Saturday, January 22, 2011

Rumusan RACE TAK BAGI CHAN, StrangeMTB.

RUMUSAN

Rasanya RACE TAK BAGI CHAN, StrangeMTB berjaya mencapai matlamat.
Rasanya masing-masing dah tahu kemampuan masing-masing.

Rahsia yang terbongkar..

Nik yang selama ini swiper.. Hari ni terbukti boleh memberi saingan yang sengit jika perlu. Cukup rajin kayuh (berlatih) walaupun seorang. Menggunakan basikal sederhana sahaja. Average speed 13kmh non stop, cukup untuk mematahkan semangat rakan-rakan yang lain.


Kamal yang selama ini tidak yakin dengan kebolehan sendiri.
1.32 mins dari Sg Chiling.. Rasanya kalau dari KKB lebih mantop.
Harap lepas ni boleh cuba.


Shamsi yang selama ini jadi pengukur rider-rider StrangeMTB, Susah nak ditewaskan. Hari ni tewas dengan teknologi. Ini bukan bermakna Shamsi pelahan.


Hafis, yang hanya mengharapkan usia muda (20 han) dan bertenaga.
Terpaksa tunduk dengan abang-abang dan pakcik-pakcik
yang jauh lebih tua.



Tenaga muda (Jr)... cukup memberasangkan..



RACE TAK BAGI CHAN, juga mengajar ahli-ahli StrangeMTB berdikari.
Belajar bawa pam, tiub dan air sendiri. Kalau selama ini mengharapkan kawan tukar tiub, hari ini buat sendiri. Tidak panik bila bersendirian walau apa jua keadaan. Tidak marah bila ditinggalkan. Selesaikan masalah dengan tenang.



Ada tiga faktur  kelajuan.
1.Tenaga 50%. Kelajuan datang dari tenaga.
Tenaga hanya datang dari latihan, ia tak bolih dibeli di kedai.
2. Tektik 25%. Bila nak kayuh laju.. bila nak simpan tenaga..
Salah tektik.. akan membazirkan tenaga, biar banyak mana pun tenaga.
3. Teknologi 25%. Saiz basikal sangat penting, salah pilih akan merugikan tenaga.
Begitu juga part basikal. Biar banyak bertanya, jangan banyak membeli.


Harap semua ahli faham tujuan & kenapa RACE TAK BAGI CHAN.
Cuba lagi Tahun depan.

Biar pelahan, asalkan berterusan



No comments: