Tuesday, February 5, 2013

Setelah Hujan

Seperti setelah hujan, kita tak tahu apa yang akan berlaku.
Kebiasaanya suhu agak rendah dari biasa, lebih nyaman dari biasa.
Tapi kadang-kadang dikejutkan dengan banjir kilat.
Persoalannya adakah kita bersedia?
Sendiri tanya ... sendirilah jawap!!

Hari Sabtu, kebanyakan rider kayuh sendiri-sendiri sahaja.
Persiapan untuk kayuhan hari Ahad.
Nik yang terserempak dengan Kamal,
menceritakan yang basikal anaknya kena curi..


Balik dari kayuh, Kamal terserempak dengan dua ekor budak hitam ni
yang cuba menjual rim basikal. Kamal kenal sangat basikal anak Nik.
Setelah soal siasat, mereka masih tak mengaku.
Walaupun basikal anak Nik dalam kawasan rumah mereka.
Disokong kuat oleh ibu mereka yang mengatakan anak mereka bukan pencuri
Walhal budak hitam ni telah ditangkap beberapa kali.
Selalunya terlepas, sebab melayu tak sampai hati!
Sorry! bukan kali ni.


Setelah pihak berkuasa tiba..
barulah sang ibu terpinga-pinga macam tak percaya apa yang berlaku.



Apa lagi.. macam cerita hindi lah... kecoh!
Satu kampung keluar.. macam-macam story kedengaran
Maklumlah, cerita hindi!
Setelah membuat lapuran, pihak berkuasa terpaksa melepaskan mereka
katanya bawah umur. Entah lah, macam tak caya aje alasannya!!

Kami nak kongsi pengalaman ini.
Bila ada kecurian, turun beramai-ramai. Biar nampak kita sepakat.
Terutama ahli club. Baru lah kita nampak sebulat suara.
Kalau sorang-sorang macam anjing menyalak bukit, 
tak siapa pun hairan, tapi..
Kalau 10-20 orang yang bersuara,
 barulah nampak macam Bulldozer nak tolak bukit.
Dah tentu rata bukit dibuatnya.
Sepekara lagi! kalau ada kecurian dan dapat tangkap pencurinya.
Lapurkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin...
Sebaiknya lapurkan sebagai satu persatuan atau club
bukan sebagai perseorangan...
Bukan nak menganiaya sesiapa, lebih kepada nak bagi pengajaran.
Salah tetap salah.




Hari Ahad, setelah hujan.
Ingatkan lepas case Nik semalam, takde lagi dugaan lagi
Kayuhan ke Fraser, dikejutkan dengan kemalangan.
Zulkarnain  A.K.A  Zul2, terjatuh ketika turun dari puncak Fraser.
Nak jadikan story... 
Mahmud dan CD terpaksa balik cepat, nak hantar anak balik hostel.
Nik dipangil ke balai. Cerita semalam tak habis lagi..
Yang tinggal Azmi, Mazlan, Sham dan Hilmy anak Zul2




 
Bila jadi kemalangan macam ni, semua panic 
Kalau semalam, selepas hujan kita dilanda banjir kilat.
tapi hari ni, selepas hujan, kita direzkikan dengan udara nyaman.



Nilah rezki yang dimaksudkan....
 StrangeMTB mengucapkan jutaan terima kasih 
kepada En Faris Musa, Timbalan Pengarah 
Jabatan Latihan & Komunukasi Selangor
dan rakan-rakan beliau.
Dari info yang diterima, En Faris dan rakan-rakan 
bertindak segera dengan pengalam first aid yang ada,
membantu Zul2 dan terus membawa Zul2 ke Hospital KKB 
untuk rawatan lanjut. Dimana Zul menerima lebih dari 20 jahitan
Hanya Allah sahaja yang dapat balas budi baik mereka.
Kami berharap sudi kiranya ketempat kami, kita minum-minum tea....
atau makan-makan kambing!! 
Terima kasih dan tahniah kami ucapkan kepada 
Tuan-tuan semua.



Sebelah malamnya, 
info ziarah dari Mahmud (Timbalan Pengerusi)
disebarkan oleh Ketua-ketua Kampung
Ramai yang sempat datang ziarah, nak tahu story sebenar...
(Gambar group pertama, yang datang awal.
group kedua dan ketiga datang kemudian)



Saya amat bersyukur, walaupun ditimpa kemalangan, 
saya direzkikan sahabat-sahabat yang perihatin.
Tak kira lah yang dah lama kenal..
mahupun yang baru kenal. Allah permudahkan urusan kemalangan saya.
Allah pertemukan dengan sahabat-sahabat baru.
Alhamdulillah!
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang membantu
secara langsung mahupun yang memberi sokongan
Terima Kasih!



Sebenarnya semalam saya mimpi beli basikal baru...
Santa Cruz "TALLBOY Carbon 29er" warna hitam
PEH!!!
Dalam mimpi tu saya layan kona downhill dari Fraser...
Siap kona cecah telinga
Waw!!.. bestnya..
Lupa laa pulak, saya pakai Goost 26" 
Padanlah tak lepas...
Tak pasal-pasal dapat Mc 18 hari...



Juga tak ketingalan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari 
Yang membantu meminjamkan Hp kepada Hilmy, anak Zul2 
untuk membuat beberapa pangilan kepada ibu beliau...
pangilan ke Nik, yang berpatah balik ke Gap 
walau pun dah sampai Rawang. 
Menemankan Hilmi hingga lewat petang!


Banyak pengalaman yang kami pelajari
Hari Sabtu, terbukti...
Bersatu teguh, becerai roboh!

Hari Ahad, membuktikan
Kenapa kita perlu selalu hulurkan bantuan...
sebab kita tak tahu bila kita pula perlukan bantuan


Janji Kayuh!!


2 comments:

J3batDerhaka said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Roslan Alan said...
This comment has been removed by a blog administrator.