Wednesday, July 18, 2012

Don't Go Raub Again The Story



Jam baru 7:15 pagi dah ramai rider yang sampai Gap.



Nasir yang serba baru dari hujung rambut hingga hujung tayar..
Bersemangat baru, basikal baru, Jc baru, spenda baru, senyum pun baru..
sampai tak selera nak breakfast..



Yang tak sempat-sempat nak kayuh pun ada..
Kayuh  pakai kain aje!! tak sempat pakai seluar!!..
Takut tertinggal.



Kiosk Gap ni dah jadi macam home base kami.
Call sehari sebelum. bagitahu aje berapa rider yang nak datang..
Kul berapa nak sampai..
7:00 pagi dah siap breakfast..
Kena pulak dengan cuaca sejuk.. silap-silap tak jadi kayuh.
Kalau tak kayuh.. rider-rider StrangeMTB bawak family breakfast kat sini..




Pagi-pagi lagi dah ada rezki..



Hallo!!! kau tenggok!! camno kau potong remos aku!!
Camno nak cilok angin?!!



Makan tengahari masak apa, kak?!!



Baru habis breakfast.. dah tanya lunch.
Camno nak kayuh...



Minggu lepas.. seram.
Tengok video geram. Nak ikut kayuh lah!!



Bersenang-senang dahulu...  tu.. OK
Bersusah-payah kemudian, tu yang tengah fikir ni!!



Nasrul!! boleh lepas ke!.. minggu ni?!!



Tengok ni... Hub baru.. kalau tak lepas aku berhenti kayuh basikal!!



Pakcik!!.. saya bawak mangkuk tingkat sendiri..



Panjang, semangat kena tinggi... nanti malu dengan Minah Sport..




Dont worry Bang!! saya tunggu abang,
asalkan abang tunggu saya.
Dah berbulan tak kayuh.. pegang handle pun rasa kekok..



Hari ni... Mahmud jadi leader.. menggantikan Pengerusi yang tak sempat
balik dari P.D.



I go first...



Betul ke... leader selalunya kena RESCUE?!!



Kalau macam tu... tak nak lah jadi leader!!



Kalau Zul yang kayuh.. takde sapa yang boleh kejar..
Kalau Minah Sport.. ramai yang tercabar..
(Minah Sport tu isteri Zul)



Kalau Doa.. Haji. Yang lain belum berani..
Takut, takut apa?.. entah!!..



"Ya Allah, berikan lah kekuatan kepada ayah ku.."




Doa selamat aje!! Doa laju.. baca sendiri!!



Lagi satu kemudahan yang ada kat Gap. 
Surau yang bersih, lengkap dengan sejadah, kain... tinggal nak solat aje!!




Hang ni umuq berapa?!! aku tengok.. laju semacam aje!!..



Hang pa tunggu sini dulu.. aku nak kencin.. tak tahan dah ni!!!..



You'll don't make me angry... sat lagi I turn GREEN..



Ok!!.. sapa nak keRaub.. teruskan.
Kura-kura sampai kat sini aje..



Panjang, 1st time sampai Raub, ya?!!
Kalau dari Gap kayuh ke Raub,.. baru lesen L
Kalau nak lesen penoh.. kayuh dari Raub ke Gap..



Padan lah tak hujan... berkilat!!



Nik.. Kamal.. Khairi.. mana?!!



Jangan risau bang!! orang yang takde jangan ditanya..
Yang penting gambar abang kat Dataran Raub ada..



Eh kenapa muram aje semua.. patutnya senyum, dah sampai Raub..




Ni lah salah satu antara seribu sebab, kenapa kami suka kayuh keRaub.




Sapa nak tambah.. tambah.
Lagi dua bulan baru kita sampai kat kedai ni lagi..



Mahmud, memang kena makan ke?!!




Burung Merak goreng pun ada..



15 mints lagi...



15 mints apa!! duduk pun belum lagi...



Abang-abang.. tambahlah lagi...



Oooo padan lah nak keRaub aje...
Ada udang dalam Mee....



Hallo.. KING!! kedai makcik kat sebelah Masjid Raub.. depan TM.
Dorang, baru aje sampai. KING tak kayuh ke?!!
Don;t worry.. makcik kenal KING, Makcik selalu layan blog StrangeMTB...
KING aje yang tak kenal makcik..
Datang lah..



Ni dah melampau.. aku baru nak tanya nombor talipon..
KING dah talipon dulu!!..



Ok ke Syawal?!!



Entah lah.. badan ni, rasa tak sedap aje..
macam nak terkena.. aje!!




Salah jalan tu bang!! situ nak keKota Bahru.. larat ke?!!



Kalau rescue sampai Gap,.. kira berapa?!!



Kalau rescue basikal aje, rider jalan kaki.. Rm50..
Kalau rescue rider dengan basikalnya sekali... Rm 500




Mahalnya, kita kayuh aje bang!!



Yang ni.. untuk disewa ke?!!



Itu lah.., engkau charge mahal sangat..
Camno nak beli durian?!!



Dah lah tu bang!! badan pun dah tak larat nak bawak..
ada hati nak bawak durian..




Cepat.. cepat orang tak nampak..



Haa... baru lega..





Rescue.. rescue..
Kalau naik dengan saya FREE!!
mari.. mari..



Harapkan Panjang.. panjang selamatkan diri..



Mazlan,  mana kereta KING?!! lambat sangat ni..
Lampu ultraman dah berkelip-kelip..



Lagi 500 meter nak sampai Gap
"Tak payah.. aku tak rela diRescue..
Biar derita ku tanggung sendiri.."

Video.. tunggu dulu, belum ada mood.
Kaki ni sengal lagi..

Agaknya ramai sahabat-sahabat rider yang sering melayari blog ni hairan..
Kenapa StrangeMTB dah tukar haluan.
Kalau dulu, kayuh dari KKB ke Gap, Fraser Hill.
Tapi sekarang, Gap ke Raub pulak.

Kalau kayuh dari KKB, tak larat boleh patah balik. Menurun bukit..
Kata perpatah.. bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang kemudian.

Tapi kalau dari Gap-Raub-Gap..
Bersenang lenang dahulu. Bersusah payah kemudian.
Masa turun keRaub, kona lipat sampai cecah telinga..
Macam Red Indian dapat kuda..
Masa balik dari Raub keGap..
Semuanya salah,
Kayuh salah.. duduk salah.. meter salah..
helmet salah.. basikal salah.. tayar salah..
pendek kata semuanya salah..
serba salah dibuatnya..

Kalau kena rescue.. malu..
Kalau tak rescue.. haru..

Yang hairannya.. bila sampai Gap. Semua bertanya, bila nak kayuh lagi.
Yang kena rescue dan yang merescuekan diri sendiri..
Usah malu atau rasa rendah diri, lepas Raya kita cuba lagi..
Rasa seronok kalau kita dah tahu kemampuan kayuhan sendiri..
Cuma nak bagi tahu.. Minah Sport belum pernah kena rescue..

Ada juga permintaan dari rider-rider power..
Buat kayuhan dari KKB-Raub-KKB
Baru puas katanya. Kat mana yang puas pun saya tak tahu.
Tak kisahlah... janji kayuh.

Video-video kami semuanya dari Gap ke Raub...
Bukan nak menunjuk-nunjuk..
nak bagi semangat kat rider-rider yang lain, seronok layan kona..

Minggu ni kami jumpa TEAM dari Taiping.
Buat kayuhan dari KKB-Fraser Hill. Tahniah semua berjaya!! Wee Weet!!
Kalau ada blog atau website.. sila tulis kat
sembang-sembang strange. Boleh kita link..

So kepada team-team yang belum pernah cuba... cubalah.
Seronok!!! banyak ketawa dari kayuh!!

Janji Kayuh..


Monday, July 16, 2012

Jw MTB Jamboree Video




OK.. Video Jw MTB Jamboree dah siap.
Walau pun hampir 2 jam footage berjaya dirakam,
tapi tak banyak yang boleh digunakan.
Kerana keadaan yang terlalu berlumpur.. kamera pun diselaputi lumpur.
Harap rider-rider semua terhibur.
Kali ini kami hanya menggunakan 1 on board camera sahaja.
Mungkin lepas Raya dan dijamboree yang akan datang,
kami akan cuba menggunakan 2-3 on board camera.
dan 2-3 lagi location camera.
Don't worry.. takyah bayar. FREE....
Kami memang suka main-main camera..
Kalau nak membantu..
Sila subscribe kat StrangeMTB channel.
Lagi ramai yang subscribe, lagi naik semangat kami nak buat video.
Inilah cara kami nak naikkan sukan MTB.
Yang lain kami tak pandai...

http://www.youtube.com/StrangeMTB

So, kali ni.. layan yang ni dulu...

Terima Kasih kepada CD sebagai on board cameraman.
dan
Mahmud sebagai tukang cuci cameraman..


Janji kayuh!!

Thursday, July 12, 2012

Jw Trailer


Macam biasa, sebelum video sepenuhnya.. Layan Trailernya dulu

Wednesday, July 11, 2012

Jw

Kali ni rider-rider StrangeMTB layan Jamboree Jw

Kita ni nak kayuh kemana?.. kalau semua dah mengadap sesama sendiri..
Pelik jugak ni..


... kayuh basikal kejap. Balik nanti saya singgah pasar!!





Wah!!.. bertuah rasa hari ni. Dapat bergambar dengan PRO SUPER STAR.
Aku memang minat sangat dia ni, kenal ke.. tak?
Ini lah Eman Manan PRO SUPER STAR kita..


Hoi!!.. itu bukan Eman Manan... itu Irma Manan...
Eman Manan tu pelakun lah!!..




Paku dulang, paku serpih.
Mengata orang, awak yang lebih!!
Alah!! silap sikit aje.. tak sengaja takpe!!
Bukan Eman atau Irma Manan...
Tapi dialah Anuar Manan. Rider Malaysia.
Yang engkau tu dah macam sarong nangka kenapa?!!


Laa bila nak start ni... kaki dah lengoh berdiri, bukan lengoh kayuh!!


Tak sempat nak kayuh dah tolak..


Hari ni rasa macam nak menang.. aje!!


Jangan pandang belakang!!


Biaq pi depa nak laju... hari ni aku bateri kurang. Kayuh santai aje lah!!..


Dua kona aje lagi bang!! dah dekat nak sampai!!


Kayuh saya tak pandai.. kalau tolak, saya champion!!


Tak tahu lah!! Semalam timbang 9 kilo aje..
Hari ni dah macam 90 kilo!!


Eh.. kenapa tolak pun tak nak gerak ni?!!..


Kena siram ridernya dulu, sebabnya ridernya, belum mandi lagi...


Frust aku.. PRO janji nak saing dengan aku. Nak buat one.. two.. finish
Dia dapat one.. aku dapat two hundred


Nampak ni.. walaupun minggu lepas kena rescue..
Hari ni dapat No 90.. Top 10%...


Alaaa. sayang..sayang.. dah setahun tak mandi ya?!!


PRO GHOST.. & PRO ORBEA


Alhamdulillah.. hari ni tak kena rescue



Zul demam pulak hari ni... apa lagi. kayuh santai aje lah..


Bila dah terpaksa!! korek pakai OKLEY pun sedap!!


Jomlah kita gi rumah Shah, makan kambing! aku dah lapar..


Bahri kita bedal dulu, sementara dorang belum sampai..


Tunaikan hajat Shah, Aqiqah anak beliau
http://bbqkambing.blogspot.com/



Nak jadikan story. Kereta KING kena langar pulak
kat Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul 



Budak ni lah yang melangar...
Boleh dia kata "Terlelap" masa naik moto...
Kurang alasan betul!!..

Video.. tunggu hari Jumaat.

Gambar-gambar ihsan ..
BOSS, KING, CD & Mahmud.
TQ..

Tuesday, July 10, 2012

Syhhh... jangan bising-bising...

11:30 pm. baru dapat berita terkini.
3 rider StrangMTB sedang buat latihan kecemasan.
Tak sanggup kena rescue 14/7 nanti.
Mulanya laluan Rawang-Lata-Rawang
Tapi terlajak, Rawang-Stadium Shah Alam-Rawang
Muka mereka sengaja di kaburkan...

Friday, July 6, 2012

Don't Go Raub Again (Amaran)


Atas permintaan ramai...

StrangeMTB akan buat kayuhan keRaub lagi.
Pada hari Sabtu 14 July 2012.
Mula dari Gap tepat jam 8:22 a.m.
Lambat tinggal!!
Class A rider akan bermula dari  KKB jam 7:31 a.m
(atas permintaan rider-rider Class A)


Ramai rider-rider yang tak berpuas hati dengan prestasi masing-masing
Tak ketinggalan rider-rider yang belum pernah kayuh keRaub 
yang nak menambah pengalaman peribadi..


Tuan Pengerusi juga akan turut serta.
Cuba nak memperbaiki record peribadi.. 



Ok..
 kali ni KING bawak lori..
Senang nak rescue, setakat 10 rider.. sekali harung aje..
Bahri, Ambulan ada berapa?!!


Setakat hari ni.. dah lebih 25 rider yang nak turut serta.
Class A rider belum ramai lagi..
Rider-rider Bugs Bunny..
dan kura-kura Rawang Perdana, semua ON.
Ada yang nak bawa mangkuk tingkat...
Harap kali ni semua pakai Jc kalau dah tak muat..
ikat kat perut aje. Kira pakai lah tu..


Sementara tunggu 14 July.. 
Layan IKLAN "Don't Go Raub Again" ni dulu..

Usah dipikirin!!!...
Teruskan nyanyian


Untuk yang nak menambah semangat...
Sila tengok video
Selamatkan Pengerusi Full Movie
http://strangemtb.blogspot.com/2012/07/alhamdulliah-video-selamatkan-pengerusi.html


Janji Kayuh!

Thursday, July 5, 2012

Pagoh oh Pagoh

Dah jatuh ditimpa kereta..

Kalau orang rumah aku nampak.. mesti dia nangis...
Belum pernah lagi makan menyangkung tempat orang lalu lalang macam ni..


Yang tinggal hanya lah nombor yang jadi kenangan..


Nak jadikan story, kereta Rosli rosak ketika perjalanan balik.



Terpaksa masuk bengkel..


Dah lah masa RACE dapat nombor beratus-ratus..
Frust tertongeng dibuatnya... 


Kita sumbat aje lah semua basikal dalam kereta KING!!


Gambar dan berita, ihsan KING
Gambar masa race takde.. 
semua sibuk nak kayuh laju...

Janji Kayuh

Wednesday, July 4, 2012

Selamatkan Pengerusi Full Movie

Alhamdulliah video Selamatkan Pengerusi dah siap
Layan.

Sorry lah lambat
Footagenya saja lebih 2 jam.. boleh buat drama bersiri..
Nak di sunat-sunatkan jadi 10 minit..  naik juling dibuatnya.
Ingatkan laptop demam.. bagi antibody sepiring...
Rupanya sakit gigi.. kena upgerad yang baru..
Nasib baik keng-kawan StrangeMTB 
ada macam-macam ilmu.. 
dan sudi membantu.
Yang penting, bertanya..
Segan bertanya sesat jalan
Petang ni nak masuk WAD.
esok lusa sihat lah kut.
Terima kasih kepada sahabat yang membantu.

Kepada pelayar-pelayar non member..
Jangan lah berjealous bila tengok video ni..
Dah musim video.. nak wek camno!!


So.. kalau tak nak ketinggalan..
Rider-rider StrangrMTB akan ke JW MTB CARNIVAL minggu ni.
CD, rider StrangeMTB akan bawak On Board Camera
Cari aje Jc StrangeMTB, 
Tengok kat Sit Post..
Kamera bersaiz kotak mancis.. dia lah tu.
Hanya aksi-aksi menarik yang akan jadi pilihan...
So jangan bermuram lagi..
Akan saya ushakan video yang baik..
Harap dapat sebar-sebarkan..

Janji Kayuh.. 

Monday, July 2, 2012

Jemputan Shah

Sahabat kita Mohd Shah
Menjemput
Semua ahli StrangeMTB kemajlis Aqiqah anaknya 
Muhammad Irstad Faiq
8 July... hari Ahad ni.
Didewan orang ramai
Blog 39 Flat Seri Perak
Bandar Baru Sentol

Tiga ekor kambing yang akan di panggang..
oleh Team BBQ Kambing
Seekor khas untuk rider-rider StrangeMTB

Smiley
So apa tunggu lagi..
Jom sama-sama kita tunaikan hajat beliau
Amin...