulu.. rimau tidur...
boleh lah korang menang...




Aaai yaa saya pening kepala mau kilaaa.... 
saya kasi kayuh..
lu olang kira laa point..




Apa barang kayuh dekat-dekat.. point ciput je..
Kayuh luar kawasan laaa banyak point..



Ok.. ni bukti kayuh luar kawasan..
Cukup syarat.. minima 4 rider



Liya... ko masuk Team Stallion tau..
Kita tapau Team Siput & Team Maulana





Gambar ihsan rider yg kayuh..



Janji Kayuh..



Friday, January 22, 2016

Hospital



Baru masuk 2 minggu tahun 2016
kami dikejutkan dengan berita, 
3 rider StrangeMTB dikejarkan ke Hospital

Awal-awal pagi dapat WhatApp dari Abah Nik,
 memberitahu beliau ditahan Wad. kerana Stroke..
Terus kami sebarkan maklumat.. 
Alhamdulillah bila ziarah Abah Nik di Hospital..
cuma miner stroke.. 



Tengah ziarah Abah Nik.. dapat info yang Lt Kol Sabri pun masuk Wad
buat rawatan susulan, sakit cancer menyerang lagi..
Baru kami tahu yang Lt Kol Sabri dah dekat seminggu di Hospital..





Tak sampai sehari..
Kami dikejutkan lagi,  berita..
Taufik masuk hospital dan menjalankan pembedahan kecemasan..

Allahhuakbar...
Allah kalau nak uji kita.. sekelip mata aje..

Kepada pelayar-pelayar blog ni, 
kami mohon jom sama-sama kita doakan agar 
sahabat-sahabat kita sihat seperti sediakala.
Di permudahkan segala rintangan..
dimakbulkan doa-doa mereka..


Harap mereka bersabar menempuh dugaan.
Amin.

Wednesday, January 20, 2016

Tamat 2015

Sorry lah.. tak sempat update blog..
banyak sangat halnya...



Dah pun tamat 
StrangeMTB Champion Of Champion 2015..





 Ternyata kehebatan Team Stallion menyerlah dari awal lagi..
Team yang pada mulanay hanya akan cuba beri saingan pada Team Maulana.



Bermula dari Race Tak Bagi Chan lagi...
Dah nampak kesunguhan semua rider Team Stallion akan beri komitmen..
Sapu bersih point, Race Tak Bagi Chan.
menang tak sempat bertanding



Sapu bersih 3 X 10..
Malah ada yang dah berani kata..
Team Stallion tak mungkin dikalahkan musim 2015..


Mereka menguasai apa jua kayuhan..
Sentiasa ada wakil dari Team Stallion..

Tahniah Team Royal Stallion..
Rider-rider terdiri dari.. Zul Stallion ( Captain) 
Azmi, KING, Abah Nik, Rafi, Badrul, Rahim, Kazul, Lt Kol Sabri,
Mazlan, Hairi, Razak Shiro, Zizah, Hilmi Pro2, Taufik, 
Nan, Faris Dan Mameng.






Tahniah juga pada Team Siput Lighning.
Team yang tak dijangka langsung dapat tempat kedua..

Team yang dikatakan mempunyai banyak masaalah..
Rider-ridernya sering bertugas luar kawasan..
Hanya mengharapkan sebilangan kecil rider sahaja..

Demi semangangat tak mahu jadi Team yang paling corot..
Pantang undur kecuali operasi..
Team Siput Lightning berjaya membuat kejutan dan 
berjaya mengumpul point untuk mengesahkan mereka bukan Team Tercorot
Tahniah Team Siput Lightning..
Lagi sekali membuktikan hanya sedikit usaha 
dapat meyakinkan Team member yang lain





Betul kata orang..
Nak seibu daya taknak seribu daleh..
Entah apa laa agaknya ayat yang digunakan..
rider yang dah lama tak nampak pun turun padang..
Bagi sokongan pada Team Siput Lightning..
Pergh!!  menjadi!!




Tahniah Team Siput Lightning..
Azli (Captain) 
Nasir Harimau, Arbain, Hj Salim, Pro, Hj Khairi,
Nasrul, Nasa, 
Apit, Hj Kamal, Azri, Hairil, Ismail, Lee,
CD, Shah, Roselan, Wan arman & Heng.




dan...

Team Maulana...
Team yang mempunyai rider-rider hebat.. 
Tahap Xtream.. 
Kalau tak dapat kayuh.. dapat peluk sikal pun jadilah..
Team Yang dijangka sapu bersih apa jua race atau pun point yang ada..

Tapi malangnya tak seperti yang dijangkakan..
Macam EPL jugak.. 
team yang paling kuat tak semestinya duduk ditangga teratas liga
Sebaliknya team yang kerdil tapi mempunyai perancangan terbaik 
akan menguasai tangga teratas liga..




Mana pi depa ni...
Sat macam ni.. sat macam tu... Eeeeee...
Tahun depan aku nak mintak transfer pi Team lain lah..
kalau kena potong gaji... potong gaji lah.. 




Topi... topi.. tongah laju ni...
Laa salah somak ko.. Tadi kato nak race kek sini..
adooooiii salah info laa pulak..



Takkan Team Maulana kita berdua je.. 
Camno nak lawan dorang.. 
Tercirit laa kita..



Akibat terlalu mengharapkan point penyertaan Jamboree yang lebih banyak..
Team Maulana kecundang..
conspiracy...
Mungkin Team Stallion & Team Siput dah pakat
 tahun 2015..
kurangkan penyertaan jamboree..
Mungkin ini aje cara nak kalahkan Team Maulana..
yang rata-rata ridernya kaki Jamboree..


Hingga saat-saat akhir pun, 
Team Maulana masih yakin mereka akan dapat potong tang kona..
20%.. naik jadi 30%..
pun tak jalan...
mungkin dah terlambat agaknya..


So bagi musim 2015..
Team yang tercorot.. ialah 
Team Maulana..
Azizan BOSS (Captain)
Azlan, Azmazi, Hasnun, Jafni, Kai, Mahmud,
Mazlin, Nafiah 3.2, Akmal, Panjang, Bahri,
Yusuf, Safuan, Nazri, Norlidzan, Hj Rusli, Jai & Zahrin.



Manakala acara individu..
Tuan Pengerusi.. kita sapu bersih point yang ada..
Tahniah Azmi..
742 point..



Champion Of Champion 2016
dah pun bermula.. 
Team Maulana awal-awal lagi dah mengganas..
tak mahu lagi macam tahun lepas..


Apa-apa pun team-team dah mula susun stratigi..
Yang penting, tak mahu jadi Team tercorot 2016.

Rasanya tahun 2016 akan menjanjikan persaingan yang lebih sengit..
Yang lebih sihat..

Janji kayuh!!