Monday, June 11, 2012

Tip Minggu ini


Alhamdullillah usaha selama ini dah berhasil

Lama juga saya menong.. Umur dah banyak pakai, penyakit dah melambai-lambai.
Tak berapa lama dulu saya gi check kesihatan.. 
maklumlah, orang bersukan lah katakan!!
Ingatkan OK!.. rupanya KO
Lapuran kesihatan saya masa tu tak berapa menarik, 
banyak yang dah langgar sempadan.
Lama gak saya menong!! macam tak caya..
Takan orang bersukan ada masaalah kesihatan!.


Sebenarnya masaalah kesihatan ialah permakanan.
Bersukan hanya membantu kesihatan.


Penat aje kita bersukan. Kayuh ke pelusuk rantau..
merentas hutan.. mendaki bukit,, menolak basikal..
kena kejar lembu.. dan macam-macam lagi
semua tak menjanjikan kesihatan yang baik.


Antara kesilapan yang besar ialah..
Setiap kayuhan bermula dan berakhir dengan MAJU atau CORNER
Tu tak termasuk tendangan penalty lagi!!
Bila makan, tak berpantang..
cuma yang pantang, kayuh!. Jangan jauh-jauh.. penat!


Satu lagi kesilapan..
Lepas kayuh..makan!
Lepas makan, ada yang tak sempat mandi. Terus tidur
Maklumlah.. penat kayuh basakal!!


Malah ada yang rasa.. lagi banyak kayuh lagi tambah berat badan.
Terus ambil tindakan kurangkan kayuhan, takut gemok.


StrangeMTB amat beruntung, ada berbagai-bagai tahap rider..
Berbagai-bagai latar belakang dan perkerjaan.
Antaranya ialah Bahri. Bertugas dibahagian kecemasan
Klinik daerah diRawang
Antara orang yang banyak bagi tip kesihatan kat saya. TQ BRO!!
Tip dia senang aje.. Jaga makan, jaga makan, jaga makan.
Yang sedap tu mesti ada risikonya.
Contoh yang baik ialah motosikal.
 Moto yang laju.. memang sedap.
Tapi kalau jatuh.. dua aje pilihannya.
Pergi dan tak balik-balik..
atau
Sakit yang tak baik-baik..


Rasanya tip yang paling mujarap saya dapat dari penceramah-penceramah.
Kebanyakan mereka menasihatkan agar kita
BERPUASA
Dalam masa setahun Allah mewajibkan kita berpuasa selama sebulan.
Dalam seminggu kita di sunatkan berpuasa isnin dan khamis.
Tak mungkin salah!! Sebab itu janji Allah.


Enam bulan saya berpuasa, yang penting puasa dari nafsu makan
Alhamdulillah pada mulanya puasa untuk jaga kesihatan.
Tapi sekarang dan biasa. Malah kalau tak puasa rasa tak sihat.
Tapi kalau kita berpuasa lillah hitaala, lagi untung!

Pagi tadi baru balik dari klinik. buat ujian kesihatan.
Alhamdulillah, tahap kesihatan dah normal.
Saya bersyukur dikelilingi sahabat-sahabat yang perihatin.
Alhamdulillah. TQ Sahabat-sahabat semua!


Tak guna kita kayuh sampai nak tercabut urat kentut..
Kalau dapat jaga permakanan, Insyallah usaha kita berhasil.


Tip
1. Gi buat Medical check up
Kat Klinik Kerajaan... FREE
2. Puasa sunat. 2 X seminggu
3. Puasa nafsu makan
4. Bersukan

Apa lagi?!.. Jom kayuh!!





2 comments:

belacan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ahmad WhoEls said...
This comment has been removed by the author.