Wednesday, August 29, 2012

Nasir


Jom lah masuk dalam...  dah sejuk makanan kat dalam tu..



Terima kasih kerana sudi datang kerumah saya, jemputlah makan!!



Aku tak terima nikahnya, sebab mu tak pakai samping!!













Waa hari ni ramai yang bawak beg tangan...




Korang jangan gelakkan aku. Dah sebulan aku amalkan majun cap KUDA.
Pasni siaplah korang!!




Ngapa ni?!! macam nak nyanyi lagu Negara Ku aje!!..




Makin lama makin ramai yang ikut ziarah kengkawan.









Jom gi rumah saya pulak!!..



Jamuan Raya StrangeMTB


Jamuan Raya Terbuka StrangeMTB
Tahun ni nak buat satu lagi kelainan.
StrangMTB menjemput semua rider-rider MTB 
terutama yang berjiran dengan kami.
 Hadir kemajlis jamuan raya kami.
Majlis akan diadakan di Apartment Fasa 1
Taman Tun Teja Rawang
Mula jam 9:00 p.m.
Sila call mana-mana AJK atau Ketua Kampung untuk persiapan kami
Kunjungan tuan dan puan amatlah kami nantikan

Menu-
BBQ Kambing.. 3 ekor (makanan rasmi StrangeMTB)
Sup Ekor..
Mee soto
Lemang top of the pop Rawang
pelbagai jenis kuih raya..
dan
dua lagi rahsia, datang baru tahu.

Pakaian (Wajib)
Lelaki - Baju melayu lengkap dengan samping.
Perempuan - Baju kurung.


*kutipan Rm 25 sekeluarga
bagi ahli club StrangeMTB

Tuesday, August 28, 2012

Nik, Ketua Kampung Rawang Perdana


Ok. Laa ni kalau hangpa dapat jawap 3 soalan percubaan UPSR, 
aku bawak keluar Kopi Janda!!..
Kalau dak... Tea Tarik Duda!!..


Cepatlah... lepas ni nak gi rumah Kamal pulak!!..



Kalau dah macam ni... baik buat open house aje!!..



Petang tadi aku layan Kuari Hill... 
apasai dah rasa macam mountain...







Hilmi... mana beg tangan? Hang tinggai kat rumah, macam mana nak kenai!!..



Nampak gaya esok kena bawak beg tangan..



Nik, SBCC Jamboree jom laa pi!!..
Sebab, kalau hang pi... ramai yang nak pi!!..








Kamal Bendahari



Assalammualaikum, terima kasih kerana sudi ziarah saya & family
Harap dapat diteruskan ziarah-menziarah begini setiap tahun..


Aku dah call Haji.... dia tak angkat. Ada orang datang rumah dia kut!!



Sembang.. sembang jugak, jemputlah makan!!



Hj Syukri! kalau engkau kayuh balik semula... aku ikut kayuh.
Aku dengar Kamal.. Nik.. Khairi.. dah sampai Raub.
Dulu dorang tu lauk aku aje.. Sekarang takut aku yang jadi lauk!!




Monday, August 27, 2012

Setiausaha raya!..

Malam ni, kami ziarah rumah Tuan Setiausaha Nasa.
3A pun ada. Azri, Atuk & Akmal.
Rumah Rafi A.K.A. Tok Batin, kena tangguh dulu. Sebab dia tak sempat...



Malam esok rumah kita pulak... datang ya!..



Kusyuk dengar story seram Nik kat Bukit Putus.... Eeeeee



Abang kita kata, open raya StrangeMTB tahun ni bakar tiga ekor kambing. 
WAU!!








Saturday, August 25, 2012

Kita datang nak RAYA!...

Lepas solat Isyak, kami ziarah Mahmud. 
Nak ziarah Jafni... belum balik beraya lagi...
Nak ziarah Jai... hilang tanpa berita..



Op..op..op kejap, nak ambil bahan bukti...



Gambar isteri dan anak-anak aje... gambar suami dah banyak sangat.



Jemputlah rasa KING!.. ni kueh terbaru.
Tapai pulut campur kuah spaghetti.... aku pun tak berani cuba lagi! 



Hj kalau dah tengok bola... BOM meletup pun tak sedar..



 He..he..he
Lepas ni kalau terserempak kat Soon Huat, tegur-tegur lah ya!!..






Nak raya BOSS!!..

Hari ni sempat singgah ziarah rumah BOSS.
Saya, KING, Gear 10 & family sekali..


Para isteri boleh kenal satu sama lain...


Nama I.. Ahmad, Nama You apa?!!


Gambar kenangan, 
Beraya rumah BOSS.


Lepas rumah BOSS kami singgah ziarah rumah Haji.
Malangnya tak sempat nak bergambar.. dah nak Maghrib.
Sorry Haji. Lain kali kita shooting..

Raya tahun ni kita cuba buat sedikit kelainan.
Akan cuba ziarah sahabat-sahabat seberapa yang mampu.
Yang tak sempat, jangan marah. Lain kali kita akan usahakan.
Sementara nak tunggu OPEN RAYA StrangeMTB.
Kita ziarah-ziarah lah dulu ya!!
Kepada yang terziarah, jangan panic..
Tak payah sediakan kambing golek... ayam turki... rusa masak lemak...
Kami cuma nak ziarah. Nak merapatkan lagi silaturahim.
Cukup sekadar bersalam-salaman, Bermaaf-maafan.
Buangkan air Tea.. dam ambil air mineral.
Jangan nak susah susah...
Tapi kalau nak sediakan kami tak menolak.....
Dan kepada yang sukarela nak menjemput sahabat-sahabat 
datang kerumah, sila call saya. I follow!!

Janji Kayuh!!

Tuesday, August 21, 2012

Beraya kerumah atuk

Tahun ni sempat beraya rumah Abang Talib AKA Atuk!!
Laa... tak lah jauh mana.. bawah Gunung Gombau jugak!!!


Kito ni sedaro bau-bau kambing rupo ea!!
Padan lah sodap ajo, bilo ekau masak kambing!!..


Dah tau ni, sonang lah!!
Musim moktan buleh lah singgah!!


Seronok kek kampong.. macam-macam ado..
Itik ang-ang tunjuk perasaan pun ado!!


Ayam Holand pun ado!!




MMS Raya

MMS raya pertama tahun ni. 
Mazlan takleh tahan, baru raya kedua dah berkayuh
ke Empangan Air Itam, Pulau Pinang. (Kampung)
Basikal jumpa kat masjid lepas solat sunat...

Janji Kayuh!!

Monday, August 20, 2012

Ziarah raya.... Durian Tunggal

 Hari Isnin, raya kedua. Sempat singgah ziarah rumah mertua Gear 10.
kat durian Tunggal, Melaka.


Friday, August 17, 2012

Ia akan pergi jua...

Kayuh basikal berkunda kunda,
Sambil kayuh berzikir pula.
Usah sedih usah hiba,
Ramadhan akan pergi jua.


Masak lemang dimalam raya,
Buat lontong tak jadi pula.
Bersama berdoa untuk semua.
Agar ditemukan Ramadhan yang mulia.


Kayuh basikal sambil beraya,
Jalan-jalan rumah saudara.
Ampun maaf kami pinta,
Kepada sahabat-sahabat yang setia.


Beli basikal persiapan raya
Silap beli, tak bertayar pula.
Gurau senda, permainan semua.
Harap semua boleh terima. 


Kayuh basikal sampai Turki
Sampai Turki tak puas hati
Bulan ramadhan akan pergi
Harap bertemu sekali lagi.


Dihari baik... bulan baik ni, saya susun jari sepuluh.
Mohon ampun dan maaf atas kesilapan.. keterlanjuran... 
Sengaja mahupun tak sengaja.
Maklumlah, saya tulis kat blog ni ikut perasaan. Bukan ada pengalaman.
Keng-kadang terkasar bahasa dan tak kurang 
terlanjur language
Gurau senda bukan nak mengena..
Cuma nak ketawa-ketawa..
Silapnya... tak tahu kat mana garis sempadan.

So, kepada yang selalu jadi bahan.  
AMPUNI DIRI KU!!...
Kepada yang tak pernah jadi bahan...
SILA BAGI TAHU!!!....

On behalf of semua AJK.. JKK... KKK.. dan banyak lagi.
Kami mohon ampun dan maaf,
atas apa jua kesilapan.. kesalahan.. yang lalu.
Buangkan air Tea tarik yang keroh..
Minumlah air minirel yang jerneh..

Kepada pelayar-pelayar setia blog ni..
Seluruh ahli club StrangeMTB mengucapkan 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Semoga persahabatan kita akan berterusan hingga akhirat.
AMIN.


Akhir kata...
dengarkan perpatah orang kampong saya..

BUKAN LOBAH SEBARANG LOBAH,
LOBAH BERSARANG ATEH AKA.
BUKAN SOMBAH SEBARANG SOMBAH,
SOMBAH HUJUNG SAMPAI KE PANGKA.

KOK KOCIK DISOBUT NAMO,
KOK BOSA DI SOBUT GOLA.
KOK JAUH DIJOMPUT, 
KOK DOKEK DIKAMPONGAN.
KOK PERAK DI PAKAI,
KOK PUSAKO DIBOLO
NAN DILOPEH DAH SAMPAI
NAN DITUNGGU DAH TIBO
SELAMAT HARI GAYO BUEK SUMUO
AMPON MAAF KAMI PINTO.


Janji Kayuh




Wednesday, August 1, 2012

Raub Ha ha..



Laa boring la pulak... takde story.
Layan aje lah!!

Janji Kayuh