Saturday, November 5, 2011

Musim Qurban Cinta dah sampai..

Qurban Cinta, atau lebih dikenali sebagai  bersunat atau berkhattan.
Masa ni lah ramai anak-anak yang belum berkhattan, 
nak mintak Guru Besar sambung persekolahan. Takde cuti sekolah pun takpe...


Malang bagi seorang bapa.. bila anaknya taknak berkhattan..
Sanggup di rotan.. di potong-potong di buat sandwich..
Sanggup nak tahan matahari jangan tenggelam, supaya tak malam
Pendek kata sanggup buat apa saja.. asalkan tak berkhatan.


Cubalah terangkan kepada si anak.. ini lah Qurban Cinta. 
Qurbannya hanya sedikit. Nikmatnya selama-lamanya. Baru betul..
Jangankan anak.. si bapa pun berebut nak berkhattan lagi sekali!!..


Bebudak zaman sekarang...
Kalau cerita pasal khawin... mengalahkan orang yang dah khawin.
Tapi bila sebut aje sunat.. muka macam cekodaok masin!!


Haa yang ni bukan Tok Mudin..
Yang ni Tuan Haji Abdullah Mohd Som.
Pengerusi Surau Nur Ikhwan Rawang Perdana.

Surau Nur Ikhwan akan adakan acara Qurban Cinta (Berkhattan) beramai-ramai.
Sempena cuti sekolah ni. Kalau ada yang berhajat sila hubungi 
Tuan Haji Abdullah @  019-282-2434 A.S.A.P. 

Pihak surau juga menerima mana-mana pihak yang berhajat..
Tak kiralah dari Rawang mahupun dari mana saja!!
Kalau bapak budak yang teringin pun bolih bincang!!


Terima kasih diucapkan kepada Bahri, A.K.A The Ghost
Rider StrangeMTB.
Juga wakil Klinik Kesihatan Cawangan Rawang.
Memberi laluan kepada pihak Surau Nur Ikhwan dan
Klinik Kesihatan Cawangan Rawang.
mengadakan acara Qurban Cinta (Berkhattan) beramai-ramai, 
sempena cuti sekolah.


Lakunan semula oleh jiran saya..
Wan Dahili dan anaknya Umar Alusi..
Wan dulu rajin ikut kayuh dengan kita..
Tapi sekarang takde masa.. 
banyakan kayuhan setempat aje!!..

Terima Kasih!! orang jauh!!
Jom ikut kayuh!!

No comments: