Thursday, January 3, 2013

UPSI 2012

UPSI 2012, event penutup 2012

Abah kata 50km dekat aje...  tu yang nak cuba..


Jamboree penentuan..!


Khairi, hang jangan serious sangat! sat lagi pancit!


Dengar story 1200 rider yang ikut kayuhan hari ni.


Bila Jc baru nak siap?!! yang ni dah tak muat!


Cikgu, hari ni nak race ke?!!! nak santai?!!


BOSS, hang kalau nak menang, kena make sure CD chicken loop!..


Kilat nampak!!..


Bukit yang pertama, masih boleh berlari sambil menolak basikal..


Bukit kedua, hanya boleh berikan senyuman dalam derita..


Bukit ketiga... jangan ditegur, sebab dah tak bersuara!..


Biar apa pun..  aku kena habiskan kayuhan..
segala bukit akan aku lalui, segala sungai akan aku harungi...
asalkan dapat lebih dari 60 point. dapat mengatasi musuh ketat, 
C Kamal Bendahari ha ha ha!!..


Jangan risau abang! kami akan mengiringi abang sampai ke garisan penamat.
Asalkan abang sanggup tunggu kami... ha ha ha...


Apa beza lopak air dengan sungai yang mengalir?!!
Kalau sungai, terjun!
Kalau lopak air, tertonggeng! #@%$#@(*&^%&>?<#



Ni kalau Kamal nampak... mesti tertonggeng-tonggeng dia gelakkan aku!..


Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua, kerana sudi bersama kami...


Apa kata kita mulakan Al-Fatihah dan mulakan zikir...


Haiyaa saya tak tau ho... saya duduk saja lah!


Sampai kat jambatan gantung... pipi terasa sakit!
Agaknya punya lama tersenyum, sebab dah nak sampai garisan penamat.
semakin hampir dapat mengatasi Kamal. Semakin terbayang-bayangkan Kamal
tertonggeng-tonggeng meraung, menangis teresak-esak kena sayur di saat saat akhir.
Seakan-akan terdengar suara penyokong-penyokong menanti ketibaan kat stadium UPSI
Khairi.... khairi... khairi... bayangkan kalau 35,000 orang bersorak...
seram buluroma...
Terus hilang rasa penat. Semakin tak sabar nak jumpa Kamal..
YES! 2012 Kamal kecundang... Kah kah kah!!


Pakcik.. jangan cepat berangan. jauh lagi...


2012 tahun yang boleh dibanggakan ada aje yang naik podium.
Kali ni giliran BOSS, tempat ke 6 Veteran.

UPSI, 
ada yang kata susah...
ada yang kata senang..
Tak kurang yang kata SERONOK!

rasanya nak puaskan hati semua orang... tak mungkin.
asalkan kebanyakan rider ENJOY!! 
asalkan semua kemudahan cukup..
asalkan usaha penganjur 110% 
sentiasa merendah diri dan sentiasa menerima cadangan.
Ok laa tu!

Tahniah kepada penganjur-penganjur Jamboree.. Fun Ride... mahu pun Race 2012.
Yang sentiasa merancakkan sukan berbasikal khususnya.
mewarna-warnikan sukan ini.
Harap penganjur-penganjur jangan serik,
sentiasa cuba mengatasi kelemahan. 
Merendah diri bukan beerti kalah.

Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua penganjur-penganjur
Wee Weet!


Janji Kayuh!

Gambar ihsan Nik




No comments: