Saturday, June 22, 2013

Desas desus sebelum 3 X 10 - 2013

Sepatutnya story in keluar hari sabtu 22.6.2013.
Lupa nak klik publish.. sorry.
Elok juga tu. sementara saya proses 1400 gambar ketika 
race day semalam dan fikirkan camno nak mengstorykannya.
Layan yang ni dulu.

Desas desus 3 X 10 - 2013

Desas desus kedengaran, ada Kampung yang cuba dapatkan 
khidmat jurulatih luar negara..
untuk membantu pasukan merangkul kejayaan
"... Hallo, aaaacam mana? jadi ke? ko cakap aje berapa,
kitaorang boleh bayar. Money.. No Hal! Jadi tak!!.."

Gambar hiasan sahaja.
"... Laaa ekeu lambek bona!.. Eden dah sain ngan team lain.
Kojap nak.. kojap tak.. eden nak cari makan cammano!!..."






Desas desus juga kedengaran ada team yang gunakan kabel, untuk memestikan
Kampung mereka berjaya.
"... Hallo!, ni Pak Lang... Laa Pak Lang sepupu Mak Mertua hang laaa...
Tak kan dah lupa. Aku call, nak minta tolong sikit!! 
Dulu hang kata call saja saya sedia membantu.
Hak ni race besaq.. "

Gambar hiasan sahaja
"... Laaaa Pak Lang!! saya dok tranin untuk Le Tua d'France minggu depen.
tak dan nak balik.. sat lagi lambat. Pak Lang call Nuar anak Makngah Tipah.
Katanya dia ada dikampung. Sorry nu Pak Lang!!.."




Desas desus juga kedengaran ada Kampung yang sanggup belanja apa saja
untuk memastikan kemengan
" Kalau aku keluarkan EPF, cukup kut!"

Nak beli semua basikal disekitar Rawang, supaya pihak lawan
takleh nak beli atau upgread basikal.






Desas desua kedengaran ada rider yang dah order basikal dari US
oleh kerana kurang budget, terpaksa gunakan pos pelahan.
Lepas Raya Haji tahun depen baru sampai lalu bertindak diluar kawalan..

... sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan basikal baru.
"... Bang! ni basikal orang... malam kang dia nak ambil. 
Kalau abang nak, saya boleh buat lain, 2 minggu siap lah!!..."



Desas desus juga kedengaran, ada yang sanggup mengunakan khidmat klinik under ground
untuk mengubahsuai angota badan supaya lebih POWER

" Yang ni baru POWER!!"




Desas desus juga kedengaran rider ni telah mengupah..

... untuk memastikan pihak majlis tertinggi menarik balik kad merah yang diterimanya.
Dengan harapan dia dibenarkan race!!






Dan yang paling memeranjatkan..
Wrong please at the wrong time..
Seorang rider yang datang ke Rawang Perdana hanya untuk mendapat segelas susu lembu
Telah ditahan dan disoal siasat oleh rider Rawang Perdana....
dan membuat pengakuan..
"... Kawe rasa, kawe tok isi bore ahli lagi ni!
baya duik ahli pong belog lagi ni...

" hang bukan ahli.. mana boleh race! DQ!.."

Maka bermulalah perang WhatsApp. 
Tuduhan demi tuduhan ditujukan kepada Tun Perak / Seri Bayu..

" Kami dari Tun Teja bantah sekeras-kerasnya.."


" Saya KING. saya tak setuju cara macam ni..
rule & regulation mengatakan hanya ahli saja yang boleh race...
saya bantah... saya bantah..."

Menyebabkan Ketua Kampung Tun Perak mengamuk 
dah hampir melancarkan perang saudara
" Ini tidak adil. kami dianianya Konspirasi tahap tertinggi!!"

 Dalam masa beberapa minit sahaja..


kedengaran jet-jet pejuang dan apache helicopter terbang rendah
diruang udara Rawang Perdana

Rider-rider peninjau diarahkan kayuh!!


Sementara yang lain tu tidur macam biasa... buat tak tahu aje!

Jam dah pun masuk 11:30 malam... 
Perang WhatsApp semakin hangat. 
Tuduhan demi tuduhan kedengaran.
Rider yang membuat pengakuan buat tak tahu aje, sambil minum susu..


Menyebabkan S/u panas... 
" Aku yang terima borang dan bayaran... korang mana tahu"
Sambil menyelongkar fail pendaftaran ahli, hingga awal pagi, 
menyebabkan beliau tertinggal Flight 7:30pagi ke Kuantan.


Ada yang ambil tindakan tunggu dan rehat!!..


Sementara yang lain tu tak ambil POT pun..


Setelah disemak dalam blog, sah rider berkenaan 
dah menghantar borang ahli dan buat bayaran.
Dengan selamba aje dia.. habiskan susu lembu!!



So!..
Selagi ada desas desus.. jangan percaya. Pereksa dulu kesahihanya.
Sebelum buat apa-apa tindakan.

Harap semua bersabar menunggu lapuran 
3 X 10 Race Antara Kampung 2013



Janji Kayuh!!






No comments: