Wednesday, March 6, 2013

Final meeting sebelum Le'Tua d' Lutut

Setiap tahun StrangeMTB akan cuba buat kayuhan jarak jauh
Kali ni Le'Tua d' Lutut muda d' hati
Kayuhan jarak jauh bukan nak ukur siapa yang laju.
tapi lebih kepada kayuhan menguji mentul, sebab yang nak kayuh pun kebanyakannya kuda tua..
Nak kayuh sama-sama.. nak gelak-gelak... nak happy-happy...
Nak ukur keupayan lutut masing-masing!
Kayuhan jarak jauh ini juga dah di rancang sebulan sebelum...
Bukan tak nak ajak rider-rider luar, malu. Sebab kami ni kuda-kuda tua...
Kalau sesama sendiri tak lah malu sangat..


28.2.2013  9:30 pm
Mesyuara FINAL sebelum d' day!

Mamak, roti telor satu!

Semua rider-rider  diwajibkan hadir, untuk final briefing


Nasa & Panjang pun ada.. wakil Kg Tun Teja

Untuk keselamatan, rider-rider wajib pasang lampu dan blinker..


Hang pa semua pi dulu, nanti aku pi hak lain!!

Rider-rider wajib ikut timing supaya ETA ON TIME
(Estimate Time Arrive)


Mak oi!! siap ada timing, tercabut laaa lutut aku!!

Rescue Car akan pick up rider yang terlambat dan bawa ke check point seterusnya 15 ninit sebelum 
Next start time. Kalau tak rela direscue... tingalkan saja.
 Sambil nyanyikan " Selamat Tinggal Kuda KU..."
No santai-santai.. 
MUST follow schedule!



Ko kayuh.. aku kayuh!!..

Kayuhan jarak jauh ini hanya akan di adakan setahun sekali sahaja.
Kecuali, dipaksa buat sekali lagi. atas permintaan rider-rider.



Saya nak kayuh... tapi badan sengal-sengal.. macam tak sesuai nak kayuh aje!!


Rider-rider must be on time. 
d' day 2.3.2013. Start - Petronas Zahrin 
7:00 am grouping
7:05 am. Sapu minyak angin kat kaki, kalau perlu satu badan. ikut citarasa sendiri
7: 15 am.  Doa
dan 7: 30 am. mula kayuh Lambat TINGGAL
& kali ni, for real!!


Azmi, ko tak menyesal ke nanti?!!

Harap semua ahli StrangeMTB doakan keselamatan kami
Oh ya, lupa nak bagi tahu laluan..
7:30 am. Mula dari Pekan Rawang - Kuala Kubu Bharu - Gap (Fraser Hill) -
Tranum - Bentong - Genting Sepah - Gombak -
dan tiba kembali ke Pekan Rawang 7: 30 pm.
Jarak keseluruhan 205 km


Tunggukan lapuran d' day..

Janji Kayuh!


Sambungan dari post







No comments: