Sunday, January 6, 2013

Rumusan Strange Championship Point

Strange Championship point bermula dari Jamboree SBCC
Idea yang dicadangkan sendiri oleh BOSS, KING, Mahmud, CD, Zul,
Azmi, Azli, Mazlan, Pro... ramai lagi lah! 
Idea yang nak mengalakkan rider-rider menyertai 
mana-mana Jamboree umumnya dan weekly ride khasnya.
Bukan nak cari siapa paling laju, 
tapi nak tengok siapa yang paling banyak kayuh.
Championship Point juga merapatkan lagi silatulrahim antara rider,
perang saikologi kedengaran disana-sini. 
Ranking dalam Championship Point jadi bahan ukuran.
Bukan sahaja ramai yang nak tengok siapa yang akan jadi JUARA.
Rangking antara rider pun jadi bahan gurauan.
Maklumlah, takkan sang kura-kura lebih banyak point dari sang arnab.
dan yang dapat banyak tumpuan, 
apabila sang kura-kura mengatasi road runner. 
Kura-kura Vs Kura-kura...
Arnab nak lawan Road Runner...
apa tah lagi Road Runner Vs Road Runner
masing-masing tak mahu mengalah...
Yang pastinya.. kalau tak kayuh... kalah!


Keputusan Strange Championship Point
CD 
 Champion 2012
Mengumpulkan sebanyak 1280 point, 80 point lebih dari pencabar terdekat.
Kalau tanya CD, dia nak kalahkan Anuar Manan (Idola)
apakan daya, kaki tak sampai... Yang ada cuma semangat.
Kayuh taklah laju mana, tapi jiwanya macam Road Runner.
Dari 11 ride. Hanya CD sahaja yang menyertai semua ride.
Mununjukkan kesunguhan beliau.
Nak seribu daya, taknak seribu daleh.
Seperti mana yang dirancangkan, 
tujuan Championship Point ialah untuk mengalakkan rider ikut ride.
Rasanya tak keterlaluan kalau sama-sama kita ucapkan TAHNIAH
kepada CD. Tanda seronok melihatkan kesungguhan beliau.
TAHNIAH CD
Cuma jangan tertidur seperti sang arnab.
Tahun 2013 pasti ramai yang nak rampas tahta.


BOSS,
 tempat kedua. mengumpulkan 1200 point.
Mengatasi KING dengan hanya 10 point.
Tidak berpeluang menyertai 3 ride, tapi the only rider yang dapat
3 tempat pertama (StrangeMTB) dapat Moto Cupcai kat UPM
dan beberapa podium finish.
Semenjak mengunakan jentera berteknologi tinggi, 
semakin mantab kayuhan. 
Tahniah BOSS
Harap tahun 2013 dapat lebih lagi keputusan podium.
Rosli, King, Zul, Lt Kol Sabri, Nasir, Minah Sport
Antara rider yang berjaya kepodium bagi tahun 2012
Tahniah semua.
Bagi yang belum pernah ke podium...
Lebihkan kayuhan dan kurangkan alasan.


Rosli Ketum.
rasanya pencapaiyan terbaik Rosli. Berjaya mengumpul 955 point
Buat kali pertama Rosli mendapat tempat pertama keseluruhan.
Rasa gayat pun ada.. tiba digarisan penamat, Marschall tahan dengan ribbon.
Bunyi HON, tanda rider pertama sampai. WAW bukan senang nak dapat macam tu
Tahniah Rosli, 
semoga 2013 dapat lebih banyak ribbon
Rosli hanya menyertai 5 Jamboree. Weekly ride susah nak jumpa
asyik OT aje... nak beli gerek baru..
Azam tahun baru laa tu!



Nik Madic 
merupakan kura-kura yang paling banyak mengumpul point
805 point ranking ke 7 dalam carta 
Membuktikan tak perlu kayuh laju untuk dapat banyak point.
5 Jamburee dan 4 weekly ride dah cukup untuk mengumpul 850 point
Lebih banyak dari rider yang HEBAT-HEBAT..
Tahniah NIK


Tahun 2012. 
Tahun yang malang bagi Zul
Dari 7 kayuhan Zul hanya mengumpul 740 point
tayar pancit.. sesat.. hanger patah.. dan macam-macam lagi.
Nasib baik UPSI dapat 200 point. 
Dapat juga potong point Minah Sport (Isteri) kalau tak... 
Setahun kena kutuk dengan Minah Sport!
Kurang ikut Weekly ride, ramai rider-rider baru tak kenal
siapa Zul Stalion
Harap Zul dapat ubah scheduled kayuhan


Minah Sport.
The only female rider. Pembakar semangat rider-rider lain
Pencabar sang kura-kura dan sang arnab...
menyebabkan ramai yang dah mula buat secret training.
Kalau kalah dengan Zul, takpe
tapi kalau kalah dengan Minah Sport... haru biru!
Tahniah Minah Sport 620 point. Top Ten
dan 2 podium bagi tahun 2012
Tahniah Minah Sport



Adik Zulhilmi 
junior rider yang terbaik dengan 525 point
Harap adik Zulhilmi akan dapat membahagikan masa kayuhan dan belajar.
Tahniah adik Zulhilmi.



Tahniah juga kepada Botak (Azri) 
berjaya mengumpulkan 10 point
Lebih baik dari rider yang langsung takde point.
Rasanya 2013 boleh perbaiki point lagi.
Juga mengunakan jentera baru, weeweet!
Tahniah



Manakala pengerusi dan 
beberapa rider lagi tak berpeluang mengutip sebarang point.
Walaupun mengunakan jentera berteknologi tinggi,
kalau tak sempat nak kayuh.. tak guna.
Tuan pengerusi sentiasa bertugas luar kawasan.
Cari makan katanya. Basikal pun dah bersawang.
Harap 2013 tuan pengerusi dapat ikut kayuh.



 
Hj Khairi                   Vs                     Kamal
Rasanya saingan yang paling menarik.
walaupun tak kedengaran dikelompok arnab dan road runner...
diperingkat kura-kura cukup ketara..
Kalau nak ukur dari segi power, sama aje.
Hanya tektik atau tipu helah yang membezakan championship point mereka
Jika Hj Khairi takleh kayuh. Dia akan cuba saiko Kamal supaya
tak kayuh. menakut-nakutkan Kamal. agar Kamal tak jadi kayuh
Yang penting, sama-sama takde point.
akhirnya Hj Khairi dapat mengalahkan Kamal diUPSI.
Apa pun, tahniah kepada Hj Khairi dan Kamal
Yang sering memeriahkan suasana. 
Tak takut kalah, malah takut kalau menang..
Takut orang tak caya!
Harap 2013 lebih menarik lagi..


Rasanya ramai yang dah tahu niat sebenar
Championship Point
Bukan nak cari rider POWER.. Tapi nak merapatkan rider-rider.
Menggalakkan kayuh beramai-ramai.
kalau tak cukup jumlah rider takde point.

Championship Point 2013. akan bermula dari 
Race Tak Bagi Chan antara kampung
pada 26.1.2013.
Sementara tu WARM UP dulu.
harap tahun 2013 ada lagi idea-idea yang bernas.


Sila klik 
untuk keputusan yang terperinci.
atau klik HOME untuk story-story yang lain

Janji Kayuh!


No comments: