Sunday, August 28, 2011

Sesudah Ramadhan..

AJK StrangeMTB mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA, Maaf zahir dan batin. 
Kepada semua rider-rider StrangeMTB dan kepada pelayar-pelayar blog ini.

Juga secara peribadi saya minta ampun dan maaf atas apa jua kesalahan saya, sama ada secara sengaja mahu pun yang tak sengaja. Maklumlah.. gurauan dalam blog ini.. ada yang rasa FUNNY, tak kurang yang rasa hati. Tidak terlintas pun nak mengaipkan mana-mana pihak.. ia hanya gurauan semata-mata.
Yang baik semistinya dari Allah. Yang buruk dari kesilapan saya.
SELAMAT HARI RAYA.


Strange Pantun dipagi Raya..

Kayuh basikal merata-rata, kayuh sampai hujung desa.
Ramadhan pergi meninggalkan kita, harap terhapus segala dosa.


Hj kayuh awal pagi, Nik kayuh dah tengahari.
Pandu kereta hati-hati, jangan sampai lupa diri.


Pergi Jamboree dinegeri Melaka, bawak basikal atas kereta.
Ibu bapa jangan dilupa, takde mereka takde lah kita.






No comments: