Wednesday, October 24, 2012

Check Point

Setelah tersiarnya story kayuhan Ujian Mentol kura-kura,
Ramai kura-kura yang bersemangat nak cuba.

Kamal  sebagai leader kayuhan hari ini.


Assalammualaikum, kayuhan kita hari ni sejauh 72km.
Kayuhan yang paling mencabar ialah dari Ulu Yam ke Rawang.
Harap semua boleh bersabar.. kalau mentol ultraman dah berkelip-kelip, berhenti.
Kita bukan nak berlumba, tapi nak menguji ketahanan.




Kepada rider-rider yang 1st time, harap bersabar merempuh cabaran.
Kita akan buat satu CHECK POINT sahaja hari ni. 
Kita regroup kat 7E Ulu Yam. Sebelum teruskan kayuhan.
Saya harap semua dapat beri kerjasama...
Keselamatan mesti diutamakan...



Doa dibacakan oleh Zahrin Petronas.



Check Point 1
Baru kayuh 10 km, Bukit Kancing Selayang.
Dah berhenti ambil angin.
"OK... jom sambung kayuh!!.."



"Tunggu lah kejap! Leader baru sampai!"




Check Point 2
Petronas sebelum Dam Sungai Dua.
".... oooop rehat kejap. ambil angin dulu..."



Ambil angin sebelum panjat Dam Sg Dua



Kol Sabri hari ni tak kayuh, ikut dengan moto aje..
Padanlah makan tak ingat!..



Azmi!.. agak-agak kul berapa nak habis kayuh?!!..





Check Point 3
Dam Sg Dua. tak sampai 5 km dari Petronas 
"OK.. kita tunggu rider-rider yang kat belakang.."


Mana ada rider lagi kat belakang, kita LAST!!
Yang lain semua dah kedepan!!




Abah!.. kita tukar lah!
Abah kayuh... saya naik moto!




Nak tukar dengan aku pun takpe!!




Check Point 4
Air Terjun Ulu Yam




Punya lah kusyuk... sempat tidur!



Eh camno ni?!! Leade tidur...



Ni lah satu-satunya gambar kayuh...
Takut ada yang kata kita semua naik lori..




Check Point 5
Sempadan Batu Cave, Ulu Yam baru 30km
ada 42 km lagi..


Korang dah lama sampai ke?!!
Sorylah.. aku tertidur..



Nasib baik kayuhan anjuran kura-kura...
Kalau tak... mahu tak muat lori KING nak rescue..



Check Point 6, yang sepatutnya Check Point 1
7E Ulu Yam.
".... Ok.. kita makan dulu..."



Bukan lapar sangat... Geram!
Dari Air Terjun tadi lagi dah terbayangkan 7E ni...




Mana boleh share!! aku lapar ni!..



Kasut baru.. itu yang rasa laju...




Mazlan, kalau engkau pakai kasut in... 
Mesti nampak macam laju...




Ok.. lepas ni kita kayuh terus sampai Rawang Maju




Nak kena CD ni... sapa yang leader?!..



Tak semua gambar menceritakan kisah sebenar...
Tak kan Ice Man nak buang air depan Gear 10...!



Check Point 7
Antara Gapi. Check point yang paling penting...
Masa ni lah mentol ketahanan berkelip-kelip.
Cuaca panas, tuhan aje yang tahu. 
Yang mentolnya terbakar akan minta direscue...
Alasan demi alasan dikedengari...
namun tak siapa pun nak menyerah diri..



Pernah dengar perkataan TERKANGKANG?!!





Kalau gambar ni... 
Nampak macam cramp tahap 2




Tapi kalau gambar ni...
Nampak macam cramp tahap 8. Sampai terlondeh seluar!!




Chack Point 8
Petronas Serendah.
"... Kami bukan nak berhenti rehat, nak beli air aja.. 
pastu.. terduduk pulak!!"




 
Check Point 9
Fly over yang belum siap. Sungai Choh - Tampler Park
Sempat buat Khidmat Masyarakat. 
Angota Polis Serendah minta kami tolong Taxi yang ditimpa kemalangan.



 
Kalau tak!!! dah lama kita sampai..!




Jom kayuh... tinggal 3 km aje lagi. Cuma nak kena mendaki laa sikit!!





Check Point 10
Tengah-tengah bukit Kuari... baru kayuh 1.5km.



Alang-alang hang berzikir... 
Hang baca doa ni... bagi tambah POWER!!



Walaupun penat tak hingat!! basikal masih tersusun..



Nik!!.. tadi masa breefing, aku kata 1 Check Point ke.. 10?!!..



Kata orang, cita-cita dan angan-angan dua perkara yang berbeza.
Memanglah cita-cita nak buat satu Check Point aje...
Tak cuba mana kita tahu. Yang penting usaha..
Yang lain tu, biarkan usia dan kederat yang menentukan.
Jangan dipaksa, takut mudarat... nyanya!


Janji Kayuh!!

No comments: