Thursday, October 27, 2011

Jangan Pandang Belakang Fraser

Kali ni StrangeMTB buat satu ujian..
Ujian pertama. Tiada SMS yang dihantar untuk kayuhan kali ini.
Ujian kedua. Kayuh ikut masa yang dicadangkan..

Seramai 37 orang rider yang turut serta kayuhan
JANGAN PANDANG BELAKANG FRASER
Walau pun tiada SMS yang dihantar kepada rider-rider StrangeMTB.
Ini membuktikan betapa KEMETOTnya (Commited) rider-rider,
yang sentiasa ambil tahu perkembangan StrangeMTB.
SUNGGUH MEMBANGGAKAN.. Tahniah kepada semua rider-rider


Tepat jam 8 a.m. mula breefing.
Walaupun jadual kayuhan sepatutnya 7.09 a.m.
StrangeMTB memberi masa 20 mins untuk rider-rider yang terlambat.. 
Rasanya tindakan yang membanggakan!! ini untuk menghormati janji, 
dan rider-rider yang sampai seawal 6.50 a.m.
Lagi sekali StrangeMTB mengucapkan tahniah 
kepada semua rider-rider yang perihatin..


Leader kayuhan kali ni.. Mahmud dari Tun Teja..







Seramai 5 orang rider 1st timer.. yang nak cuba takluk Fraser Hill... 


Waa CD bawak talian hayat ke?!!


Hj kalau minum air jampi... bagilah saya sikit...


Saya kalau kena sayur dengan rider lain tak pe!!
Jangan kena sayur dengan Minah Sport..  2 bukan takleh tengok blog..
 memang kena sakat punya lah!!


Harap rider-rider 1st timer, tak langgar pantang malam tadi...
Kakau dah terlanggar pantang... tanggung sendiri!!


Cepatlah abah... dah empat kali saya pusing pekan ni dah...



Azmi!! hari  kita layan.. Sampai bila nak lesen Ib.. kenalah tambah lesen.. OK!!



Alamak... dorang ni, macam nak race haram aje ni...


Jangan risau bang.. hari ni.. I follow!!


Nasib baik ada junior rider.. tak last lah aku..


Gentleman... 
Start... Your...  Engine...


Kalau setakat KING... duk belakang aku aje...


SHAH.. SHAH.. SHAH..


Tinggalkan sikit air tu PRO.. Botol air aku yang engkau togok tu!!..



Hang pa ni dapat lesen kat mana?? Lesen Sungai Chiling ka??!!..


Itulah.. Hang!. Sapa suruh start kat Sungai Chiling!!
Kan dah kena kutuk selori...


Hari ni Kios Gap tutup. Sebabkan dah biasa dengan kami.. 
Taukeh Kios bungkuskan nasi lemak.. mee goreng dll
Terima Kasih kami ucapkan..


Aku ingatkan nak ajak engkau patah balik...



Kios Gap tutup sementara.. terpaksa duduk atas lantai aje!!


CD!.. aku dengar hang traning, hari-hari. Betui ka?!
Hang jangan sayur aku sudah..


Tersepit antara dua minat..


Kenapa tu...


Biasalah... malam tadi tengok bola.. 
Belum sempat tidur lagi...


Makan mee hun.. mana ada power!!..



Shawal... takyah lah nak ikut kayuh macam dorang.. ikut aku aje lah!!




Cepat..cepat nak ambil gambar...


Haaa baru tahu penangan Fraser Hill...


Amacam!! jom sambung kayuh ke Rawang pulak!!

No comments: