Thursday, November 17, 2011

Strangemtb.blogspot.com

Happy Birthday 
strangemtb.blogspot.com
Genap 2 tahun umur blog ni..
21hb Nov.2009 Post pertama blog ni.
Kalau dikenang kembali.. ceret-beret dibuatnya.
16hb Nov 2009. Saya baru tahu adanya blogspot.com
4 hari saya lanyak laptop anak... sampai bergaduh.. kecik!!
2 malam tak tidur sampai orang rumah sangkakan saya layan Mak Jd dalam FB.
Mana taknya.. buta IT satu hal.. buta Computer langsong tak membantu.
akhirnya pada 21hb Nov, tersiarlah laman blog
Strangeway.blogspot.com... 
Terlampau nak kan kelainan... Concept lah katakan...
Maklumlah background saya memang advertising tahap laut dalam...
sembang punya sembang.. PRO dan Zul cadangkan perkataan MTB ditambah.
Maka jadilah StrangeMTB.
Jangan ditanya kenapa Strange!! Terlampau dalam lautan yang nak diselam..
Sampaikan saya pun tenggelam!!


 Ni lah gambar blog header pertama.. sebelun Logo StrangeMTB ada.


 Post pertama bertajuk
Rawang perdana MTB. mengambil nama blog terdahulu yang
dijaga oleh Fais, anak bendahari. 
Fais tak sempat nak jaga.. sebab takde masa.
Masih belajar di IPTA. ketika itu.

Bila gambar-gambar tersiar dalam blog buat kali pertama..
saya terpegun sampai terlolap... seharian mengadap laptop.
Tak caya..  boleh publish gambar dalam internet.. FUYOO!!! (Masa tu)
SIAP KAU!!
Dahlah saya memang suka ambil gambar.. sens of hummer..
dan sekarang MTB.. Yaa Hoo


Sungguh tak di jangka... baru 2 Tahun. Dah mencapai 50,000 hit..
Blog ni juga menemukan saya dengan ramai keng-kawan baru..
Alhamdulillah..


Kamal buat kali pertama dapat kayuh senafas dibukit kuari Rawang Perdana.
Masih terdengar-dengar suara Kamal bersorak riang..
macam baru dapat daki Gunung Everest..


En Samsudin antara orang yang gembira dapat beriadah berbasikal..
Malang tak berbau.. beliau jatuh kat dalam dusun ketike kayuh.
Dis locate shoulder.. forbia sampai sekarang.


Sarudin A.K.A   "KING" dari mula dah nampak lasak sengan berbasikalnya..
Masa ni masih menggunakan basikal LieSpeed.



Zul dengan Gaint Anthem..
Hj Sukri dengan beg sekolah anaknya..
bawak bekal macam nak lari dari rumah!!


Dan yang paling pilu... 
Allahyarham Azizul. Tak pernah pakai helmet.. katanya tak muat!!
Pakai glove kontrek.. katanya jimat.
Sentiasa membuatkan kami ketawa.. tak kering gusi di buatnya.
Sentiasa ada joke.. tak pernah habis..
Chef yang bertanggungjawab dengan resepi BBQ kambing..
Masih kedengaran di telinga-telinga kami.. ketawa riang beliau..
Sentiasa perihatin... masih tiada pengganti.

Alfatihah..
Sedekahkan kepada roh arwah Azizul Rahman Azazi
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.


Antara Post terawal - 1st Time KKB-Fraser Hill

Pengerusi pun nampak muda macam baru habis sekolah..
Basikal berat nak mampus.. tak kesah pun!!


1st time kayuh sampai dam!!
rasa macam nak tercabut jantung...


1st time kayuh kat dam... macam kayuh kat luar negara...
Cantiknya... nyamannya...


Masih lagi teringat-ingat. 1st time Kamal sampai puncak dam..
terus keluarkan pisang sesikat. offer kat kami. Tak larat nak bawak, berat!!
PRO punya ketawa... tergolek-golek macam orang histiria..
Hasbulah ketawa sampai terkencing!!
1st time!!


Pengerusi dan Zul.. antara rider yang mula-mula dapat title
TAKDE JANTUNG!!


Kamal dari dulu sampai sekarang nak cuba sayur Zul..
Tak juga tercapai... sampai terlelap Zul atas basikal..


Imbas kembali story lama-lama.. 
Rasa nak ketawa ada..
nak marah ada..
tak kurang juga rasa sedih..
Ada antara kami dah takde lagi..
Ada antara kami dah tak kayuh lagi...
Ada antara kami dah berhijrah keluar negeri..

Tapi yang pasti, rider tetap bertambah.
Walau ada yang datang dan pergi..

Saya nak ambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak Terima Kasih..
Kepada rider-rider StrangeMTB yang tahan gurau..
Keng-kadang terasa kasarnya.. adakala, tak terasa halusnya..
Gurauan yang membuatkan kita tersenyum sendirian...
atau.. marah tak ketentuan..

Juga saya nak ambil kesempatan ini nak meminta maaf kepada mana-mana rider
yang terasa hati.. Maklumlah saya kalau dah layan story.. tak sedar diri..
Tak ingatkan sensitivity.. Harap maaf ...

Kepada pelayar-pelayar tetap blog ni.. dari dalam mahu pun luar negeri..
Saya harap anda terus melayari blog ini.. 
Saya akan cuba tingkatkan mutu senyuman anda..
Kalau ada cadangan sila Email saya..
Saya sedia terima apa jua cadangan..

Terima Kasih..

Selamat Hari Jadi..
StrangeMTB.blogspot.com 

1 comment:

izral ishak said...
This comment has been removed by a blog administrator.