Tuesday, June 19, 2012

Basuh Body


Assalamualaikum semua..
Saya Lt Kol Sabri, yang dulunya  Mejor Sabri
Alhamdulillah.
Saya leader kayuhan untuk hari ni.. 
kita akan mulakan kayuhan tepat 0800 hours
Saya harap akan ikut arahan. Jangan nak sengeh-sengeh aje!!
Sat lagi saya bagi PUSH UP kat semua, baru tau!!
Arahan pertama.. Jangan sesekali potong saya!!
Yang kedua... pastikan takde siapa potong saya!!
...


Ni yang aku lemah ni, dia buat stail asykar pulak..
Dia ingat kita ni kat kem, gamaknya!!


Laa leader nak gi mana, laju sangat tu!!


Tunggu lah kejap!! Leader kita sesat!!


Nik!! hang kata bukit dah rata..
Ni bukan ratakan bukit.. ni baru ratakan jalan!!




Tunggu kejap, leader kita nak minum dulu..


Dah macam Red Indian dapat kuda.. tak sedar diri...
Nak layan downhill.!!


Musim durian nanti kita boleh kayuh lagi kat sini.
Hj kata anak tuan kebun ni, lawar-lawar.



Aku baru nak layan... dah kena angkat basikal.


Mencuci begitu terok sekali?!!


Dah terpaksa.. lihatlah kekotoran yang tak nak hilang ni!! nyampah!


Mana boleh basuh bersih-bersih. Nanti bini tak caya kita gi kayuh.
Dia ingat kita gi nyembang..
Kalau mandi bersih-bersih, takpe!!


Hay!! mambang gunung.. mambang bukit..
Mambang mandi pakai kasut?!!


Leader!! kita nak ke mana ni?!!



Sesat lagi, leader kita ni. 


Tepi!!.. tepi!! bagi laluan..



Dah lah tu, S/u.. kalau nak beli baru.. beli aje. Takyah cari alasan..


Hari ni kayuh 16 km aje.. rasa macam 60 km..


Macam nak merempit aje!!


Sedap ke Nik?!! Aku nak jaga body..


Kita makan dulu.. lepas tu baru jaga body..


Nik.. Nik.. bangun Nik.. 
Aku dah cakap.. jangan hentam banyak sangat, kan dan pengsan!!




Thursday, June 14, 2012

Roselan - Profail rider minggu ini


Hai!


Namo kawe.. Rosele.. 
A.K.A 
Alen
Asa dari Manchiste (Macang), Kelante


Kawe cebo sukan bsika, lamo dooooh!
Nok masuk nae puluh minggu doh... Lamo doh tuu..

Dulu kawe kayuh doh untuk TEAM Ghasi... (Giant)
Kesia kat Nua Manan.. dok jadi ah!


Ni buke penak.. nak puko gamba.. nampok molek sikik!..



Le ni kawe kayuh Team sdiri!! 
Team Mari Da!
Beli sdiri.. kayuh sdiri.. penak.. tolak sdiri..


Kalu nok jadi PRO.. kena loh tiru mace kawe..
Nampok ni.. berdiri dah mace gaya Albeto Contolo!..


Kalau menong.. kena penuh perasaae..
Supaya tak nampok macam  kaloh!!


So!..! kepada peminak-peminak kawe.. Kawe setia menunggu disini..
Tok leh nok gi mano doh..
Kawe sedio nok saing otograh.. nok ambik nombo talipon..
Nok laye Facebook.. nok Twit.. nok email..
Buak loh gapo pong.. kawe setia menanti...

Gapo dio lagi?!! jong kayuh!!


Wednesday, June 13, 2012

Strange Kambing EURO 2012

CARI ALASAN
EURO 2012
Team BBQ Kambing, Surau Nur Ikhwan Rawang dan StrangeMTB.
Mengadakan 
Tengok Bola + Sembang Bola = Makan kambing
Yang akan di adakan di StrangeMTB HQ
Screen sebesar stadium, mungkin akan disediakan

Cadangan tarikh
Quater Final 24 Jun 2012 mula jam 1:00 a.m.
atau
Final 2 July 2012 mula jam 1:00 a.m.
Atau kedua-dua sekali.

Akan di update dari masa ke semasa
Harap maklum


Super Power


Super Power of the world
Bongkak dengan kebolehan...
Menjanjikan kemusnahan!!

Tuesday, June 12, 2012

Rindu Buluh Perindu

Pada mulanya nak kayuh ke Sg Buaya, 
nak tengok tempat BOSS ronggeng.. tertonggeng.. menonggeng
Tapi BOSS lak tak datang, so leader  tukar menu kayuhan.. Road ride aje hari ni..


Aku.. kalau setakat rider macam mu..  Aku pakai tiga giar aje..
Giar 1 kejar..
Giar 2 terkejar..
Giar 3 tak terkejar


Memandangkan dah lambat! kita kayuh road ajelah..


Mana Panjang?!! Lain kali kalau nak kayuh, kena laju macam aku!!


4 km pertama kena laju.. 40 km seterusnya.. last lah aku!.



Kalau engkau ikut kayuh.. akulah orang yang paling gembira!


Yes!! hari ni tak last!!


Mu kayuh laju-laju, mu nak gi mana?!!
Kita kena cendol dulu.. baru ada POWER!!..


Oi!.. tunggulah kejap!! 
Jantung aku putuh ni!!


Mu lah kawe aku selama ni..
Sanguk tunggu aku.. Ke...! mu pun pancik jugak?!!














Jom sambong kayuh, aku dah terbau nasi lemak kedai Kak Bai.


Kayuhan hari ni, kami ada shoot video, tapi tak jadi!
Dah lama tak gunakan kamera Go Pro..
Sampai dah lupa nak guna camno.
SORRY!

Monday, June 11, 2012

Tip Minggu ini


Alhamdullillah usaha selama ini dah berhasil

Lama juga saya menong.. Umur dah banyak pakai, penyakit dah melambai-lambai.
Tak berapa lama dulu saya gi check kesihatan.. 
maklumlah, orang bersukan lah katakan!!
Ingatkan OK!.. rupanya KO
Lapuran kesihatan saya masa tu tak berapa menarik, 
banyak yang dah langgar sempadan.
Lama gak saya menong!! macam tak caya..
Takan orang bersukan ada masaalah kesihatan!.


Sebenarnya masaalah kesihatan ialah permakanan.
Bersukan hanya membantu kesihatan.


Penat aje kita bersukan. Kayuh ke pelusuk rantau..
merentas hutan.. mendaki bukit,, menolak basikal..
kena kejar lembu.. dan macam-macam lagi
semua tak menjanjikan kesihatan yang baik.


Antara kesilapan yang besar ialah..
Setiap kayuhan bermula dan berakhir dengan MAJU atau CORNER
Tu tak termasuk tendangan penalty lagi!!
Bila makan, tak berpantang..
cuma yang pantang, kayuh!. Jangan jauh-jauh.. penat!


Satu lagi kesilapan..
Lepas kayuh..makan!
Lepas makan, ada yang tak sempat mandi. Terus tidur
Maklumlah.. penat kayuh basakal!!


Malah ada yang rasa.. lagi banyak kayuh lagi tambah berat badan.
Terus ambil tindakan kurangkan kayuhan, takut gemok.


StrangeMTB amat beruntung, ada berbagai-bagai tahap rider..
Berbagai-bagai latar belakang dan perkerjaan.
Antaranya ialah Bahri. Bertugas dibahagian kecemasan
Klinik daerah diRawang
Antara orang yang banyak bagi tip kesihatan kat saya. TQ BRO!!
Tip dia senang aje.. Jaga makan, jaga makan, jaga makan.
Yang sedap tu mesti ada risikonya.
Contoh yang baik ialah motosikal.
 Moto yang laju.. memang sedap.
Tapi kalau jatuh.. dua aje pilihannya.
Pergi dan tak balik-balik..
atau
Sakit yang tak baik-baik..


Rasanya tip yang paling mujarap saya dapat dari penceramah-penceramah.
Kebanyakan mereka menasihatkan agar kita
BERPUASA
Dalam masa setahun Allah mewajibkan kita berpuasa selama sebulan.
Dalam seminggu kita di sunatkan berpuasa isnin dan khamis.
Tak mungkin salah!! Sebab itu janji Allah.


Enam bulan saya berpuasa, yang penting puasa dari nafsu makan
Alhamdulillah pada mulanya puasa untuk jaga kesihatan.
Tapi sekarang dan biasa. Malah kalau tak puasa rasa tak sihat.
Tapi kalau kita berpuasa lillah hitaala, lagi untung!

Pagi tadi baru balik dari klinik. buat ujian kesihatan.
Alhamdulillah, tahap kesihatan dah normal.
Saya bersyukur dikelilingi sahabat-sahabat yang perihatin.
Alhamdulillah. TQ Sahabat-sahabat semua!


Tak guna kita kayuh sampai nak tercabut urat kentut..
Kalau dapat jaga permakanan, Insyallah usaha kita berhasil.


Tip
1. Gi buat Medical check up
Kat Klinik Kerajaan... FREE
2. Puasa sunat. 2 X seminggu
3. Puasa nafsu makan
4. Bersukan

Apa lagi?!.. Jom kayuh!!





Thursday, June 7, 2012

Selamatkan Pengerusi



Kepada semua ahli club StrangeMTB 2012
Diminta dapat meluangkan masa
Pada 23hb Jun 2012
Untuk
Kayuhan Selamatkan Pengerusi
Kayuhan bermula dari Gap ~ Raub ~ Gap
Kehadiran, sangat dihargai oleh Tuan Pengerusi

Kepada semua AJK, kehadiran adalah wajib
Terutama Tuan Setiausaha dan Tuan Bendahari
Kepada semua ketua kampong, diharapkan dapat pastikan
semua anak-anak buah dapat turut serta.

Aturcara:
7:00 a.m. Berkumpul di Gap (Sarapan pagi)
8:00 a.m. Keterangan yang terperinci dari Pengerusi
8:30 a.m. mula kayuhan..

Harap semua dapat beri kerjasama.


Saya hanya menjunjung perentah dari Tuan Pengerusi
Salam
Bukan semua yang cantik itu sihat
dan
bukan semua yang sihat itu cantik

Wednesday, June 6, 2012

Coming Home



Kayuh, kayuh juga!!
Euro Cup dah tiba...
Takde ke yang nak cadang.. nak tengok sama-sama?
Boleh pasang screen besar.. 
Boleh main bakar-bakar kambing..
Dah lama tak sembang-sembang!!..




Friday, June 1, 2012

Usah difikirin!!..



Dah lama tak update blog ni, takde masa.
Sampai dah lupa nak buat camno!!..
Video ni sebenarnya dah dekat nak basi!!.. dah lama sangat siap.
Cuma takde masa nak update!!
Apa lagi.. layan...