Tuesday, January 15, 2013

Sinaran FRIM

Sedikit perubahan Weekly Ride 2013
Buat kali pertama kita adakan 2 kayuhan rasmi
Kali ni group pertama kayuh ke FRIM
dan group kedua kayuh ke Fraser Hill
bertujuan agar semuanya kayuh.
Tak mahu lagi yang merungut, Weekly Ride hanya untuk yang laju
atau sebaliknya.
Maklumlah, yang laju selalunya nak traning...
mana kala yang santai tetap santai...
So sekarang senang, kayuh ikut kemampuan sendiri
tak perlu kampen ikut kayuhan yang mana.
dua-duanya sama.. kawan juga!
So kalau sesekali nak santai, ikut yang santai..
dan kalau sesekali nak ukur kemampuan ikut yang laju.
Kalau pening juga kita gabungkan..
ia bukan nak memecah belahkan sesama sendiri..
tapi lebih kepada menjaga kepentingan ahli.
Yang penting kedua-duanya dapat Championship Point
Kayuhan kali ke FRIM cadangan Rafi Ketua Kampung Tun Teja
Kayuhan ke Fraser Hill cadangan Nik Madic Ketua Kampung 
Rawang Perdana.
So lepas ni kayuhan yang lain akan dicadangkan oleh kampung yang lain.
Kalau Tuan Pengerusi yang mencadang! maknanya semua kena kayuh

Group pertama, kayuhan ke FRIM
Untuk aksi-aksi yang lebih lasak dan advance
Rider... Pro, BOSS, Azli, Rosli, Zul Stallion dan Minah Sport



Manakala group kedua pula kayuh ke Fraser Hill
Lebih tenang.. lebih menguji kesabaran.
Rider dari kiri.. Mazlan, Hj Khairi, Kamal Bendahari, Sham, Adik Hilmi,
Mahmud, Zul2, Amzar, Nasrul,CD, Azmi, Nasir, Nik, Whoels (ambil gambar)
dan Fais. dah terlajak kedepan, tak sanggup nak patah balik!..
sejumlah 21 rider yang buat kayuhan hari ni
Seperti yang dijanjikan semua dapat
Championship Point
Permulaan tahun 2013, tahniah semua.




Story hari ni dari kayuhan ke FRIM
"Sinaran FRIM"
Nasib baik ringan aje... senang nak angkat atas batu ni...



Kalau dah senyum macam ni... puas hati laa agaknya!



Bukan basikal aje yang kena bersihkan, kasut pun kena kilat.
Barulah ada semangat nak kayuh minggu depan.

Untuk terperinci sila klik


Gambar ihsan PRO.

Janji Kayuh!

No comments: