Friday, August 17, 2012

Ia akan pergi jua...

Kayuh basikal berkunda kunda,
Sambil kayuh berzikir pula.
Usah sedih usah hiba,
Ramadhan akan pergi jua.


Masak lemang dimalam raya,
Buat lontong tak jadi pula.
Bersama berdoa untuk semua.
Agar ditemukan Ramadhan yang mulia.


Kayuh basikal sambil beraya,
Jalan-jalan rumah saudara.
Ampun maaf kami pinta,
Kepada sahabat-sahabat yang setia.


Beli basikal persiapan raya
Silap beli, tak bertayar pula.
Gurau senda, permainan semua.
Harap semua boleh terima. 


Kayuh basikal sampai Turki
Sampai Turki tak puas hati
Bulan ramadhan akan pergi
Harap bertemu sekali lagi.


Dihari baik... bulan baik ni, saya susun jari sepuluh.
Mohon ampun dan maaf atas kesilapan.. keterlanjuran... 
Sengaja mahupun tak sengaja.
Maklumlah, saya tulis kat blog ni ikut perasaan. Bukan ada pengalaman.
Keng-kadang terkasar bahasa dan tak kurang 
terlanjur language
Gurau senda bukan nak mengena..
Cuma nak ketawa-ketawa..
Silapnya... tak tahu kat mana garis sempadan.

So, kepada yang selalu jadi bahan.  
AMPUNI DIRI KU!!...
Kepada yang tak pernah jadi bahan...
SILA BAGI TAHU!!!....

On behalf of semua AJK.. JKK... KKK.. dan banyak lagi.
Kami mohon ampun dan maaf,
atas apa jua kesilapan.. kesalahan.. yang lalu.
Buangkan air Tea tarik yang keroh..
Minumlah air minirel yang jerneh..

Kepada pelayar-pelayar setia blog ni..
Seluruh ahli club StrangeMTB mengucapkan 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Semoga persahabatan kita akan berterusan hingga akhirat.
AMIN.


Akhir kata...
dengarkan perpatah orang kampong saya..

BUKAN LOBAH SEBARANG LOBAH,
LOBAH BERSARANG ATEH AKA.
BUKAN SOMBAH SEBARANG SOMBAH,
SOMBAH HUJUNG SAMPAI KE PANGKA.

KOK KOCIK DISOBUT NAMO,
KOK BOSA DI SOBUT GOLA.
KOK JAUH DIJOMPUT, 
KOK DOKEK DIKAMPONGAN.
KOK PERAK DI PAKAI,
KOK PUSAKO DIBOLO
NAN DILOPEH DAH SAMPAI
NAN DITUNGGU DAH TIBO
SELAMAT HARI GAYO BUEK SUMUO
AMPON MAAF KAMI PINTO.


Janji Kayuh




No comments: