Friday, September 11, 2015

Nakkan suatu kelainan

Kengkadang boring jugak asyik kayuh kat tempat yang sama je..
Nak layan jamboree selalu sangat pun dah tak mampu..
makin lama makin mahal..
Nak layan kat taman, karang ada lak yang kata
"Rider Taman"
Emmm kena cari idear baru..
Kena cari satu kelainan..


Semenjak layan kat Kota Damansara..
Tuan Pengerusi dan beberapa AJK dapat idear baru..
Nak kurangkan jamboree.
Sebaliknya nak joint atau buat kayuhan bersama
dengan kengkawan atau Team yang berhampiran dengan kami.
Yang jaraknya tak lah jauh sangat.
Dalam lingkungan bawah 2 jam perjalanan kereta.
boleh balik hari je..
Dalam FB pun dah ramai kawan...
kalau tengok  gambar dorang.. menarik gak track dorang..
so... kengkawan..
kalau ada track yg menarik kat tempat anda...
jangan lupa ajak kami..
PM je kat fb kami..
StrangeMTB



PUNYA LAH NAKKAN SATU KELAINAN

Lepas layan Track Kota Damansara,
Tuan Pengerusi dah tak tahan..
"Ni baru lah di namakan trail.."



"Kalau nak ikutkan kebanyakan top 10 track terbaik Malaysia
kebanyakannya sekitar Lembah Kelang je..
atau tak lebih 2 jam perjalanan kereta..
Apa kata lepas ni kita layan trail2 ni.."



Kalau Kota Damansara ni.. dua orang pun aku ON..!
Best gila!!



PUNYA LAH NAKKAN SUATU KELAINAN
Siap angkat-angkat basikal
kononya nakkan suatu kelainan..


Siap laluan bawah longkang..
Punyalah nakkan suatu kelainan..



Yang menyarap.. 
dah mengalahkan KOMANDO..
Nakkan suatu kelainan..


lepas tu pengsan... menyesal laa pulak 
disebabkan nakkan suatu kelainan..




PUNYA LAH NAKKAN SUATU KELAINAN
Ada yang bawa anak kayuh.. 
Punya nakkan suatu kelainnan..
Masalahnya.. anak dah lama sampai puncak bukit...
tunggu ayahnya tak sampai-sampai lagi..



... ajak kengkawan yang dah lama tak kayuh..
ada gak rasa suatu kelainan





Sedar tak sedar... dah lebih basikal dari orang..
dah pening pulak nak kayuh yg mana..
Punyalah nakkan suatu kelainnan..





PUNYA LAH NAKKAN SUATU KELAINAN
Jumpa uncle2 ni siap tanya ada trail yg lain ke.. tak..
Punyalah nakkan suatu kelainan



Jumpa rider tempatan. tanya.. ada tak trail yang menarik macam ni lagi tak?..
Nak cari suatu kelainnan..



Ada bang!!.. tapai takleh gi sengsorang, bahaya. 
Takut balik berdua!!..
Mungkin juga suatu kelainan!




Pertama kali jumpa En Razak ni..
dah mesra, macam dah selalu jumpa..
terus ajak dia kayuh.. beli basikal. 
walhal ni lah trail yang hari2 dia layan dengan kaki je..
Nakkan suatu kelainan..




PUNYA LAH NAKKAN SUATU KELAINAN

Nik.. 
Nakkan suatu kelainan..
Ajak isteri kayuh kat tengah Bandaraya..



PUNYA LAH NAKKAN SUATU KELAINAN
Kita nak layan kat mana hari ni..
Tak mau lah dalam taman je..
Jom lah cari suatu kelainan




Kita ni asyik kayuh kat sini je..
dah macam RIDER TAMAN je..
Jomlah cari suatu kelainan..




PUNYA LAH NAKKAN SUATU KELAINAN

Jomlah kita buat trail baru..
Janji ada suatu kelainan..



Haa!!!  nak buat track baru ke...
Ni dah suatu kelainan!



Laa kita redah je kat sini..
Janji suatu kelainan..



Memang suatu kelainan pun, 
nak berdiri pun tak boleh!..



Tayar lepas...
handle lepas..
Bahu sangkut..
Ni sapa punya idea..
Nakkan suatu kelainan ni!!..



Waaa  ni dah macam Thomson Trail.. siap berkabus..
Ni dah satu kelainan!!




Apa kata kita layan Kota Damansara malam pulak..
ada berani..
Baru lah suatu kelainan.. kik..kik..kik..




Mana boleh ikut jambatan, tak MTB laaa
kita ikut air..
Baru lah suatu kelainan..



PUNYA LAH NAKKAN SUATU KELAINAN


Munkin lepas ni,
satu lagi kelainan..
Kurangkan makan, banyakkan kayuhan!!...
Kayuh nak jaga kesihatan!!






Memang kami nak cari suatu kelainan..
Bukan dah taknak gi Jamboree..
Memandangkan kat FB dah banyak kawan2..
dah ramai kengkawan yang ajak kayuh bersama..
Tak kurang juga yang mencadangkan 
kami gi layan perasaan kat track yg popular sekitar lembah kelang ni..
Ada yang ajak gi..
Bukit Kiara.. Kemensah.. Pucung.. PCP..
Malah ada yang mencadangkan Bukit Pelindung, Teluk Cempedak..

Apa pun kami amat mengharap agar 
kengkawan FB tak lupakan kami ketika nak kayuh..
Jangan lupa PM kami..
Rasanya bila dapat kayuh bersama,
boleh lebih berkenal mesra...
Kalau jumpa kat Jamboree.. tak sempat nak bertegur sapa..
Tau-tau bedesup je...


Harap-harap
Nakkan suatu kelainan 
ni, 
akan mengalakan kita kayuh bersama..
amin!!..



Championship Point setakat 6 Sept 2015



Gambar2 dari ihsan 
StrangeMTB rider
TQ..


Janji Kayuh!

No comments: