Tuesday, February 26, 2013

Le'Tua D' Lutut

Seperti yang dirancangkan setiap tahun StrangeMTB 
akan buat kayuhan jarak jauh.
Tahun ini...

"Le'Tua D' Lutut"
Kayuhan yang akan bermula dari Petronas Zahrin (Rawang)-
KKB-Gap-Bentung-Genting Sepah-Gombak-Selayang-
Petronas Zahrin (Rawang)
Jarak keseluruhan 205 km
KOMPOM KEMATU!..
Tarikh : 2.3.2013 Sabtu
Mula : 7:30 am
Harap-harap tamat 7:30 pm
2 Rescue Car
Rider-rider yang nak ambil bahagian sila hubungi Ketua Kampung masing-masing

Rider yang berjaya kayuh keseluruhan jarak...
dapat 200 point
Rider yang menamatkan lebih separuh dari jarak keseluruhan
dapat 150 point
Rider yang menamatkan kurang separuh dari jarak keseluruhan
dapat 100 point
Rider-rider yang mengiringi atau rescue car
dapat 50 point


Berikut adalah cadangan masa kayuhan.
Sila usulkan apa-apa cadangan semasa mesyuarat nanti..

Final breefing dan bacaan doa 7:15 am
Mula kayuh 7:30 am menuju Kuala Kubu Bharu




Rasa. simpang ke Ampang Pecah - Kuala Kubu Bharu



Simpang ke Fraser Hill dari Ampang Pecah
Jarak dari Rawang 34km



Penyokong-penyokong setia tunggu selepas Sungai Chiling..





Gap, jarak dari Rawang 64 km
Mula kayuhan ke Bentung jam 12 pm 




Lepas Balai Polis Tranum belok kanan ke Bentong. Downhill
85 km dari Rawang


Sampai kat Durian ni dah 95 km dari Rawang



Simpang jalan besar ke Bentong 
106 km dari Rawang




Masjid Sultan Hj Ahmad Shah (Pekan Bentong)
112 km dari Rawang
\





Lunch break @ Medan selera Bentong
114 km dari Rawang
Mula kayuh 2:00 pm




Simpang ke Gombak jalan lama
115 km dari Rawang




Ikut jalan lama ke Genting Highlands



Singgah kejap ambil angin sebelum mula climb ke Genting Sepah
141 km dari Rawang mula climb!!





Genting Sepah 149 km dari Rawang
Coffee break. Mula kayuh 4:30 pm



Simpang jalan lama ke Gombak



Tiba di Muzium Orang asli 
170 km dari Rawang



Simpang dari Gombak ke Selayang..
Dah terbayang-bayang tilam kat rumah!!..



Dan tiba kembali ke Petronas Zahrin (Rawang)
Harap-harap baru jam 7:00 pm Sebelum Maghrib.
205 km total!!
Mak oooooooi!!!


Sila bagi cadangan. 
Cadangan rider-rider sangat dihargai..


Janji Kayuh!





No comments: