Thursday, September 27, 2012

Ahli baru

Setelah mesyuarat tergempa biro pendaftaran dan tatatertip
yang dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha En Nasa.
majlis berkenaan untuk menerima dua rider baru.

Tan yang sekian lama training dengan kita, tak kira siang dan malam...
Akhirnya dipersetujui ramai untuk menjadi rider StrangeMTB
Tan juga merupakan satu-satunya ahli yang belum berkhatan.
Semakin menggemari BBQ Kambing..
prinsip... makan dulu, baru kayuh. 
Sangat disenangi ramai..


Zulkarnain. masih belum ada nama samaran. Tungguuuu...
Sering traning dengan Nik dan Hairil..
Buat masa sekarang pemalu, TUNGGUUU....
Pertama kali ikut kayuhan beramai-ramai di SBCC Xc Jamboree
Sememangnya pengemar BBQ Kambing...

Tan dan Zul telah pun mempersembahkan tepak sireh kepada 
Ketua Kampung Rawang Perdana En Nik. 
Dan telah diperkenankan oleh S/u & Bendahari
Bagi pihak semua rider-rider StrangeMTB. Kami mengucapkan
Well come aboard!!..

Janji kayuh!!..





StrangeMTB Championship Point

Setelah persetujuan ramai rider-rider..
BOSS mencadangkan kita adakan Championship Point
untuk menggalakan rider-rider ambil bahagian dimana-mana 
Jamboree mahu pun kayuhan mingguan.

Cara pengiraan point
JAMBOREE
yang di sertai 8 atau lebih ahli StrangeMTB
Point akan mengikut rangking..
Champion mendapat 200 point
kedua.. 195. ketiga.. 190
dan seterusnya.
Manakala DNF atau KFC hanya mendapat 10 point


Race atau event StrangeMTB
Race Tak Bagi Chan... 
Point akan mengikut rangking..
Champion mendapat 200 point
kedua.. 195. ketiga.. 190
dan seterusnya.
Manakala DNF atau KFC hanya mendapat 10 point

Race 3X10 antara kampung
Kesemua ahli kampung yang juara, 200 point
kedua.. 150point dan ketiga 100 point


Kayuhan Mingguan
Kayuhan yang disertai 18 atau lebih rider..
Semua rider akan mendapat 30 point..

Juara keseluruhan akan memenangi 
Hadiah tiga hari enam malam percucian ke Kanada 
dan menyeksakan UEFA CUP

Championship Point bermula di SBCC Xc Jamboree
Harap maklum..




Untuk kedudukan ranking yang terperinci
klik


Majulah sukan untuk...
Janji Kayuh!!


Wednesday, September 26, 2012

SBCC Promo



Ok, layan promo dulu... Video, kena tunggu dulu. Layan...

Monday, September 24, 2012

SBCC Xc Jamboree

Selepas sebulan berpuasa diikuti raya sebulan, kini sampai hari penentuan
SBCC Xc Jamboree, seminggu selepas bulan Syawal.
Masa ni lah nak tahu, rendang daging yang kita hentam selama sebulan
menjadi tenaga tambahan ataupun jadi lemak tambahan.
Seramai 42 rider yang mendaftar penyertaan melalui StrangeMTB.
30 rider StrangeMTB manakala yang selebihnya kengkawan dari Road Runner


Macam biasalah.. tunggu kat Petronas Sg Choh


Tan Tin Tun antara ahli baru StrangeMTB


Mewakili tiga katogeri. Bugs Bunny, Kura-kura dan Road Runner


Minah Sport, pencabar tetap rider-rider StrangeMTB
Sampaikan ada yang tak sanggup ikut kayuh, kalau Minah Sport turut serta!



Nampak gayanya kura-kura kena tukar tek-tik.. Minah Sport dah pakai kasut klip!



Nik, hang ada bawa tangga?!! 



Akmal, mana basikal aku?!! Ni baru rim depan aja!!



Hang jangan cakap kat orang!!
Malam tadi aku sapu minyak kuda kat gerek aku ni.. nak tambah POWER.
Hari ni aku nak sayur Minah Sport...



Khairi, jangan tinggalkan aku, sebab aku akan tinggalkan engkau..



Hilmi dari DTF pun ada!!






Rafi siap dengan MP3nya... nak layan perasaan



Kalau tak dapat yang besar.. yang kecil pun takpe!!



Mesyuarat tergempar kura-kura..


Abang Nik, takpe dah memang jadi swipper..
Orang sebelah tu... macam tak puas hati aje!!



Hari ni Onboard camera naik Intense.. 
Kali pertama dengan Zul







Seramai 1200 rider yang menyertai SBCC Xc Jambori kali ni
Yang lain tu belum berani lagi.. lemak raya belum pecah lagi







Kali ni pakai pintu gerbang kayu, tak roboh lagi!



Mari.. mari.. mari, makan daging boleh tambah POWER!!



Awal-awal lagi basikal Hairi dah meragam, pakai satu speed aje
Maklumlah... dah lama tak dikayuhkan!!



Amir & Family tak kayuh, datang bagi semangat aje!!



Pekena cendol dulu.. sementara kengkawan tak nampak!!



Geng santai. Sekali kayuh berantai-rantai!!..



Maklumlah... baru lepas raya!! bukit pun nampak macam gunung!!..



Layan ajelah... lambat laun sampai jugak!!



OK!! sapa ada bawa mangkuk tingkat bolehlah keluarkan..
Kita dah sampai bukit pertama. Ada tiga aje bukit lagi!!



Mazlan tersangkut dalam jem!!



Menyesal betul aku tak bawak mangkok tingkat, bini aku dah siapkan. 
Aku lupa nak bawak!!



Senyuman sengsara..


















Ramai peminat..



Berhenti minum dulu Kak!! Kalau nak makan, nasi lemak pun ada..



Bak kata perpatah
Orang yang dahaga disorongkan cendol!!



Memang handa SBCC, tak ponah dibuek dek orang!!
Tongah-tongah kayuh ado Cendol.. rojak buah..
Terbaik SBCC!! I Love You!!



Kalau makan rojak.. nanti Kol Sabri Sayur...
Pekena cendol aje lah!!



Cendol dua!!



Hari ni Md Zain bawak cendol sendiri..



Tanda jarak yang di tunggu-tunggu



Kapt, ada masaalah sikit!! 
Yang KFC pun dapat ranking & medal..



Cd hari ni tak cramp ke?!!






Kita takde cabutan bertuah ke?!!



Sementara tunggu nasi, kita bedal mee goreng dulu..



Apa kata kita buat ranking kayuhan jamboree..?!!
Seronok jugak.. nak bagi semangat!!



Fuh kiri fuh kanan.. basikal!



Sementara tunggu acara penyampaian hadiah.. sempat layan dulu!




Dah tak terangkat mata... hadiah tak dapat juga!!



Akhirnya Mazlan dapat bag, Azmi dapat frame, Khairi dapat basikal, 
Pro dapat helmet, razak dapat stand basikal DLL



.
& Nasir dapat mangkuk tingkat
Apa lagi.. minggu depan kayuh keRaub lah!!



Punya seronok sembang... singah Nasi Ayam Sg Choh. Sambung!!


Tahniah kepada semua rider-rider StrangeMTB 
kesemuanya berjaya menamatkan kayuhan, kecuali... cuba lagi!!
Rider-rider dah jumpa saingan masing-masing...
Dah tahu kemampuan masing-masing...
pendek kata kura-kura sainganya kura-kura...
Road runner hanya road runnerlah sainganya....
Yang seronoknya... masing-masing dengan cerita masing...
Walaupun nampak kepenatan.. masih lagi mampu ketawa
sambil menceritakan kisah kayuhan masing-msing.
Tahniah kepada rider-rider yang ambil bahagian.


Rata-rata rider berpuas hati dengan pengajuran Jamboree kali ni.
Tahniah SBCC. Sekali lagi terbukti kemampuan sebenar.
Dapat saya rasai kesemua petugas memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
Dari Tuan Prasiden.. Kapt hingga kemarshal yang bertugas..
pendek kata A to Z semuanya memberi kerja sama yang mantab.
Tahniah semua...  Weee Weet!!

Kalau ada kurang pun satu dua aje..
biasalah kita maknusia bukan malaikat
takpernah buat salah!!
Saya cadangkan kepada penganjur-penganjur Jamboree..
Rider-rider yang KFC, hendaklah di pangkah plat No dengan Marker pen.
supaya marshal garisan penamat tahu yang rider tu KFC!..
CADANGAN AJE!!!

Harap selesai semua acara sebelum jam 3
Kesiankan rider-rider yang jauh nak drive balik.
Bayangkan kalau kena drive berjam-jam... nyanya!!


Kelainan!!
Cendol & Rojak buah... memang menarik.
Tak menganggu kayuhan.. yang kayuh santai... lebih santai!!..

Lagi sekali kami mengucapkan tahniah SBCC
Penganjuran yang mantab.


Gambar-gambar Ikhsan Nik & Zul..
Gambar-gambar yang lain kat FaceBook strangemtb
https://www.facebook.com/strange.mtb
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.413456718713543.94962.100001476565672&type=3
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.413450642047484.94960.100001476565672&type=3
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.413445568714658.94958.100001476565672&type=3
Video... sehari dua lagi. Tunggu!!..

Janji kayuh!!