Thursday, March 10, 2011

Jemputan


Assalamualaikum.


Merujuk kepada perbincangan kami dengan wakil As-Sakinah CC, En Azmi berkenaan perkara di atas dan permintaan kami untuk mewakilkan jemputan tersebut kepada kesemua kelab-kelab cycling/MTB di sekitar daerah Hulu Selangor / Tg Malim melalui Kelab As-Sakinah CC. Kami harap saudara telah pun mendapat berita jemputan ini. Anggaplah email kami ini sebagai komunikasi follow-up.

Secara ringkasnya, kami (Beringin Bikerz Club) ingin menjemput pihak saudara (TM Bikers, PKNSMTB, Ligamas, AntaraGapi, As-Sakinah CC, Big Bounce, Prima Riders CC, Strange MTB, Sentosa CC, Procity CC Sg Buaya CC, MDHS dan lain-lain sekitar Hulu Selangor / Tg Malim) untuk bersama menyertai, meraikan dan meramaikan program KAYUHAN SANTAI KELUARGA LEMBAH BERINGIN & MINI KARNIVAL 2011.

Sedikit background:

Event ini diadakan disamping untuk mempromosi sukan berbasikal kepada penduduk Lembah Beringin, juga dikembarkan dengan 'pelancaran' kelab kami BERINGIN BIKERZ CLUB, sebagai kelab 'termuda' di kawasan Hulu Selangor / Tg Malim. Sempena dengan pelancaran tersebut, kami jadikan event ini juga sebagai 'Salam Perkenalan' bersama-sama kelab-kelab MTB di kawasan sekitaran.

Jemputan kelab-kelab MTB akan dibawa ke track off-road yang kami kira bersesuaian dengan tema 'berkenalan' tadi - tak susah sangat, tak jauh sangat tetapi cukup versatile untuk memperkenalkan apa yang kami ada disekitaran kawasan LB.

Kami berharap untuk dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 150 MTBers untuk kayuhan ini, tak termasuk peserta event Kayuhan Keluarga (On-Road santai2). YDP MDHS akan 'flag-off' event kita ini, dan F&N baru saja confirmkan penajaan 100Plus. Cycling Malaysia magazine pula akan cover the event, dan akan dimuatkan dalam isu Jun 2011 nanti. 200 majalah Cycling Malaysia issue #5 telah dijanjikan untuk edaran percuma pada hari tersebut.

Disamping itu, breakfast (2 kali) akan kami sediakan dan ada Lucky Draw untuk riders, Mini Karnival dan Jualan Ria untuk ahli keluarga - ahli keluarga Jemputan MTB juga dijemput sama.

Oleh itu, kami berharap2 sangatlah sekiranya mendapat sokongan daripada kelab-kelab berjiran seperti PKNSMTB, Ligamas, AntaraGapi dllnya. Jemputan MTB tidak perlu mendaftar, cukup sekadar memberitahu kami bilangan ahli kelab yang akan mengambil bahagian untuk menyenangkan persiapan kami nanti.

(Kelab-kelab As-Sakinah CC, Big Bounce, TM Bikers adalah antara yang telah mengesahkan penyertaan di dalam acara ini).

Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada saya seperti no di bawah, Siti Alviah 012-3711601, atau Zurimi 012-6550023. Saya juga akan berada di Jamboree Teluk Batik di bawah As-Sakinah untuk sebarang pertanyaan.

Wassalam. Terima kasih.

Nik M Zaim

012-3711601

019-3857741



No comments: