Monday, July 16, 2012

Jw MTB Jamboree Video




OK.. Video Jw MTB Jamboree dah siap.
Walau pun hampir 2 jam footage berjaya dirakam,
tapi tak banyak yang boleh digunakan.
Kerana keadaan yang terlalu berlumpur.. kamera pun diselaputi lumpur.
Harap rider-rider semua terhibur.
Kali ini kami hanya menggunakan 1 on board camera sahaja.
Mungkin lepas Raya dan dijamboree yang akan datang,
kami akan cuba menggunakan 2-3 on board camera.
dan 2-3 lagi location camera.
Don't worry.. takyah bayar. FREE....
Kami memang suka main-main camera..
Kalau nak membantu..
Sila subscribe kat StrangeMTB channel.
Lagi ramai yang subscribe, lagi naik semangat kami nak buat video.
Inilah cara kami nak naikkan sukan MTB.
Yang lain kami tak pandai...

http://www.youtube.com/StrangeMTB

So, kali ni.. layan yang ni dulu...

Terima Kasih kepada CD sebagai on board cameraman.
dan
Mahmud sebagai tukang cuci cameraman..


Janji kayuh!!

Thursday, July 12, 2012

Jw Trailer


Macam biasa, sebelum video sepenuhnya.. Layan Trailernya dulu

Wednesday, July 11, 2012

Jw

Kali ni rider-rider StrangeMTB layan Jamboree Jw

Kita ni nak kayuh kemana?.. kalau semua dah mengadap sesama sendiri..
Pelik jugak ni..


... kayuh basikal kejap. Balik nanti saya singgah pasar!!





Wah!!.. bertuah rasa hari ni. Dapat bergambar dengan PRO SUPER STAR.
Aku memang minat sangat dia ni, kenal ke.. tak?
Ini lah Eman Manan PRO SUPER STAR kita..


Hoi!!.. itu bukan Eman Manan... itu Irma Manan...
Eman Manan tu pelakun lah!!..




Paku dulang, paku serpih.
Mengata orang, awak yang lebih!!
Alah!! silap sikit aje.. tak sengaja takpe!!
Bukan Eman atau Irma Manan...
Tapi dialah Anuar Manan. Rider Malaysia.
Yang engkau tu dah macam sarong nangka kenapa?!!


Laa bila nak start ni... kaki dah lengoh berdiri, bukan lengoh kayuh!!


Tak sempat nak kayuh dah tolak..


Hari ni rasa macam nak menang.. aje!!


Jangan pandang belakang!!


Biaq pi depa nak laju... hari ni aku bateri kurang. Kayuh santai aje lah!!..


Dua kona aje lagi bang!! dah dekat nak sampai!!


Kayuh saya tak pandai.. kalau tolak, saya champion!!


Tak tahu lah!! Semalam timbang 9 kilo aje..
Hari ni dah macam 90 kilo!!


Eh.. kenapa tolak pun tak nak gerak ni?!!..


Kena siram ridernya dulu, sebabnya ridernya, belum mandi lagi...


Frust aku.. PRO janji nak saing dengan aku. Nak buat one.. two.. finish
Dia dapat one.. aku dapat two hundred


Nampak ni.. walaupun minggu lepas kena rescue..
Hari ni dapat No 90.. Top 10%...


Alaaa. sayang..sayang.. dah setahun tak mandi ya?!!


PRO GHOST.. & PRO ORBEA


Alhamdulillah.. hari ni tak kena rescue



Zul demam pulak hari ni... apa lagi. kayuh santai aje lah..


Bila dah terpaksa!! korek pakai OKLEY pun sedap!!


Jomlah kita gi rumah Shah, makan kambing! aku dah lapar..


Bahri kita bedal dulu, sementara dorang belum sampai..


Tunaikan hajat Shah, Aqiqah anak beliau
http://bbqkambing.blogspot.com/



Nak jadikan story. Kereta KING kena langar pulak
kat Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul 



Budak ni lah yang melangar...
Boleh dia kata "Terlelap" masa naik moto...
Kurang alasan betul!!..

Video.. tunggu hari Jumaat.

Gambar-gambar ihsan ..
BOSS, KING, CD & Mahmud.
TQ..

Tuesday, July 10, 2012

Syhhh... jangan bising-bising...

11:30 pm. baru dapat berita terkini.
3 rider StrangMTB sedang buat latihan kecemasan.
Tak sanggup kena rescue 14/7 nanti.
Mulanya laluan Rawang-Lata-Rawang
Tapi terlajak, Rawang-Stadium Shah Alam-Rawang
Muka mereka sengaja di kaburkan...

Friday, July 6, 2012

Don't Go Raub Again (Amaran)


Atas permintaan ramai...

StrangeMTB akan buat kayuhan keRaub lagi.
Pada hari Sabtu 14 July 2012.
Mula dari Gap tepat jam 8:22 a.m.
Lambat tinggal!!
Class A rider akan bermula dari  KKB jam 7:31 a.m
(atas permintaan rider-rider Class A)


Ramai rider-rider yang tak berpuas hati dengan prestasi masing-masing
Tak ketinggalan rider-rider yang belum pernah kayuh keRaub 
yang nak menambah pengalaman peribadi..


Tuan Pengerusi juga akan turut serta.
Cuba nak memperbaiki record peribadi.. 



Ok..
 kali ni KING bawak lori..
Senang nak rescue, setakat 10 rider.. sekali harung aje..
Bahri, Ambulan ada berapa?!!


Setakat hari ni.. dah lebih 25 rider yang nak turut serta.
Class A rider belum ramai lagi..
Rider-rider Bugs Bunny..
dan kura-kura Rawang Perdana, semua ON.
Ada yang nak bawa mangkuk tingkat...
Harap kali ni semua pakai Jc kalau dah tak muat..
ikat kat perut aje. Kira pakai lah tu..


Sementara tunggu 14 July.. 
Layan IKLAN "Don't Go Raub Again" ni dulu..

Usah dipikirin!!!...
Teruskan nyanyian


Untuk yang nak menambah semangat...
Sila tengok video
Selamatkan Pengerusi Full Movie
http://strangemtb.blogspot.com/2012/07/alhamdulliah-video-selamatkan-pengerusi.html


Janji Kayuh!

Thursday, July 5, 2012

Pagoh oh Pagoh

Dah jatuh ditimpa kereta..

Kalau orang rumah aku nampak.. mesti dia nangis...
Belum pernah lagi makan menyangkung tempat orang lalu lalang macam ni..


Yang tinggal hanya lah nombor yang jadi kenangan..


Nak jadikan story, kereta Rosli rosak ketika perjalanan balik.



Terpaksa masuk bengkel..


Dah lah masa RACE dapat nombor beratus-ratus..
Frust tertongeng dibuatnya... 


Kita sumbat aje lah semua basikal dalam kereta KING!!


Gambar dan berita, ihsan KING
Gambar masa race takde.. 
semua sibuk nak kayuh laju...

Janji Kayuh

Wednesday, July 4, 2012

Selamatkan Pengerusi Full Movie

Alhamdulliah video Selamatkan Pengerusi dah siap
Layan.

Sorry lah lambat
Footagenya saja lebih 2 jam.. boleh buat drama bersiri..
Nak di sunat-sunatkan jadi 10 minit..  naik juling dibuatnya.
Ingatkan laptop demam.. bagi antibody sepiring...
Rupanya sakit gigi.. kena upgerad yang baru..
Nasib baik keng-kawan StrangeMTB 
ada macam-macam ilmu.. 
dan sudi membantu.
Yang penting, bertanya..
Segan bertanya sesat jalan
Petang ni nak masuk WAD.
esok lusa sihat lah kut.
Terima kasih kepada sahabat yang membantu.

Kepada pelayar-pelayar non member..
Jangan lah berjealous bila tengok video ni..
Dah musim video.. nak wek camno!!


So.. kalau tak nak ketinggalan..
Rider-rider StrangrMTB akan ke JW MTB CARNIVAL minggu ni.
CD, rider StrangeMTB akan bawak On Board Camera
Cari aje Jc StrangeMTB, 
Tengok kat Sit Post..
Kamera bersaiz kotak mancis.. dia lah tu.
Hanya aksi-aksi menarik yang akan jadi pilihan...
So jangan bermuram lagi..
Akan saya ushakan video yang baik..
Harap dapat sebar-sebarkan..

Janji Kayuh.. 

Monday, July 2, 2012

Jemputan Shah

Sahabat kita Mohd Shah
Menjemput
Semua ahli StrangeMTB kemajlis Aqiqah anaknya 
Muhammad Irstad Faiq
8 July... hari Ahad ni.
Didewan orang ramai
Blog 39 Flat Seri Perak
Bandar Baru Sentol

Tiga ekor kambing yang akan di panggang..
oleh Team BBQ Kambing
Seekor khas untuk rider-rider StrangeMTB

Smiley
So apa tunggu lagi..
Jom sama-sama kita tunaikan hajat beliau
Amin...


Wednesday, June 27, 2012

Promo - Selamatkan Pengerusi

Sementara tunggu video sepenuhnya siap.
Layan promo dulu.
Rasanya esok.. lusa siaplah!!.

Layan!!..


Kayuhan Selamatkan Pengerusi

Alhamdulillah. seramai 20 rider yang ikut
Kayuhan Selamatkan Pengerusi.
Kalau nak ikutkan, ramai yang tak sanggup.
Demi untuk menunaikan hajat pengerusi, ramai yang memberi sokongan.
Dahlah tajuknya Kayuhan Selamatkan Pengerusi..
Kayuh dari Gap-Raub-Gap pulak tu..
Maklumlah.. ramai yang masih pakai bateri kup-cai..
Kalau pakai bateri lori.. takpe jugak.


Waa Khairi pun ada..
Hari ni Khairi tak kayuh, jadi rescue car sambil nak tengok-tengok track..
Lain kali boleh cuba.


Seram pun ada.. seronok pun ada.. sedih pun ada..
Pendek kata semua ada. Teringat, macam hari angkat nikah dulu...
Malu lah!!


Haji bawak ke idak?!! basikal. Tak nampak pun!


Bukan terburai!! silap pakai Jc. Pakai Jc anak pulak.. he.. he..he..


OK semua siap cepat.. 5 mint lagi!!


Hari ni nak jimat sikit.. kayuh pakai satu tayar aje!!


Cepat Shah!! hang tu dah lama tak kayuh. Kena straching dulu..
kalau tak.. takut kentut tak lawas!!


Nak cuba campuran terbaru.. 
10% 100 plus + 15% Kopi + 5% air Sungai Chiling dan yang paling penting..
70% Doa 


Azmi yang dah beberapa kali buat kayuhan ke Raub. 
Cuba nak bagi semangat kat kengkawan.
"masa aku kayuh dulu... 3 kali aje pengsan.
Harap-harap kali ni tak pengsan"


Hilmi di saat-saat akhir, cuba memberi senyuman yang iklas.


8:00 am. Taklimat Tuan Pengerusi.


Disini saya nak maklumkan.. (bip!!..)
Saya harap, tuan-tuan dapat.. (bip!!..)
Terima kasih semua!!
(bip!!.. kena sensor takleh keluar dalam blog..)


Wah.. Minah Sport pun ada!


Saya jemput Azmi selaku leader hari ni untuk memberi taklimat
kayuhan hari ini...


Assalammualaikum. Tema kayuhan kita hari ni..
Bersenang-lenang dahulu.. bersusah payah kemudian..
Memang tak dibuat orang!! patutlah nama kita StrangeMTB!!
Kayuhan arah keRaub.. Layan kona macam Read Indian baru dapat kuda..
manakala kayuhan balik dari Raub ke Gap..
Banyak-banyakkan bersabar dan lebihkan berdoa..


Doa Hj hari ni.. begitu sayup..
Cukup menyentuh hati-hati yang mendengar. TQ Hj


Pengerusi melepaskan kayuhan hari ni.


Tak tahu lah!!.. tadi masa kayuh macam ada yang menompang..
berat, taklarat nak kayuh!!


Tuan Setiausaha!! jom RACE ke raub, saya dah biasa kat sini!!
Kayuh balik nanti saya bagi chan!!


Takkan kayuh downhill nak kena rescue pulak?!!


Nasir, otai-bad (otai dah lebih setengah abad) 1st time kayuh diluar kawasan.
"Kok eden tau kona lipat moncocah tolingo.. dah lamo eden ikut!!"


Takkan Minah Sport depan..


Bahri kat belakang!!


Wah!! bestlah!! ada escot polis tarfik.. 


Masa ni pengerusi masih didepan..


Bang! dorang ni nak race ke.. karang saya tekan butang TURBO ni..


Ada yang nak kena rescue ke?!!


La ni Hj dah laju nu!!
Takleh jadi ni.. saya kena training lagi ni..


Aku kalah banyak ni aje.. kalau tak..


Mana pulak pergi gerek aku.. tinggai kat Gap ke?!!..


Terjumpa sahabat dari Raub. 


Ni.. kenapa kasut hang tak kilat?!! Esuk hang duty seminggu..


Nasi lemaknya dah habis.. tinggal sudu aje!!


Dataran Raub.. alhamdulillah.


Gambar kenangan. Yes!! dah sampai Raub.
Kalau cerita kat mak kat kampung, mesti dia ingat kita dah tak betul.


Hang ambik gambar aku.. pas tu aku ambik gambar hang.
Gambar depa takyah.. dah banyak dah.


Atas nasihat moho besar.. makan dulu baru kayuh.


Mahmud!.. boleh tambah ke takleh?!!
Sedap pulak lauk ikan patin ni...


Maaf lah, bab makan. Takde lady's first. Makan first!!


Alang-alang makan biar sepinggan!!


Ok.. sapa ada idea, camna nak senang balik ke Gap?!!


Saya ada idea. Apakata kita call KING.
Suruh dia datang bawak lori, kita pakat-pakat naik lori..
Lagi pun kita belum pernah bergambar naik lori..


Laa asyik rehat aje.. bila nak sampai!!


Tunggu lah sat Minah Sport...
Hang tu sport.. kami ni trekta!! banyak nak pakai angin!!..


Hallo,.. hari ni lambat sikit. Sebelum Isyak sampai lah!!


Mahmud, jangan potong aku.. Nanti aku terrescue!!..


Bukan kena rescue.. Khairi ajak temankan dia..


Dahlah kayuh sorang-sorang. Macam-macam bunyi dengar..
Bunyi burung, macam bunyi orang bercakap.
Bunyi angin, macam ada yang nak berbisik..
Nasib baik rescue sampai. Alhamdulillah makbul doa aku!!


Bukan nak memujuk.. tapi kalau dah alang-alang buka helmet..
biar sampai naik van!!.. Jom lah.. bukan orang tahu pun..


Pengerusi dan Mazlan. Semangat lebih tinggi dari Fraser Hill.
Tapi kalau dah setahun tak kayuh... takyah bersedih.
Albeto Kontolo pun kalau tak kayuh setahun.. pancit!!..


Nama pun Kayuhan Selamatkan Pengerusi..


Macam-macam jenis rescue..
Yang ni namanya RESCUE KUT.
Atau lebih dikenali sebagai RESCUE SANGKUT!!


Ok bang!! No Worry.. lain kali cuba lagi.


Jom singgah Batang Kali. Nak tengok kuda baru..
Syok pulak kayuh kat sini. Menyesal tak ikut dari dulu..

Rata-rata rider berpuas hati dengan kayuhan hari ni.
Harap dapat kayuh sekali lagi sebelum bulan Ramadan.
Walau pun penat sehingga menggigit jari..
Seronoknya teringat berhari-hari..

Pendek kata
Tak cuba, maka tak cinta.
Dah cuba... padan muka.

Asalkan semuanya dalam kesederhanaan...
Alhamdulillah. Selamat.

Terima kasih kepada
2nd unit camera - CD
Backup unit - Nik