Sungai Buaya Fun Ride.
Antara ahli-ahli StrangeMTB pun ada yang berbelah bagi..
Teringatkan 1 Batang Kali. Tapi sebagai jiran kami kena bagi sokongan.
Lagi pun orang kata pisang tak berbuah dua kali.
Yang dulu 1 Batang Kali, gabungan tiga club. Yang ni SBCC sendirian.
Yang dulu 1 Batang Kali, gabungan tiga club. Yang ni SBCC sendirian.
Kepada rider-rider yang masih ragu-ragu, saya nasihatkan,
buang yang keruh ambil yang jernih.
StrangeMTB berjaya menghantar 8 orang rider dan
saya sebagai juru gambar..
saya sebagai juru gambar..
Ni lah sebahagian gambar dan story Sungai Buaya Fun Ride.
Kalau layan story ni, jangan kecil hati.. nak gurau-gurau aje.
Antara yang menjayakan,
35 Marshall, Kesemuanya rider-rider SBCC.
Memastikan tiada rider yang sesat.
13 Rela, 5 angota Polis.
Memastikan lalu lintas dan parking dengan selesa.
59 Urusetia, Air, fidding dan marking girl dari
Sekolah Menengah Bandar Sungai Buaya.
Yang memeriahkan suasana ketika event.
(Marvelouse Girl, job well done)
Ambulan dari Pertahanan Awam, Kelang.
3 pegawai perubatan yang sering tersenyum...
264 Hadiah..
Hampir 70% peserta dapat hadiah.
1 Kapt.
Kapt Azmy yang tak habis-habis berfikir
Dan yang paling beruntung,
337 Rider mengambil bahagian yang dari jauh dan dekat.
Good morning!.. Akak dengan abang, dah lama tunggu fun ride kat sini.
Dah tak sabar dah ni..
Ok, dah dapat goodes.. jom balik.
Aku dah lama tak kayuh, takut tak larat.
Assalammualaikum!.. saya wakil Asakinah.
Kami ni Team 1 Family
Waaa Marshall naik ATV..
Pintu gerbang pun buat sendiri, tak mengharapkan tajaan lagi.
Karang, jangan bawak slow sangat pulak. Si Gaban tu laju..
Abang Gaban!.. pinjam basikal!
Aku sebenarnya nak gi mancing...
Bapak aku paksa kayuh.. dia kata hadiah banyak!
Eee Kita ni bukan nak menyokong mana-mana pihak.
Dulu warna biru orang kata politik. Tukar kuning pun ada jugak...
eee nak buat macam mana lagi ni! Kebetulan sama pulak!!
Antara remaja yang menunggu ketika pendaftaran.
Amboii... menjeling!
Nama? abangcik!..
Dari?
Op,op,..
Kosong tujuh, bilik gerakan over.
Err kosong tujuh, bilik gerakan over!
Antara ladys yang ambil bahagian. Pee weet
Sarapan pagi di sediakan.
Remaja under age pun ada..
Banyak sangat tu kak!
Takut tengah jalan, dia keluar balik!..
Hadiah, penuh satu stage!
Saya kayuh 3km aje..
Bila nak mula ni... aku wormup dari lepas Subuh tadi.
Dah naik letih pulak dah!..
We all Seremban mali!
Aku ni, dah la tak berlemak. Hujan pulak!
Jenoh terkencing la karang ni.
Aya.. lok soi oooo..!
Kalau kayuh malam, berterabo orang lari..
Perlepasan
Ok! Jom main hujan......!
Para petugas fidding, cukup bersemangat.
Lagi lebat hujan, lagi seronok dorang ni..
Pandai SBCC,
yang jaga air, lawar-lawar..
Dorang ni tak patut betul. Aku sarat lapan bulan, macam ni pun.. dia suruh bantu..
Nak jadikan cerita... pisang pun kuning!
Ni lah Gaban, PRO KTM berasal dari Sungai Buaya.
Punya laju... rider No 2 tinggal dekat nak tiga hari kat belakang!
Kepada PRO-PPO rider yang lain, AWAS. Jangan bagi Gaban mengamok!
Nak air BANG!..
Yang ambil kesempatan, batalkan air sembahyang pun ada!..
Wa, tak mau Ooo!
Lanti batal itu air sumbayang!.. ooo.
Air tak nak, nombor talipon nak lah..
Tak apa.. wa simalam sutah minum..
Bismillah duluuuu...
Mintak air sikit, nak basuh botol air..
Amboii... tingginya bagi sighnal!
Tepi-tepi.. break tak makan..
Bang kalau basuh break aje... Rm 3.
Aaaaa....i lawanya.
Oi aku bagi taknak!.. Nak pompuan jugak!.. %$#@!$#$#
Kawan! kalau vacume satu kali berapa?!! |
Ambil gambar dulu bang!.. senyum.
Hujan-hujan macam ni... pisang laku!
Kalau tak salah, rider dari Wangsamaju.
Mana rider-rider ni bang!
Dah lama sangat kayuh!, tolak pulak lah!
Nampak sangat dah lama tak kayuh...
Nak ambil gambar ke.. nak buat apa tu bang?!!
Kalau rendam baju ni dalam sungai...
Bukan ikan aje... buaya pun timbul!!
Hai! macam kenal aje... belajar kat mana?
Minggu lepas traning kat sini, taklah mencabar macamni!
Ni... rider kee,, Marshall?
Abang handsom, saya bagi stiker kuning!
Tukarlah bang... stiker hijaulah..
Kan semalam dah traning! Takan pancit lagi!!
Semalam aku kayuh, takde sungai pun.
Hari ni single track jadi sungai..
Nasib baik hujan.. barulah mencabar.
Bawak air lebih, takut terkencing kat dalam hutan!
Ni bukan lorong tikus.. Tikus pun tak leh lalu!.
Kalau semua track Jamboree macam ni, kan best.
Barulah MTB.
Tolong!! aku sesat. Ni lorong tikus, bukan lorong basikal!.
Terbaik! dapat tangkap tikus tiga ekor!..
Sejukkkkk...
Bila lah nak sampai ni..
Nilah salah satu keyunikan Sungai Buaya. Laluan track keluar masuk kampung. Memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan Fun Ride. Walaupun datang sebagai penonton, ada banyak jalan-jalan yang mudah untuk mengikuti perkembangan Rider-rider masing-masing.
Pendek kata.. mudah sangat lah!
Eee mana abah engkau ni... orang lain dah ramai yang lalu..
Yang keluar dah tujuh botol!! masuk baru emam botol!
Abang aku dah lalu dah!.. Abang engkau mana?
Padanlah selalu nak gi Jamboree, ramai pompuan!
Eh bang! kenapa tayar ni bulat?!!
Apa pandang-pandang, aku dah penat ni..
Pagi tadi warna putih, basikal ni..!
Kenapa banyak sangat stiker ni bang?!!
Jangan pandang-pandang!!
Jangan pegang-pegang!!
Duduk rengang-rengang!!
Bertambah sayang!!
100 plus, tak cukup. Kena minum 1000 plus baru ok agaknya!
Peserta pompuan senyum aje...
All the way from Seremban
Last Downhill. lebih kurang 300m.
Kalau kering OK. Ni kena layan track basah.
Baca doa ajelah...
Rider ni menyungkur depan saya.
Break dia dah bunyi lagu dangdut. dah tak makan.
Yang tak tahan tu, dia menjerit Yaaaa hoooo dari atas sampai tersungkur.
Enjoy.
Yang ni lagi tak tahan..
Terlampau seram nak kayuh, berlari ajelah. Harap-harap kaki boleh break!
Tiru macam saya!!
Break terbaru, keluaran Nike 2012.
Takyah break, kalau jatuh, bangun sendiri!
Motor ni dah 12 tahun lalu kat sini. mana pernah ada berak!!
Layan aje!!
Tepi-tepi.. tak tahan, nak kencing!!
Bismillahhirohmannirohim...
Alhamdulillah bang. boleh berhenti.
Dah lapan orang termasuk dalam gerai tu..
Kat sini air takde, Burger adalah!!
Tak jauh dah! lagi 45km aje!!
Ni baru dinamakan FUN RIDE!!
Pakcik!!.. tampal stiker dulu..!
Burger daging dua bang!
Cepat-cepat dah lapar ni!!
Sorrylah kami lambat, tolong pakcik tu buat sawah kejap.
L2C2 Ulu Yam Baru
Meriahnya... berebut-rebut nak kalungkan pingat.
Rugi siapa yang tak ikut ride.
Dah macam Super Star la pulak.
Bayangkan.. muka-muka macam ni yang menyambut kepulangan kita, kan BEST!
Permintaan seterusnya.. dari Zaibedah.
Lagu ini ditujukan kepada suami tersayang dengan ucapan,
bila nak pulang.. saya dah lama menunggu!
Laaa meriahnya!
Sedih abang tengok.
Kalau tak salah abang nombor 231.
Kalau nombor 1 macam mana pulak sambutannya?
Verry nise... I have fun
Antara peserta wanita
Beratur aje bang! basuh basikal FREE!
Lapar....
Dahlah tu bang!! kilat sangat nanti sakit mata, silau!
Lepas ni kalau nak buat Jamboree, kena tiru SBCC.
Sikit aje Bang! Balik nanti singgah Ligamas, tukar lutut XTR 2012.
Nak basuh basikal ke.. nak mandi?
Antara pasukan keselamatan yang bertugas..
Kapt Azmy SBCC
OK By... jumpa lagi tahun depan... Byyy...!!!!
Lapuran
Rata-rata rider enjoy. Event yang lain dari yang lain.
Berita terkini!
Ada dengar cerita.. Pro2 nak sponser buat Jamboree beser-besaran.
1000 penyertaan pertama sahaja. Hadiah lucky draw, sebuah Myvy BARU.
Cadangan.
Rasanya Sungai Buaya kena tukar nama Jamboree
"The Wet Croc Jamboree"
SBCC buat event semasa musim hujan.
Mengantikan MONSUN RIDE, Agro Gambang.
Memang BEST, lain dari yang lain.
Kapt! tolong fikirkan.
Lokasi
Yang paling baik pernah saya tengok.
Tidak membabitkan jalan besar.
Track keluar masuk kampung memudahkan pergerakan penganjur
penyokong, mahupun pemerhati..
rasanya susah nak cari tempat macam ni..
Track
Nak apa? Semua ada!
Masih berpontensi buat yang lebih menarik..
Pendek kata!
BEST!!
Tahniah. SBCC
Lagi sekali saya minta maaf kalau ada yang tak menyenangkan.
Ini cuma pendapat dan pandangan saya sahaja.
Gambar-gambar yang lain saya upload kat Facebook
2 comments:
Post a Comment