Wednesday, January 9, 2013

Warm Up 2013

5 Jan 2013
Warm Up 2013. 72km Ujian Mentol
Fuu laa mak! Pembukaan 2013 yang memberangsangkan.
Tuan Pengerusi yang dah lama menghilang nak ikut kayuhan hari ni.


Rapat-rapat sikit nak jadikan bahan bukti, masuk WhatsApp.. FB... twitter...
lebih dari 18 rider, ada Championship Point


Nasib baik aku datang, ada Championship Point



Dah alang-alang, biar Pengerusi jadi leader kayuhan hari ni.



Ok, kita akan mulakan kayuhan melalui Selayang dan terus ke7E Ulu Yam
Regroup dan akan teruskan kayuhan ke Rawang.
Ada masaalah ke?



Kita akan sentiasa buat kayuhan Ujian Mentol macam ni supaya lebih mantab.
Saya nak, tahun 2013 lebih ramai lagi yang naik podium


Saya sungguh berbangga dengan pencapaian 2012.
Saya harap 2013 lebih mantab lagi. Tahun ni saya nak kutip
Championship Point seawal minggu pertama. 
Tahniah semua, kerana taknak lepaskan peluang ini.



Hari ni kita bernasib baik. Sham yang baru pindah ke Rawang dari Dungun
nak ikut kayuhan hari ni. Well come Sham!



Tuan Pengerusi, saya dapat Championship Point juga ke?



Mana Pengerusi? tadi bunyi macam nak senafas aje..



Pengerusi & BOSS tunggu PRO, lambat.



Jom teruskan. dorang tu Road Runner, laju.



Nik, hang bawak jalan mana ni?
Ni jalan nak bertaubat!



Sorry lah lambat sikit, Nik sesat kat kubur..


Sedaplah kasut ni Abah! TQ


Ni yang dikatakan
Tak tahu menari, salahkan lantai tak rata!



Pakcik, race jom!


Biar betul Imran, akak pun tak berani nak race dengan dia.




Sahabat ikut kayuh dari Petronas Sg Tua
Nama dah lupa laa pulak....



Jalan lah dulu. aku nak test brek.. macam tak makan aje.
Kejap lagi nak downhill, nanya aku!



Amboi, lajunya bang!



Walau apa pun, aku tak sanggup kena sayur Minah sport..



Kalau ikutkan kayuhan, dah dekat dengan CD
Kalau ikutkan nafas kayuhan... jauh lagi!



Takleh jadi ni, Hj dah dekat!



Lajunya!



Abah, pasai apa rasa kebas?!



Kalau Hulu Yam 23km, maknanya Rawang 50km lagi.
Mak oi!



Khairi, ni bukan Surau Nur Ikhwan Rawang.
Ni baru Surau An-Nur.. jauh lagi..



Rasa tak bestlah, belum apa-apa dah tinggalkan Kamal 50 Championship Point



Laa dorang tak lalu kat sini rupanya. Dorang chicken loop Antara Gapi!



Abah, jomlah kayuh terus ke Tanjung Malim. Esok dah nak balik asrama
Entah bila boleh kayuh lagi..



Dorang buat apa tu?!



Mendulang, katanya ada yang jumpa emas!



Jom kita joint!



Dapat beli garek baru, cukuplah!



Warm Up 2013
Pembukaan yang memalukan. Ingatkan nak kayuh Ujian Mentol 72km.
dari 19 rider, hanya 4 rider kelajuan kura-kura sahaja yang berjaya 
buat kayuhan 72km
Masa breefing semua nak kayuh laju...
nak senafas... nak buat bawah 2 jam..
pendek kata semuanya nak laju.
Rupa-rupanya semua taknak kalah. Chicken loop pun takpe
Janji sampai dulu. 
Yang hairannya semua rider kelajuan Road Runner dan Bugs Bunny
Maka tinggallah sang kura-kura...
biar lambat asal sampai!



Ikutkan syarat Championship Point
Weekly ride yang melebihi 18 rider, wajib dapat Championship Point
Kayuhan kali ini hanya 4 rider sahaja yang berjaya menamatkan
kayuhan seperti yang dirancangkan, manakala yang lain
chicken loop dengan niat. 
Maka hanya 4 rider sahaja yang dapat Championship Point.
Tapi setelah berbincang, sang kura-kura tak sanggup
nak kutip Championship Point. Biar sama-sama tak dapat
Baru adil.  
So, kayuhan minggu ni takde Championship Point
Sorry!


Janji Kayuh!









 

No comments: