Tuesday, June 21, 2011

Story, Race Tak Bagi Chan2

Race Tak Bagi Chan.
Laluan Kuala Kubu Bharu - Gap, Fraser Hill.
Ujian Masa. Khas untuk ahli StrangeMTB sahaja.
Race Day


Macam mana nak kayuh... mengantuk lagi ni!


Good morning Hj!


Saya ni Zulfika..
Kawan Kamal, nak ikut kayuh boleh?
Saya dah biasa dah ikut Epic, jamburee dll.
Ni baru nak cuba Race Tak Bagi Chan.


Sapa lagi yang lambat!


Tak sabar nak kayuh... dah dua bulan tak kayuh.


Hang kalau nak tambah power...
Takyah makan power bar.. minum air kopi Kacip Fatimah aje..


Dah macam kedai basikal.. banyak sangat bawak basikal.
Sampai tak tahu nak pakai yang mana satu.


OK.. aku tahu lah.., aku dah lama tak kayuh engkau...
Jangan nak buat perangai pulak!..


Sakit perut pulak....


Waa.. hang pakai basikai pak hang yaa..


Berapa orang ride hari ni..


Ok, 10 mins lagi..


Nanti lah kejap... baru nak makan pisang!


Macam pernah tengok aje Giant putih ni.


Pisang ni nak kena makan ke?


Yang pakai Sponge Box Power pun ada!..


PRO, nak makan berapa biji pisang ni?


1..2.. OK


Imran, kalau hang pakai LOOK, pak hang pakai basikai baru ka?


Dorang ni sungguh-sungguh. Nampak sangat Tak Bagi Chan...


Basikal mana nak pakai ni... banyak sagat!


Race ni, memang tak bagi chan langsung ke?


Baik keluarkan basikal cepat. Dorang ni tak tunggu...


Team anak beranak


Kamal, bawak kawan.


Tuan Pengerusi, kayuh dari Rawang ke?


Hj, saya dah 3 bulan tak kayuh. Saya tengok aje boleh?


Adik, ambil lah gambar ayah sikit... asik gambar orang aje!


Makan pisang dulu...


Sabar Hj.. kita 2nd group.


Nasrul. demam ke?


Pakcik! badan aje sama... power  lain-lain.


Ok.. rapat, rapat.. taklimat dulu.


Waa kali ni ada tiga peserta pompuan. Ada kemajuan.
Harap lain kali lebih ramai lagi rider-rider pompuan ikut serta.


Dah boleh jalan ke?


Sidi, Nik & Azmi.


Aku ni group mana?.


OK, lagi 5 mins group pertama jalan dulu.
Yang belum makan pisang... makan dulu.


En mat, saya nak tukar ke group pelahan boleh?


Ni.. nak tangkap gambar basikal.. nak tangkap gambar burung?


OK, group pertama... GO!!!


Mak cik, kita ni group pelahan ke?


KING menyemoncer 4X4 nya bagi kegunaan RESCUE.


Lain macam aje senyum ni.. nak sayur sapa pulak ni..


Team remaja KKB. Belum ada lesen lagi!


Nak tengok, takut-takut ada bawak mangkuk tingkat pulak..


Hi BOSS.. parking jauh pulak?..


Ni baru straching Hj.. belum kayuh lagi!


Laa belum apa-apa dah pancit ke?


Bahan Bakar!

Group tiga... siap.


Saya group dua..


OK group dua, jalan!...


Aku nak ikut group dua, En Mat tak bagi...


BOSS aku nak kayuh santai aje.


Kayuh santai?.. kalau nak kena kutuk setahun, santailah..


Awal-awal dah tekan!


Pakcik Amir! tunggu!!.. Ramai lagi kat belakang tu..


Baru 7 km dah habis bateri?


Mak Oi.. penatnya.. nak tercabut jantung rasanya..


Yaaa Nik.. GO Nik GO!!..


Kalau tunduk aje ni.. lesen Super & iA lah ni.


Cepat!!!! depa dah sampai!!!


Dorang ni, makan apa? Lajunya!!!


Tunggu pak cik!!


Rescue car.


Nak tunggu camno, tu haa dah sampai!!.


Bukan nak berhenti rehat. Takut tanah runtuh!..


Masa ni.. baru 12 km, senyum lagi...


Fuu Yooo sekali tengok macam  ALBERTO CONTADOR
Dua kali tengok.. Sidi rupanya.


Ni yang best kayuh ke Fraser Hill. Berkabus.


Masih lagi Mahmud di hadapan..
Amzar mencilok angin dari belakang!..


Ni, macam mana cerita ni?
Hj yang kena potong ke..?
Hj yang nak potong KING dengan BOSS?
Haaa ni baru betul arnab dengan kura-kura.


Kali ni aku  nak Lesen FULL...
Lesen B pun takpe, janji ada lesen.


Dah pandai... mula-mula kayuh ramai-ramai, baru semangat.
Dah nak sampai baru pecut.


Tunggu Pengerusi jap. Dia kata dia pengsan! Tapi nampak Ok aje.


OK, kalau En beli semua.. saya bagi discount 70%




Mr Bendahari kayuh sorang-sorang.
Tak tunggu... tak bagi chan.


Ni lah dua rider yang menyerlah kali ni.
Zul & Nasa perbaiki rekord lama masing-masing.


Engkau punya pasal lah ni...


Bantuan kemaknusiaan...


Panjang! tak tunggu Wan lagi ke?..


Kita orang ni makan angin!..


Day!!.. mana boleh makan angin...
Yini race la... yalamak tuaaan.!!.


Pengerusi menyungkur menyembah bumi.
"Mana tak menyungkur, tiga bulan tak kayuh!"


Dulu tempat laluan MAN, MPS.
Sekarang tinggal nama aje. AWAS MAN NAK LALU.


Jom kita sayur tiga orang ni.


Nak kemana tu bang? Laju sangat tu!


Dalam cerita arnab Vs kura-kura. arnab tertidur.
Tapi cerita ni. Arnab dengan kura-kura sama aje. Tidur dulu.. rehat.


100 plus ada lagi ke?


Ni dah macam PIT STOP. Siap pam tayar pulak dulu..


Kat sini air mahal.
100 plus Rm 15 sebotol.
Air kosong RM 10 sebotol.. minyak dah naik bang!


Sorrylah En Mat, saya janji tak kayuh dengan bahaya lagi.
Jangan tarik lesen saya.
En Mat pakai baju merah.. nampak macam handsomlah.
Ok En Mat saya tak buat lagi. Sorry..sorry.


Eddy,time kipper.
Dari lepas subuh tunggu rider-rider sampai. Naik mengantuk tunggu.


Antara yang mula-mula sampai.


Hj Kaman seronok, walau pun pertama kali kayuh ke Gap, Fraser Hill ni.


Eddy sempat gantung banner StrangeMTB.


Pakcik tolak lah 5 mins masa saya.
Saya tolong orang terlanggar kerbau tadi..


Azli, satu lagi pencabar yang tak dapat di kesan RADA.
Berjaya menyamai masa PRO. Walaupun PRO memperbaiki masanya.


Patutnya aku ikut kauorang. Dah BOSS ajak berhenti, aku pun bagi signal lah..


Ni botol yang keberapa?


Azli jangan beli dulu Specialized Epic ni. Tunggulah sama-sama.
Masa kitakan sama.


Menyesal saya Hj.. kalau saya tahu saya kayuh laju sikit.
3 mins aje nak dapat lesen iA.


Yang terlentang pun ada..


Lain kali kalau kayuh, ajak saya sekali. BEST kat sini tak panas.


Hari ni saya bukan pelahan... saya tak laju aje.


Hari ni makan saya bayar. Pertama kali dapat potong Pengerusi.


Oooo... mentang-mentang korang sayur aku yaaa..
siap buat kenduri kesyukuran, dapat potong aku yaa...


Bila lagi nak potong Tuan Pengerusi.. masa ni lah..


Lepas ni aku nak lesen SUPER pulak lah..
18 mins aje lagi..


Ooo engkau sayur aku ya!


Jangan menong Akmal, kalau hari-hari kayuh.. lama-lama laju lah!


Saya puas hati. Dulu berjam-jam. Sekarang 2 jam lebih sikit aje.


Oooo engkaulah yang buat kenduri tadi yaa..


Bukan tak nak duduk. Tengah kematu ni.


Azli.. macam mana engkau tiba-tiba aje laju ni.
Dulu engkau sebelah aku aje.


Amacam.. lepas ni kita main full sas.


Tak berapa nak kenalah panjang. Kalau saiz 27 baru OK.
Hang panjang sangat!


Sampai setakat air terjun ni aje nampaknya.
Lain kali saya sambung, sampai atas.Hari ni bateri saya habis.
Dorang tu pakai bateri apa?


Sorry lah pakcik... Saya bukan penat.. tak larat aje.


Sorry lah.. Mak cik ni ha.. dari air terjun tadi..
Haa dah dekat, dah dekat.  Tak gak sampai-sampai.
Bateri dah nak habis ni.


Lega. Sampai jugak dorang.


Bang! kalau tak laju jugak.. tukar basikal aje bang!!
dah penat saya tune.


Azmi, jangan tenung lama-lama. Karang terbeli pulak.


Kalau dah sampai kat Gap ni, semua orang tolong.
Zul & Hj tolong Nasrul tukarkan tube bocor.
Sebab Nasrul dah pengsan.


Tolonglah tukarkan time aku tu..


Lucky Draw. Sorrylah Hj tak jadi beli 29er .. beli tube aje.


Tiub dah banyak, tayar ada?


Saya sedih... kali pertama race, kali pertama dapat hadiah.
Tak kira lah luckr draw pun tak pe..


Tak sia-sia beli basikal baru...


Ramai jugak!


En Mat, minggu depan sakali lagi!


Takde kerja lain ke.. kematu pun tak hilang lagi.


Lain kali jangan lupa ajak kami lagi, best!


Masa balik.. Kamal pulak kehabisan bateri..
Nasib baik rescue car kat belakang. boleh tumpang.


Masa balik semua lesen Super. Gap-KKB tak sampai sejam.


Race Tak Bagi Chan2

Sekitar 38 rider yang sempat ambil bahagian..
Termasuk 7 junior, 2 sinior, 3 pompuan
Beberapa rekod peribadi, berjaya dipebaharui..
Tak kurang juga keputusan yang kurang ayu...
932 keping gambar berjaya dirakam.
4 kamera, 6 juru gambar... termasuk 2 junior.
1 Pembantu teknik (time keeper)
48 botol 100 plus, 4 sikat pisang...
21 mee kari, 27 nasi lemak, 15 burger telur
dan entah berapa banyak tea tarik berjaya dihabiskan.
Race Tak Bagi Chan, tak kira usia, pangkat atau harta.
Rasanya ramai yang dah faham matlamat
Race Tak Bagi Chan.
Bukan nak race sesama sendiri,
tapi nak race dengan diri sendiri.
Tahniah sekali lagi kepada semua rider-rider yang ambil bahagian.
Kepada yang tak sempat ikut, kita jumpa tahun depan.

490 gambar akan diupload kat
Facebook Strange Mtb













No comments: