Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 2012

Dibulan Ramadhan yang mulia ini,
Saya menyusun jari sepuluh.
Minta ampun dan maaf,
kepada semua ahli StrangeMTB mahu pun
pelayar-pelayar blog ni.
atas apa jua kesilapan saya selama ini.
Sama ada sengaja mahu pun yang tak disengajakan.
Manusia memang selalu membuat kesilapan..

Ramadhan datang kembali..



Kalau terbaca blog ni.. 
bermakna Allah telah makbulkan doa kita diRamadhan tahun lepas..
"Temukan kita dengan Ramadhan yang akan datang.."



Dan seperti biasa, masjid-masjid.. surau-surau... penuh.. melempah...
Sampai panic Ajk-ajk nak sediakan tempat solat.
Takut kena Complain.. biasalah. 




Kata ulamak-ulamak.. kalau nak ukur tahap mana puasa kita..
Tunggu lepas Ramadhan.. 
Kalau lepas Ramadhan masjid-masjid dan surau-surau kembali kosong!!
Macam tulah nilainya puasa kita.. KOSONG!!



Kalau kita mengaku memperjuangkan ISLAM, 
takkan kosong saf-saf ni lepas Ramadan.




Jangan biarkan ia bersendirian.. Masjid dan surau hanya dijadikan tempat adat
Bukan tempat beribadat..



Harapan kita tahun... tahun yang berbeza..
Jom kita tengok buktinya lepas Ramadhan.
Puasa tahun ini bukan adat tapi ibadat.
Perubahan tak perlu mendadak...

Insyaallah.. tahun ni ibadah puasa kita yang berbeza.
Sama-samalah kita berdoa..
AMIN.


Gambar-gambar ihsan Rafsanjani





No comments: