Tujuan
3X10km Race Antara Kampung.
Merapatkan lagi silatulrahim antara ahli. Semangat kesukanan
Syarat-syarat Wajib.
1. Ahli StrangeMTB
2. Jemputan dari StrangeMTB
3. Lesen atau kelayakan yang dikeluarkan oleh StrangeMTB sahaja.
4. Mewakili kampung seperti yang tersenarai sahaja.
Rawang Perdana, Tun Teja, Tun Perak, Rasmi, Bersatu, Kancing, Selayang dan FRIM.
Syarat-syarat Sunat.
Kampung-kampung yang bertanding.
Rawang Perdana - Rosli Team Manager
Tun Teja - Rafi Team Manager
Tun Perak, Rasmi, Bersatu dan Kancing - BOSS Team Manger
Selayang dan FRIM - Hilmy Team Manager.
Syarat-syarat Harus team.
Setiap Kampung digalakan menghantar seberapa banyak team yang boleh.
Mengunakan basikal saja. Alat keselamatan berbasikal yang sah (SIRIM)
Group 1 = lesen Super atau iA
Group 2 = lesen iB
Group 3 = lesen A atau B
Syarat-syarat team.
Terdiri dari 3 rider
a. 1 rider dari Group 1, 1 rider dari Grup 2 dan 1 rider dari Group 3
b. 1 rider dari Group 1, dan 2 rider dari Group 3
c. 1 rider dari Group 2, dan 2 rider dari Group 3
d. 3 rider dari Group 3
e. 1 rider dari Group 2, 2 rider belum berlesen.
f. 1 rider dari Group 3, 2 rider belum berlesen.
Maknanya setiap team ada yang laju, sederhana dan kurang upaya..
Terpulang kepada Team Manager, nak susun macam nana!..
Makruh!
Mana-mana kampung tidak dibenarkan
menyewa beli mana-mana PRO atau rider yang tak berlesen StrangeMTB.
Haram!
Diharamkan mengunakan apa jua jenis kenderaan bermoto.
Cara
Macam lari berganti-ganti.. yang ni berbasikal berganti-ganti.
Setiap rider misti menamatkan kayuhan. Walaupun 3 hari!..
Terpulang sapa nak jalan dulu.
Team yang habis dulu... MENANG!
Tarikh : 24hb July 2011.
Lokasi : Rawang Perdana. Jalan nak naik kebun getah.
Masa : 8:00 a.m.
Amaran!!!
pihak penganjur tidak bertanggungjawap atas
kemalangan, minuman, makanan... sendiri mahu ingat!
Berikut adalah senarai nama dan lesen mengikut kampung-kampung.
Faham?
Saya sendiri pun tak faham!..
Sila call kalau ada apa-apa pertanyaan atau pembetulan.
Salam.
No comments:
Post a Comment