Friday, April 5, 2013

DOA

Alhamdulillah
Kalau nak cerita, memang tak caya!
Tapi ni lah bukti agama Islam bukannya direkareka.
24-3-2013. Dua buah basikal kami dicuri ketika solat Zuhur 
diMasjid Al-Awwabin Bistari Jaya
Mengikut kata En Jamaludin AJK masjid,
nilah kali pertama basikal hilang dimasjid ni
Gi buat lapuran kat balai... dorang pun ingat kita main-main.
Selama tiga malam berturut-turut buat solat hajat
dan BERDOA, jika rezki ni halal. Minta dipulangkan.
tapi jika tidak... minta digantikan dengan yang lebih baik.
Juga berkat doa sahabat-sahabat dan ahli kariah masjid..
Tak sampai 10 hari basikal dipulangkan kembali.
Diletakkan dimana ia diambil..
Terperanjat juga AJK masjid melihat basikal muncul kembali selepas solat Maghrib
AJK terus hubungi pihak berkuasa..
Pihak berkuasa terus hubungi Hilmi..
"En Hilmi, doa encik makbul. Basikal En Hilmi dah jumpa.
Sila datang balai buat pengesahan"
Hilmi call Nasrul dan rider-rider StrangeMTB.
Dalam masa 30 mint kami regroup. dua kereta terus gi balai..
Sampai balai, angota bertugas panic. Terperanjat, ramai sangat yang datang.
Sah, tu basikal kami. Tapi esok baru boleh bawa balik..


Ok En Hilmi..  En Nasrul lepas ni jangan lalai lagi!



Aku tak sangka betul.. boleh dapat balik!



Agaknya dorang nak setting tak reti kut..



Alhamdulillah.... dapat balik!




Kami nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada
semua sahabat-sahabat, terutama rider-rider StrangrMTB
yang sentiasa memberi semangat.
Terima kasih juga kepada pihak AJK Masjid Al-Awwabin
yang meminta ahli kariah tolong tengok-tengokkan kat sekitar perumahan..
Angota yang bertugas..
TERIMA KASIH SEMUA


In lah bukti hebatnya Islam.
Harap pengalaman kami dapat dikongsi bersama rider-rider 
seluruh dunia...
Yang penting yakin...



Aku ingatkan, nak behenti kayuh...
Kalau macam ni, kena traning buat persediaan 3 X 10
Jom esok kita kayuh gi Melaka, dah lama tak gi sana!





Janji Kayuh!




No comments: